Friday, May 25, 2007

MASAM MANIS PROGRAM JATIDIRI KESUKARELAAN

( Sudah tugas apa nak wat kan )
( Mula2 mereka agak malu tapi lepas 4 hari...)
( Senaman bersama Abang Sam )( Pertemuan pertama )
.
Bestnya Program PJKN Jempol 2007. Itulah kata- kata budak2 yang sertai program ini. Seramai 145 orang remaja Daerah Jempol telah menyertai program Kesukarelaan Nasional yang dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Jempol di Kompleks Rakan Muda Jempol. Tentu banyak kenangan manis yang telah tercipta sepanjang u all menyertai kami. Kebetulan Fasilitator,jurulatih dan urusetianya terdiri daripada Team Dekbet yang memang giler - giler orangnya. Yang syoknya juga boleh di katakan setiap petang sepanjang program ini berlangsung, Radio Negeri FM ( Negeri Sembilan ) akan bersiaran langsung bersama seorang Fasilitator kami iaitu Paklong yang terkenal di slot Suara Felda Negeri FM melaporkan tentang perkembangan perjalanan program secara terus ke konti Radio Seremban. Apapun bagi yang baru berjinak - jinak dengan kesukarelaan ini, jangan berhenti setakat itu sahaja., joinlah team kami. Banyak aktiviti kesukarelaan yang sedang menanti buat kalian semua. Bagi Kampung Pachitan Port Dickson, bangmir tak tau lah apakah rahsia yang telah mereka gunakan sehinggakan semua peserta termasuk urusetia PJKN menanggis semasa meninggalkan kg tersebut untuk Program Keluarga Angkat. Sapa2 yang nak kongsi cerita di blog bangmir nie, antalah ke email bangmir ya. Insyallah nan ti bangmir paparkan dalam ini.

Bagi yang nak CD gambar2 ( ada >500 Gambar ) dari Kamera Digital, silalah hubungi abang Fahmi cuma RM5. Bagi CD Video program PJKN mungkin siap 14hb nie ya..... Harga RM8 untuk satu.
Kauorang kalau duduk seorang2 tu, dengar2lah lagu Keluarga Bahagia ya....
.
Tentu you ingat Senaman Pagi Bangmir. Nak Tengok Video tu KLIK http://rakanmudajempol.multiply.com/video/item/1

Thursday, May 24, 2007

Logo Baru Rakan Muda 2007





Rakan Muda Berwajah Baru Dengan Pelaburan RM50 Juta

Komentar Oleh Jeswan Kaur

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) - Dua belas tahun kemudian, kerajaan sekali lagi melakukan pelaburan besar bagi memperbaharui program Rakan Muda yang gagal mencapai matlamat asalnya.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 29 Okt 1994 melancarkan program remaja Rakan Muda yang ditunggu-tunggukan dengan pelaburan sebanyak RM176 juta. Program Rakan Muda bertujuan menyediakan hala tuju dalam hidup bagi golongan remaja di negara ini dan membantu mereka membentuk jati diri serta keyakinan dalam menghadapi cabaran masa depan.

Sejauh mana ia mencapai matlamatnya masih menjadi tanda tanya. Bagaimanapun, Rakan Muda diberi nafas baru, dengan kos untuk menghidupkannya semula dianggarkan sebanyak RM50 juta.

Dengan begitu banyak duit pembayar cukai dilabur dalam Rakan Muda, kita hanya boleh berharap Fasa 2 Rakan Muda akan menempuhi kejayaan bukan seperti pendahulunya. Adalah diharapkan yang Kementerian Belia dan Sukan telah menjalankan kajian terperinci bagi memastikan penjenamaan semula Rakan Muda mampu memikat kumpulan sasaran, iaitu mereka yang berusia antara 10 dan 25 tahun.

Tidak diragui Rakan Muda merupakan projek kerajaan bagi muda-mudi. Oleh itu adalah penting pelaksanaannya diatur dengan baik bagi memastikan kejayaannya.

Tuesday, May 15, 2007

SELAMAT HARI BELIA 2007

( Remaja bermasalah yang dimasukkan ke Pusat Akidah Jelebu )
.
BELIA PENERAJU KEMERDEKAAN GEMILANG
Petang ni jam 3.00 petang Geng - geng ARPRM Jempol akan pergi ke Bukit Jalil sempena Sambutan Hari Belia Negara 2007 Peringkat Kebangsaan. Dengar citer 2 bas. Geng Persatuan Belia 4B Serting Ulu yang menjadi harapan kami di sini. Kak Rosma kau pulak dah pergi awal - awal. Malam tadi call , dia kata ada kat UPM. Kos apalah yang diambik kat UPM tu agaknya. Sambung star D ker..... So jumpa di Bukit Jalil ya.... Kalau nampak geng2 pakai baju warna merah bas flat N...tu mungkin budak bangmir la tu.....

Monday, May 14, 2007

GEMPAR - BERITA SENSASI DAN PANAS

TEAM DEKBET DI MASUKKAN KE PUSAT PEMULIHAN AKHLAK !!!

Assalammualaikum dan salam arprm,

Gempar! bangmir di beritahu bahawa beberapa orang Team Dekbet telah di masukkan ke Pusat Pemulihan Akhlak Jelebu jumaat lepas. Mengikut dari sumber2 yang di perolehi , saki baki beberapa orang team dekbet yang telah di kenal pasti oleh pihak Kesihatan Jempol akan menerima rawatan susulan di Pusat Pemulihan yang lebih tinggi lagi iaitu di UPM serdang pada 8hb - 11hb Jun. Di fahamkan juga ramai doktor - doktor dari hospital2 NS yang berhampiran dikejarkan ke pusat tersebut untuk membantu memberi rawatan kepada mereka. Diharap mereka akan menerima rawatan yang sewajarnya. Kami di sini berharap apabila mereka keluar nanti, maka jadilah insan yang baik yang boleh memberi keyakinan kepada masyarakat. Sedarlah wahai kawan - kawan. Apapun tahniah buat mereka, kerana dalam menerima rawatan mereka sempat mengharumkan nama Jempol peringkat kesihatan NS kerana telah memenangi beberapa anugerah. Diantaranya.


Mereka telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan inovasi iaitu ' Jom Klik ', selain itu juga salah seorang daripada mereka telah menerima Anugerah Bintang Harapan Prostar 2007 peringkat NS dan ada lagi, mereka juga telah menerima Anugerah Penyelaras Prostar Terbaik 2007 Peringkat NS. Anugerah tersebut telah di sampaikan oleh YB Dr. Haji Azman Bin Abu Bakar Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Darul Khusus. Tahniah ! Tahniah ! Tahniah..... .
( Nak tau lebih lanjut jom klik
www.kelabprostarjempol.blogspot.com )

Tuesday, May 08, 2007

PERHIMPUNAN HARI BELIA NEGARA 2007

Akan di adakan pada Selasa 15hb Mei ini. So tadi Kak Rosma menghubungi bangmir,dia kata Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol akan membawa sekurang2nya 2 bas iaitu se bas adalah terdiri daripada barisan sukarelawan dan budak2 Arprm Jempol. Bagi peserta Arprm, pemilihan berdasarkan sapa yang aktif dan mempunyai diari Gangsa/Perak baik punya jam dan pemain kompang arprm. Hari Sekolah????...... Bangmir pun perasan,time tu waktu sekolah,tapi kite g jam 2.30 petang dari KRMJ. So tunggu jerlah panggilan daripada Kak Rosma.
Nak tau lebih lanjut,sila klik pada' Program2 terkini Arprm. Amboi 2007 nie...program2 Arp banyak betul yer.... untunglah kauorang.....

* Gambar bawah adalah sebahagian baki penerima Gangsa 2006 - Walaupun majlis ni kecil jer sebab hari tu semasa ( Majlis Penganugerahan Anugerah Rakan Muda N9 ) diaorang punya pingat lum siap lagi, tu pasal diaorang dapat kemudian... Apapun walaupun hari tu u all tak dapat naik pentas yang GRAND2 kat PD walaupun g, Apapun jangan putus semangat. Terus kan wat Pingat Perak pulak. Nanti bangmir surekan u all naik pentas lagi grand kat PWTC l...macam AJL TV3 tu...Sian pulak tengok diaorang nie..... Takpa yer Izat,Naim dan Abu. Yang takda dalam gambar ialah Abang Faizal dan Akak Fatehah - Study.......Tima Kasih Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan - En. Hasnan.....



LARIAN KEMASYARAKATAN KOMUNITI JEMPOL

Pada 13hb Mei 2007 hari Ahad jam 7 pagi ...MOH kito gamai - gamai poe belolah ( Larian Amal ) anjuran Kelab Komuniti Jempol kat kawasan masing-masing. Jawatankuasa Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol telah pun bersetuju untuk bersama - sama menyertai program tersebut. Oleh itu bangmir mengajak semua ahli ARPRM dan sukarelawan Jempol datang ramai - ramai pakai baju merah dan berpakaian sukan kita lari ramai- ramai. Bagi budak LUI diaorang leh join program kat Padang Awam Lui Barat dan Budak Serting pulak leh join program ini di Padang Awam Serting 2 Raja Alias. Kita telah menempatkan pegawai - pegawai ARP untuk menandatangani DIARI GANGSA untuk Slot Sukan nanti. So jangan lupa bawa diari yer.Banyak hadiah dan cabutan bertuah semasa program itu berlangsung. Oh ya air minuman jangan lupa bawak. Mana lah tau kok takdo sponser air ker...kang kok haus. Ajaklah kawan - kawan yang lain join program ini. Peryertaan adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat. Tapi seeloknya kiter pakat ramai - ramai pakai baju merah walaupun kawan kiter tu bukan ahli ARP. Hai ada pulak geng-geng kiter terpaksa bertugas pulak kat Pusat Akidah Jelebu la pulak pada tarikh tersebut.
.
PENGUMUMAN:

So perjumpaan minggu ketiga ( Sabtu ) 19/5/07 DIBATALKAN sebab kiter dah gantikan program ini.

Antara pegawai terlibat
1. Kawasan BBS - Abang Piloi dan Abang Abu Hensem
2. Kawasan LUI - Akak Z dan Team sukarelawan LUI. ( Yang babai tu bertudung putih )
* Kak Ani kau tak nak turun sekali ker.........

Monday, May 07, 2007

JANGAN TAK KLIK....PROSTAR JEMPOL NS

Waduh pak...sekarang kiter dah tukar Blog Prostar Lama kepada Baru.... So...bapak2 semua jangan lupa ya singgah dulu ambil informasinya....Jangan tak KLIK...
www.kelabprostarjempol.blogspot.com

Thursday, May 03, 2007

MESYUARAT TIMBAL BALIK PROGRAM KEM EMAS 2007

Assalammualaikum....

PENGUMUMAN

Kepada Semua Ahli Jawatankuasa ARPRM Jempol peringkat tertinggi dan Otai - Otai Dekbet satu mesyuarat akan diadakan pada 3hb Mei 2007 jam 9 malam di Bilik NGO Kompleks Rakan muda Jempol. Anda di jemput hadir.... Tujuan meting ini adalah untuk membincangkan program akan datang serta postmortem program tempoh hari... Sebarang isu sila info kepada saya secepat mungkin... Infolah pada rakan - rakan lain yer...


Yang Benar...
Moderator Blog Ini..

Tuesday, May 01, 2007

SUKA DDUKA KEM EMAS 2007

Assalammualaikum dan salam Arp
Alhamdullilah..... semuanya selamat. Walaupun bangmir cuma dapat join u all hari ahad tu namun terasa rugi sebab tak dapat berkhemah dengan u all. Apapun bagi mereka yang tak g tempoh hari beralasan dekat lah....biasa g lah...alamak ai ruginya u all sebab stok baju kami banyak.... So takdapat lah u all baju free cap Prostar dan ARPRM. Bayangkanlah kami nak bagi baju dan topi kat budak2 nie... hai tak datang pulak diaorang..... Apapun tks pada semua yang terlibat. Gambar - gambar program tersebut banyak kami jadikan CD. So u all bolehlah mendapatkanya untuk kenangan2. Apapun Bangmir akan reloadkan sedikit jer gambar di ' Slot Gambar2 ARPRM ' nanti yer. Leh lah klik nanti .Ok...Jangan lupa perjumpaan 5hb ini. Oh ya program JOM TURUN LUI terpaksa ditangguhkan sebab ramai Geng Dekbet Team terlibat la pulak dengan program Prostar di Pusat Akidah Jelebu. Isyaalah bangmir akan buat jugak tu...Sian budak lui asyik turun BBS jer...Apalagi budak BBS sudah tiba masanya kita g LUI ramai - ramai naik bas....
( Bagi anda yang mempunyai cerita dan hotstory masa kat kem tu, lehlah emailkan kat bangmir. Nanti bangmir paparkan cerita anda itu sebab bangmir kekurangan storylah.... )