Sunday, January 18, 2009

Xpdc Berkelah Kecoh !

Ingatkan di Kuala Terengganu jer kecoh rupanya kat Bandar Baru Serting pun kecoh !

Semalam Sabtu, 17hb Jan 2009, keadaan agak Kecoh apabila Persatuan Rekreasi dan Badan Operasi ARPRM Jempol mengadakan perjumpaan peserta Xpdc Air Terjun Berkelah Maran Pahang di Kompleks Rakan Muda Jempol jam 10 pagi. Ini adalah gara - gara para trekker dan ahli persatuan yang lambat mendaftar diri untuk menyertai xpdc tersebut maka timbullah rasa tidak puas hati di kalangan mereka. Apa tidaknya, pada permulaannya sambutan agak lembab maklumlah dah lama iklan di war2kan tetapi macam biasalah di saat akhir walaupun program itu berbayar, namun sekarang remaja Jempol dah tahu keywordnya, kalau XPDC bunyinya sure program tersebut LAYAN GILER. Semalam sahaja kite dah terima hampir 72 orang mendaftarkan diri untuk sertai xpdc tersebut dan sebahagianya iaitu 62 orang daripada jumlah tersebut dah bayar deposit....ALAMAKKKKKKKKKKKK......... Bas MUAT cuma 4o orang jer. Hai pening kita orang.... Memang sah..budak - budak jempol memang dahagakan program - program lasak dan adventure ini. Maklumlah dah lama tak pergi masuk hutan. So bangmir pun terpaksa buat keputusan untuk tutup penyertaan hari itu juga. Maka banyak team2 yang tidak menjelaskan deposit telah tersingkir walaupun pelbagai rayuan di terima. Malam itu juga kami terpaksa bersidang untuk menyelesaikan problem tersebut. Kami tak nak bawak sampai 2 bas sebab ia tak sesuai untuk xpdc kali ini. Maka satu ketetapan telah di ambil. So kepada peserta , cepat2lah jelaskan yuran tersebut. Kami ambil sapa yang bayar habis sebelum selasa ini. Maklumlah kami nak pakai duit itu untuk bayar beberapa keperluan. Maklumlah kami takda sponser. Itupun nasib baik ada Kelab Rakan Muda Jempol yang sudi bantu kami sedikit. Kami juga terpaksa mencari alternatif lain untuk bawak lebihan 40 orang itu..... Kepada peserta xpdc . INGAT! jam 8.30 malam mesti dah ada kat Kompleks Rakan Muda Jempol ok. Kite jumpa di Berkelah Maran ok.
( Bangmir - Jangan lupa bawak Rendang Ayam Inun Coboi yer )

Nak tengok gambar - gambar air terjun berkelah sila klik disini

XPDC INI ANJURAN :
Persatuan Rekreasi Jempol dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Daerah Jempol

Thursday, January 08, 2009

Jom Xpdc Air Terjun Berkelah Maran










Jom ikut Xpdc Air Terjun Berkelah Maran Pahang pada 23hb - 26hb Januari 2009
ini anjuran Persatuan Rekreasi dengan Kerjasama Kelab Rakan Muda Daerah Jempol. Bagi sesiapa kaki xtvt lasak dan camping, apa tunggu lagi jom sertai kami. Yuran penyertaan adalah RM50 untuk ahli Persatuan Rekreasi Jempol dan peserta ARP ( yang dah dapat Gangsa & Perak sahaja) dan bukan Ahli PRJL adalah RM60. Penyertaan terbuka pada mereka yang berminat tak kira di mana anda berada asalkan 14 tahun ke atas. Bayaran ini meliputi tambang Bas, Lori, Insurans, khemah,guide, ubatan dan lain2 lagi. Kalau nak di ikutkan yuran tersebut memang tak cukup sebab tambang bas sahaja dah mahal. Harap - harap adalah yang sudi membantu dana kami tu. Cadangan pergi mungkin hari Jumaat malam Sabtu jam 9 malam. Berkumpul di Kompleks Rakan Muda Jempol. Tapi kami lum wat keputusan lagi sebab meting hari itu cuma membincangkan Xpdc Belumut Siri 3. Tapi Xpdc tersebut di batalkan di sebabkan Tiket Perjalanan Keretapi dah hampir habis. Maklumlah Raya Cina. So kami tak nak tanggung kesedihan peserta T. Mungkin lain kali kite pegi ok. Bayaran ini tidak termasuk makanan. Jadi makanan dan peralatan masak peserta kena bawa sendiri dari rumah lah. Cadangan elok u all buat team. Satu team 5 - 6 orang. Lantik ketua. Penyertaan akan ditutup pada 17/1/09. Satu taklimat khas akan diadakan pada semua peserta atau wakil ( ketua team ) pada hari sabtu 7/1/09 jam 10 pg di Kompleks Rakan Muda Jempol. Jemputlah datang. Borang penyertaan bolehlah di perolehi melalui laman web Persatuan Rekreasi Jempol iaitu di ( klik di sini ) www.rakanmudajempol.blogspot.com . Bayaran yuran atau deposit RM20 hendaklah di bayaran secepat mungkin agar nama anda disenaraikan segera dalam BAS. Tempat memang best. Anda mungkin teruja melihat keindahan air terjun yang cantik dan indah itu. Sebab itu kam ipilih Berkelah. Rasanya ada team Dekbet dah gi servey 2 kali kawasan tersebut. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi bangmir di 012 369 4057. Maklumat2 terkini xpdc akan di salurkan di laman rasmi PRJL di www.rakanmudajempol.blogspot.com . So selalu2 lah klik web itu ok. Apalagi JOM IKUT....
.
* Di sini kami ada sertakan gambar Air Terjun Berkelah masa Bangmir, Fami dan Faizal g camping dulu selama 3 hari 2 malam. Kami gi cuma 3 orang jer masa tu. Mabuk kan sebab 3 hari 2 malam tu , cuma kami jer yang camping kat situ.Apapun tempat itu memang best giler. Rugi sapa tak pergi. Jangan lupa bawa pancing. Bagi sesiapa yang nak beli Lilin masak. Harga RM3. Kalau nak info ok.

Tuesday, January 06, 2009

Terima Kasih Akak Rosma

Bermula Disember 2008 lepas, Cik Rosmawati atau di kenali sebagai Akak Rosma di kalangan adik - adik ARP Jempol telah menamatkan tugasnya di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol. Kami Badan Operasi ARPRM Jempol ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Kak Rosma kerana banyak membantu menyelaraskan segala program - program ARP dan Program2 Rakan Muda di Daerah Jempol ini. Jasa beliau sangat besar dalam mewarnai segala xtvt rakan muda di daerah ini. Beliau juga telah melahirkan ramai pemegang Gangsa dan Perak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bagi sesiapa yang mengenali Akak Rosma, memang kenal akan sifat murah senyuman nya itu, mudah di kenali dan sentiasa sedia membantu apabila di perlukan. Kami Team Dekbet juga sangat senang apabila bekerja dengan beliau. Semoga akak Rosma tidak melupai Rakan Muda Jempol ok lebih - lebih lagi budak - budak ARP. Bila senang, join2lah kami ya. Semoga Akak Rosma akan berjaya di tempat kerja yang baru. Terima Kasih Akak Rosma.

( Bangmir - Kauorang tak pernah tgk Kak Rosma marah. Kalau dia marah lagi lebar senyumnya. Orang Baik katakan.... he..he..he.. - Jeram Serting Ulu......... )

Thursday, January 01, 2009

Terima Kasih Anda !

Kesempatan ini, bangmir dan Krew - krew ARP Jempol ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009. Semoga azam tahun baru ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Kepada peminat blog ARP ini, jangan risau blog ini akan di update selalu memandangkan LAPTOP pun dah ok selepas di format. Terima kasih pada pengunjung setia blog ARP Jempol. Sokongan anda amatlah dihargai. JOM SERTAI KAMI.....
.

( Kepada budak2 ARP Jempol yang dapat keputusan Cemerlang PMR 2008 tempoh hari - Tahniah daripada bangmir dan Team Dekbet. Bangmir bangga dengan pencapaian anda . So sebagai hadiah terimalah lagu ini ok. Hayatilah senikatanya. " Seorang budak yang ingin berpindah ke sekolah baru tapi rasa serba salah " - alamak sedihnya..... Pada the Best tu..T bangmir belanja SATAY lak.... Kite jumpa kat BBS. Kapten Mirol dari akan contact u all. TAHNIAHHHHHHHHHH............
Zul Kamal & irma suzana pun dengar citer dapat result baguz juga.....




Kalau nak dengar lagu budak ini, Sila STOP dulu radio kat blog ini ok.