Sunday, April 04, 2010

Jawatan Kadet Juruterbang

Hari ini, 4hb april 2010, Malaysian Airlines System telah membuka iklan Permohonan Jawatan Kadet Juruterbang . Pada remaja yang berminat memohon jawatan kadet juruterbang ini, mestilah berkelayakan seperti berikut. Anda bolehlah mendapatkan akhbar Hari Ahad 4/4/2010. Semua syarat - syarat ada di sertakan sekali. Rasanya tarikh tutup penyertaan jawatan Kadet Juruterbang ini adalah 14hb April 2010. So apa lagi, kalau berani nak cuba. Jomlah " Clear For Take OFF "

Malaysian citizen, age between 18 to 26 years old (as at date of application)

· Pass SPM or its equivalent qualification recognized by Malaysian Government with six (6) credits including Bahasa Malaysia and a minimum of B4 in Mathematics, Physics and English taken in one sitting.

Or

· Possess Diploma / Degree in Engineering or Science related disciplines with minimum CGPA 3.0 or above and six (6) credits with pass in Bahasa Malaysia in SPM taken in one sitting.

· Good command of Bahasa Malaysia and English both written and spoken

· Must be physically and mentally fit with good eyesight (visual acuity of at least 6/60 without optical aid, correctable to 6/6) and not colour blind.

· Minimum height 163 cm (5ft 4in).

- Successful candidates will be required to sign a bond with MAS -


Keterangan lanjut, bolehlah klik di laman web ini ok :
http://jobsearch.monster.com.my/searchresult.html?cid=110794;lan=1

Thursday, March 18, 2010

Kem Interaktif ARPRM dan NYAA

( Sitting - Kak Ann, En. Mohd Azhari , Tan Jun Hong ( Officer NYAA ), Kenneth )

Alhamdullilah , maka berakhirnya Gold Interactive Camp ( ARPRM ) Malaysia bersama NYAA Singapore 2010 pada 11hb - 18hb March 2010 di Bukit Kiara Complex Kuala Lumpur and Kuala Tahan National Park, Pahang. Among this program, All members have to speak English. Oh.. my god. This is my first time, i have to conduct the programe with other country in the 7 days. It was too long. Normally 2-3 days. So peserta Malaysia pun kena ckap Inggeris. Bangmir masih ingat, di mana sehari sebelum para peserta singapore datang, Para peserta malaysia telah berkampung di Bukit Kiara.Di sini kami adakan seisi suai kenal dan budak2 ini, di minta MAAF! DIPAKSA untuk memperkenalkan diri dalam BI ( Bahasa Inggeris ). Ha..Ha..ha... maka berbuih dan bermacam2 lah grammer diaorang keluar. Almaklumlah nak jaga hati kawan - kawan dari singapore nanti. Takut diaorang tak paham pula kalau program tu budak2 ayik bercakap dalam BM. Bangmir selaku Ketua dan jurulatih pun terpaksa cakap orang putih semasa seisi taklimat dan aktiviti, maka macam - macam grammer pelik keluar daripada mulut bangmir. Sorry yer.. Diaorang siap panggil bangmir principals lagi. Pasal ya?....

Bangmir juga ucapkan terima kasih kepada orang kuat ARP Malaysia iaitu Puan Siti Mariam dan Kak Ann kerana tanpa diaorang kem ini mungkin tidak dapat diadakan. Kali ini juga bangmir dapat bersama - sama menjadi jurulatih dengan 2 orang pemegang EMas ARP Malaysia 2009 iaitu Abang Ravi dan Abang Suhail. Bestnya.

En. Mohd Azhari Bin Mohammad iaitu Pengarah Cawangan Rakan Muda Malaysia juga telah menyertai kami di Taman Negara. Tak sangka pulak, beliau sanggup menemani kami setiap aktiviti di jalankan. Orangnya juga adalah minat dengan rekreasi. Sungguh bertuah kami. Oh ya sepanjang program di Taman Negara, ada 2 orang doktor paling setia telah bersama kami sepanjang 4 hari itu. Wow! first time bangmir dapat bekerja bersama dengan doktor. Lebih - lebih lagi minat pulak dengan rekreasi. Sanggup duduk dengan kami dalam hutan malahan join semua aktiviti2 di Taman Negara siang dan malam. Mereka ialah Dr. Eshamsol Kamar ( hospital Temerloh ) dan Dr. Ramli Ibrahim. Tak sangka pulak diorang ini orang rekreasi. Sempoi jer nampak. Thanks juga pada Agent Azreen daripada department.... As a Safety Backup for 8 days 25 hours. Thanks sebab best kerja dengan tuan. Sorry tuan sebab tak senteri malam... he..he. he... . Oklah panjang sangat dah ini. T bangmir akan story2 lain pula ok. Jumpa lagi.

Abang Reza. Jangan lupa gambar load banyak2 yer. !!. More picture u can see it at my Facebook ok. For Singapore Members. Bangmir will miss you ok. Next time i story again. Thanks Very Good. he..he..he... CLICK HERE FOR JOIN FACEBOOK NYAA - ARPRM MALAYSIA -

.

Tuesday, March 09, 2010

Kem Interaktif ARPRM


Assalamualaikum dan salam Rakan Muda.....

APa khabar kepada semua warga Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Malaysia. Harap semua pemegang2 pingat Gangsa, Perak dan Emas telahpun berusaha untuk menghabiskan komponen - komponen yang telah di tetapkan mengikut syarat pingat. Bagi mereka yang sedang buat pingat Emas, jangan pulak berhenti sekerat jalan pula ya. Rugi nanti.

Oh ya, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan menganjurkan satu Kem Interaktif Peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ( ARPRM ) bersama National Youth Achievement Award Singapura ( NYAA ) Tahap Emas pada 11hb - 18hb MAc 2010 di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara Kuala Lumpur dan Taman Negara Kuala Tahan Pahang.

Tujuan kem ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat para peserta ARPRM iaitu cabang Anugerah Antarabangsa The International Award For YOung People pada tahap Emas di seluruh negara untuk mempelajari serta berkongsi praktis terbaik daripada negara jiran Singapura kerana kejayaan mereka melaksanakan program The International Award For Yong People sejak tahun 1992 dengan jumlah penyertaan melebihi 178,000 orang dan dapat menubuhakan Gold Award Holder Association ( GAHA ) dengan ahli seramai 1,200 orang.

Bagi sesiapa terlibat dengan program ini, bangmir ucapkan tahniah kerana anda akan dapat mengenali rakan - rakan remaja dari singapura pula. So ambil kesempatan ini untuk bertukar - tukar pendapat dan pengalaman di samping berkongsi cerita bersama mereka. Kepada members2 dari singapura yang akan hadir pada program tersebut , bangmir ucapakan selamat datang ke Malaysia dan nikmatilah keindahan berkhemah di hutan Malaysia . Amboi best dan syokkkkknyerrrrrrr........

Monday, March 01, 2010

Apa Pendapat Anda?


Bubar Kelab Rakan Muda dan programnya sekali?

Banyak betul reaksi dan pendapat daripada para remaja mengenai keratan akhbar di atas. Kebanyakan mereka sangat sayangkan Kelab Rakan Muda ini. Mungkin ada sebab mereka berkata begitu. Kalau Anugerah Remaja Perdana ( ARP ) dah berusia 18 tahun mungkin Program Rakan Muda dah lebih 18 tahun kot. Itu pun kalau tak silap bangmirlah sekiranya nak di kira sama dengan pelancaran ARP pada 5hb Mei 1992 di Ipoh Perak semasa Perhimpunan Hari Belia 1992 oleh Dato Seri Dr Mahathir.

Survey yang dibuat memang remaja ada ulasan tersendiri tentang petikan akhbar tersebut. Ada yang panas, ada yang sejuk, ada yang membina, ada yang cooll jer, ada yang ala kadar nak tak nak jer dan macam - macam lagi lah. Orang muda biasalah . Manjang berapi jer. Kalau u all tak percaya, cuba cari dan survey blog2 yang memberi pendapat tentang kenyataan ini. Apa pula pendapat anda ya. Any komen?. Bangmir perlukan KOMEN ANDA JUGA .Nak tulis komen.
Sila klik di sini "

Harap sertakan Nama atau Nama Pena / samaran anda Ya apabila beri komen.

He..he..he.... bangmir tak cakap apa - apa sebab bangmir dah lewat 30an. Nanti kena belasah pulak sebab beri komen panas. Apapun secara peribadi, bangmir masih sayangkan Rakan Muda. Bayangkan kalau Rakan Muda tiada dulu..... hemmmm entahlah...bagaimana persatuan2 boleh wujud dan di gerakkan. Ironinya remaja dan belia berpesatuan asalnya adalah dari Rakan Muda juga. Rakan Mudalah yang mengajar mereka semua itu termasuklah bangmir yang menerima manafaat di atas kewujudan Rakan Muda itu. Kami bekerja secara SUKARELAWAN tanpa mengharapkan RM$$$$ dan sebarang habuan. Kepuasannya tidak dapat di balas dengan wang ringgit.

Remaja dah pandai bersuara!!! Apapun nasihat bangmir, Janganlah sebab nila jatuh ke besen, habis baju kena cuci balik...... Renung - renungkanlah... Selamat Beramal....

Untuk baca komen para pembaca. Sila klik di Comment bawah sini

Sunday, February 21, 2010

Lama tak menulis ARP

Free Image Hosting At ImageCows.Net
Assalamualaikum....

Kepada semua para pembaca blog Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda NS. Lama sangat bangmir tidak menulis di blog ini. Bukan malas nak coretkan tetapi tiada program atau xtvt yang boleh bangmir lakarkan di blog berharga buat bangmir ini. Bangmir pun tak tahu apa nak tuliskan... Payah pulak nak buat cerita sekarang... macam kaku pulak. pelik! pelik! pelik!

Maafkan kami.
Kami di Jempol, nampaknya ARP seperti " Biskut Yang Di Rendam, Bila Dah Lembut......" Apapun bangmir dan rakan - rakan Team Dekbet tidak pernah hilang semangat dalam meneruskan perjuangan SUKARELAWAN dalam membantu remaja. Itulah semangat juang kami. Ia tidak akan padam buat selamanya. Jangan kata ALA..... dah tua....lama2 hilanglah semangat tu... OPsss sorry beb. Jangan sangka kami begitu. Hati ini sangat rindukan suasana - suasana camping, suasana hutan , suasana kegelapan malam di hutan , suasana jeram dan air terjun , suasana hiruk pikuk peserta, suasana riuh rendah peserta serta gelak ketawanya dan paling kami rindukan ialah SUARA - SUARA budak2 ARP!!!!.

Mana pergi semua itu ya.... Itu semua kenangan kami. Tak pernah secalit pun ia padam di hati bernyawa ini. Merekalah kawan - kawan bangmir dan team dekbet. Rindunya kami pada u all. Terima kasih buat anda kerana mencipta kenangan buat bangmir dan rakan - rakan. Insyallah kami akan bangun semula. Cuma tunggu dan nantikan kemunculan kami semula. Doa anda kami perlukan...... bukan untuk seketika tetapi buat selamanya.....

Yang Benar
bangmir
Penulis blog...

Thursday, January 07, 2010

Tahniah SMKSJ

Pada 24 Disember, 2009, seramai 25 orang arp smksj telah memperolehi anugerah Perak yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Kuala Pilah. Pihak Badan Operasi ARP Jempol mengucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan anda. Bangmir tumpang gembira atas usaha anda itu. Terima kasih kerana anda wakil Jempol. Nak tahu lebih lanjut lawati blog Arp SMKSJ ok.