Thursday, February 28, 2013

SMK Senaling Kuala Pilah Tirai 2013


Alhamdulilah dan habis pun bulan Feb. Kejap jer rasanya. Dalam sibuk2 tu, lupa pula hari ini adalah last Feb 2013. Macam biasa, kalau bangmir tak menulis dalam blog ini, di mana lagi hendak di ceritakan. Mungkin blog ini, boleh dijadikan bahan bacaan apabila bangmir dah tua nanti. So semua pengalaman di kutip dan di sumbat ke dalam blog ini.
Berhulucamp pun sudah pun lepasi tarikh hari lahirnyer...emmmmmm tiada pun jamuan atau parti besar untuk meraikan ulang tahun Berhulucamp. Lagipun, buat masa ini, belum ada pencapaian yang perlu dibanggakan kerana kami masih dalam proses pembangunan dan penambah baik beberapa kemudahan di kem.Apapun bersyukur setakat hari ini, tiap minggu pasti ada klien...cuma yg ruginya, bangmir takdapat menghadiri semua program2 di kem.Nasib baik ada my partner abang hanip. So dia uruskan kem. Bulan nie...... cuma bangmir nak ceritakan pasal SMK Senaling. Kenapa ?.... Kerana SMK Senaling adalah pembuka tirai pada kategori sekolah yang masuk untuk tahun 2013. Sebelum ini, yang masuk kebanyakan semua budak U atau Kolej pengajian tinggi. So SMK Senaling Kuala Pilah telah dtng pada 23- 24 Feb untuk kursus Kem Kepimpinan Pengawas. Pakej kepimpinan pelajar ini adalah terbaik dihadiri oleh pengawas atau pemimpin.  Kali ini bangmir telah menggunakan khidmat our best facy paklong dan gadingan nya iaitu abang ady ADK. So program sure happy sebab ada paklong. Urusan masa, solat  dan disiplin akan di uruskan oleh abng edy manakala xtvt outdoor akan di uruskan oleh pak musa and team. Peserta tak ramai dalam 76 orang sahaja. Ada 6 orang guru terlibat sebagai pemerhati.
.
So mokasih diucapkan kepada Cikgu Mazuna kerana memilih kami untuk handle kursus ini. Kejap2 jer dia buat tempahan. Itupun nyaris2 x jadi sebab ada masalah katanya. Namun akhirnya JADI atas sokongan pengetua dan barisan jawatankuasa katanya.
Jadual program telah bangmir tukar agar ia lebih padat dengan input ilmu. Ini kerana mungkin di antara mereka baru menjadi pengawas so kenalah ajar ilmu2 kepimpinan. Apappun terima kasih pada staf2 berhulucamp seperti abang musa, Sabtu, Apak dan Kak Azura. Walaupun mereka kecil tapi besar khidmatnya pada kami. So kepada SMK Senaling , terima kasih kerana sudi ke Pusat Latihan dan Rekreasi Berhulucamp. Ada masa kita jumpa lagi ok.TQ VERY GOOD.

Thursday, January 10, 2013

Selamat Datang 2013 - Berhulu Camp

Alhamdullilah syukur pada nikmat allah, bangmir dapat lagi bersama menulis dalam ruangan ini. Sudah 9 hari lepasnya sambutan tahun 2013. Apapun pada 4hb Januari 2013, UiTM Segamat telah membuka tirai persekolahan Berhulu Camp Jempol . Selepas itu, selang seharinya pula, kami menerima tetamu dari Jabatan Penilaian Daerah Jempol yang mengadakan Family Day diaorang. So Berhulu Camp kembali riuh rendah semula setelah bercuti hampir sebulan di penghujung tahun 2012 kerana proses pembersihan dan menaikkan taraf kemudahan yang ada di sini. UiTM segamat rasanya dah banyak kali datang ke sini. Malahan kursus kepimpinan tempoh hari ada juga peserta yang sama datang semula ke sini berkursus bersama kami lagi. Rasanya tak sampai 3 bulan diorang dah dtng ke sini semula. Mungkin sudah terpaksa ataupun terpilih , maka mereka berjumpa semula bangmir, haidil , abang hanip, Sabtu dan Apak. Dulu abang Musa dan Kak Zura tiada time tu. Tapi sekarang kami dah ada 2 staf tambahan yg memegang potfolio tersendiri.
.

Banyak benda hendak bangmir ceritakan bersama suka duka, bangmir bersama my partner abang Hanip dalam proses menguruskan pusat latihan dan rekreasi ini. Namun kami belajar dari banyak pengalaman yang kami kutip dari dulu lagi. Ia menguatkan kami untuk meneruskan impian kami berdua. Alhamdulilah, boleh di katakan semua rakan - rakan dekbet yang banyak membantu kami di kem tersebut seperti paklong, abang edy , abu, piloi, abang man , izat dan rakan - rakan lain. Terima kasih u all. Tanpa u all membantu, kami mungkin tidak akan sampai seperti hari ini. 

So pada mereka di sana yang masih tercari - cari tapak perkhemahan, pakej perkhemahan , atau ingin mengadakan kem motovasi , jom try di berhulu camp jempol ok. Bangmir dan rakan - rakan sentiasa menantikan kehadiran anda. Lain kali kita bercerita lagi ok. More detail . www.berhulucamp.blogspot.com .