Berhulucamp Jempol NS adalah Pusat Latihan & Rekreasi. Terciptanya kem ini adalah dari cetusan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bermulanya terlibat dengan kerja - kerja sukarelawan Rakan Muda semenjak 1994 lagi bersama Pejabat Belia dan Sukan Jempol. Dari situlah pengalaman kami kutip. Sekarang Rakan Muda dah tiada lagi tetapi semangat Sukarelawan Rakan Muda itu masih tebal dalam jiwa ini. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kerana mendidik kami sehingga hari ini.
Thursday, January 07, 2010
Tahniah SMKSJ
Tuesday, December 22, 2009
Kem Belia 1 Malaysia Jempol

Alhamdullilah, dapat juga Gerakan Belia Wawasan Batu Kikir mengadakan Kem tersebut. Kem anjuran bersama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan ini, telah di hadiri seramai 40 orang. Ia di kuatkan lagi dengan 4 orang jurulatih dari Team Dekbet. Apa lagi, kem tu jadi syoklah. Apapun suasana manjang hujan jer, telah membataskan pergerakkan program. Banyak masa, kami habiskan di dalam kelas sahaja. Kepada para belia dan beliawanis jempol yang telah menghadiri Kem tersebut, syabas kami ucapkan. Sure you all teringat2 suasana kedamaian kem kan.... So jangan lupa matlamat dan tugas kita ok. Oh ya.... nak tengok gambar- gambar program, jangan lupa selalulah jenguk blog ARP ini. Mungkin Before Sabtu, bangmir dah upload gambar2 dan cerita2 kauorang di sana. Sapa - sapa nak kongsi pengalaman untuk di ceritakan di sini, sangat bangmir alu - alukan. Emailkan kepada bangmir ok. Salam 1 malaysia dari bangmir dan Team Dekbet
Wednesday, December 02, 2009
Kem Belia 1 Malaysia - Jempol
Saturday, November 07, 2009
Xplorasi ARP Redah Jalanan
Tuesday, September 15, 2009
Salam Aidifitri

Kepada En. Mohamad Rosdi Mahmud ( Bekas Pegawai Belia dan Sukan Jempol ) , En. Hamid, Pegawai Belia dan sukan Daerah Jempol NS serta Staf - staf Pejabat Belia Jempol dan Kompleks Rakan Muda Jempol" Salam Aidilfitri dan Salam kemaafan dari bangmir and Team. Taklupa juga di ucapkan kepada Jabatan Belia dan Sukan NS, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia , Unit ARP - Puan Mariam, Kak Ann dan rakan - rakan, Rakan - rakan ARP seluruh Malaysia, Blog2 Rakan Muda, Blog2 ARP , sahabat blogger dan semuanya sekali Rakan Muda Malaysia. Dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Batin. Beringat - ingat semasa Berjalan Rayo ok.
Raya ini jemputlah ke rumah bangmir ya di Kg Serting Tengah Batu Kikir NS. Insyallah bangmir ada pada raya ke 2-3 sebab Malam raya dan raya pertama KOJORRRRRRRRRRRRRRr......... boring!!!! boring!!!!!boring!.......................
Friday, August 21, 2009
Salam Ramadhan 2009
Assalammualaikum dan salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua warga Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda terutama sekali budak2 Jempol. Di sini bangmir dan rakan - rakan ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan. Semoga kita mendapat rahmat di bulan yang mulia ini. Untuk maklumat anda, ARP Jempol akan berehat seketika dengan xtvt2 ARP buat sementara waktu sempena Ramadhan ini. Walaubagai manapun kebiasaannya Program Ramadhan Rakan Muda akan menyusul pula. Oleh itu anda dinasihatkan selalu melawati laman web ini untuk mengetahui program2 Ramadhan yang boleh anda sertai. Pihak Pejabat Belia Dan Sukan Jempol akan memaklumkan sekiranya ada program yang boleh ARP JempolWednesday, August 05, 2009
THANKS ARP NS
Bagi sesiapa yang nak salinan PowerPoint tempoh hari seperti kami janjikan. Jangan Risau. Email pada bangmir, nanti bangmir akan forwardkan LINK nya ok. Sekiranya anda memerlukan khidmat ARP kami, Jangan segan. Hubungilah kami ya.
Friday, July 31, 2009
Bengkel Pemantapan ARP Peringkat NS 2009
* Jumpa bangmir di sana ok!!!!
Saturday, July 25, 2009
Bangganya Anugerah ARP Kebangsaan 2009
Oh ya...Sian kauorang yer, terpaksa datang KL dengan transport sendiri sampai sesat2 kat KL. Semangat punya pasal, akhirnya sampai juga u all kat Grand Season Hotel tu. Itulah budak ARP Jempol. Pandai berdikari kan. Lagipun u all dah biasa dengan perjalanan bagpackers niekan....sebab kita selalu wat xpdc guna transport awam ni. Pada orang kuat ARP Malaysia Puan Wasitah , Kak Mariam, Kak Ann,Cikgu Man, Cikgu Zul dan unit2 urusetia ARP Putrajaya thanks sebab jaga budak-budak ARP dengan baik sekali sepanjang mereka berada di sana. Bangmir juga terharu tengok layanan mesra TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA iaitu YB. DATO' RAZALI BIN IBRAHIM kerana setia menunggu di pentas dan melayan semua para penerima pingat dari seluruh negeri untuk mengambil gambar dengannya. Bukan selalu kami dapat layanan sepecial begini dari menteri. So alhamdullilah, hajat budak - budak nie nak bergambar dengan menteri tercapai juga. YB sudi beramah mesra dan bergambar dengan penerima Pingat dari Jempol dan Kuala Pilah. Saudara Ravi ( penerima Emas ) juga sudi bergambar bersama kami di ikuti Penolong Pengarah Rakan Muda NS En. Izwandi dan Cik Azlina mentor kepada Ravi. Kami bangga dengan anda. Terima kasih Kementerian Belia dan Sukan Malaysia diatas Anugerah ini.
Sekiranya anda ada sebarang berita, pertanyaan dan sebagainya mengenai ARP, silalah emailkan kepada bangmir atau SMS ke 012 369 4057 ok
.
.Tuesday, July 21, 2009
Penyampaian Anugerah ARP Kebangsaan
Pada semua penerima Anugerah ARPRM di Malaysia pula , Bangmir mewakili Rakyat Malaysia ucapkan Tahniah dan Syabas diatas usaha gigih anda itu. Kami bangga dengan ANDA. Emmmmmm..... Pemegang EMAs tahun 2009 pula rasanya bangmir Kenal kot..... Apapun Tahniah.... Nanti kita Jumpa disana ok. Tahniah ARP JEMPOL...... Farah,Hanif,Hafiz,Firdaus,Asnawi dan Shahrizal..... Bangmir bangga dengan u aLL.... Nanti bangmir sematkan berita dan gambar majlis tersebut di Blog ini buat tatapan semua warga ARP Malaysiaaaaaaaaa...
.
Diatas adalah Gambar Kursus Pemimpin Muda ARP Jempol di Penyabong Mersing Baru2 ini. Budjet RM3000 jer untuk 4 hari 3 malam tapi lepas jugak kami ke Sana. Alhamdullilah......... semuanya berjalan dengan selamat. Nantikan berita seterusnya........
Wednesday, July 15, 2009
Kem Kepimpinan Arp Jempol
Kem Kepimpinan Mentor ARP Jempol
Tarikh : 17-20hb Julai 2009
( 20hb - Cuti N9 )
Bayaran : PERCUMA
( Cuma bawak makanan dan alatan masak jer )
Tempat : Pasir Lanun Tanjung Penyamun Mersing
Penyertaan : Yang Dah Dapat Gangsa dan Perak
Bayaran ini termasuk Tambang Bas, Khemah, Tapak, Insurans , Air, Api Resort dan sebagainya.
BAS BERTOLAK JAM 2.30 Petang Jumaat.
.

Wednesday, June 10, 2009
Realiti Maya di Kem Lambaian Danau
Itulah Kem Lambaian Danau. Kenal pun hanya di alam maya sebelum ini. Namun pada 29hb - 31hb Mei 2009, Alam maya itu telah di tukar ke alam realiti. Bangmir telah ditemukan jodoh dengan KLD setelah hampir 6 tahun bangmir mengurat ( mengikuti perkembangan ) KLD melalui blog mereka. Walaupun Jasin dan Jempol taklah jauh sangat, tapi amat sukar untuk kita di pertemukan. Akhirnya pada hari Jumaat 29 Mei 2009, bangmir dan Team Dekbet di temukan juga di pintu pagar KLD macam dalam blog tu. Bertuahnya kami sebab kami dapat bertemu terus dengan Pemegang Tetap Saham alam maya itu ( mcm bursa saham lak ) iaitu Paklet - En. Rosli ( ingat lagi bangmir, masa sampai tu , Paklet berdiri kat area parking KLD menunggu kami ) . Beliau adalah idola kami di sini. Bayangkan biasanya apabila team Dekbet berkumpul, bercamping atau bermeeting, Tak lekang di mulut kami mengumpat ( berborak ) mengenai KLD ( Angan2...bilalah dapat kite pergi KLD kan ...) dan memang cita2 kami nak wat program kat sana.
Alhamdullilah, bangmir bersyukur ,akhirnya kami di pertemukan juga dengan Paklet, Mama G, Cicha dan Toyak ( orang lama ) serta paktua begitu juga dengan Along dan seberadik, Cikgu Wan dan TJ di dunia yang sebenar. Pada Mama G,
So kepada Mama G. Terima Kasih dengan cenderahati hari tu ya tapi terkilan sebab tak dapat ambik gambar bersama di hari akhir, kerana Mama G takda. So biasa kalau tak jumpa pada hari akhir menandakan kami akan datang lagi ke situ. Insyaallah. Apapun kami mintak maaf ( macam raya lak ) sekiranya ada perangai Team Dekbet ( Bangmir , Aidil , Man dan Fahmi ) juga rakan - rakan bertugas hari tu yang tidak di senangi oleh Paklet, Mama G dan Staf sepanjang kami di sana. Sebenarnya ramai Team Dekbet yang tak dapat pergi KLD hari itu kerana masing2 masing ada hal. Rasanya kalau kami Team Dekbet cukup hari tu mau riuh rendah Kem Lambaian Danau di buatnya dengan suara - suara kami . Tak pun sure staf2 KLD pelik dengan perangai2 giler team kami kerana masing - masing dah tua dan berumur tapi perangai ya allah.... ( tapi kalau dah bagi ubat - eloklah tu ) . Semoga kite berjumpa lagi. Nak tgk gambar program hari tu " Klik Kat Sini " Tapi ada satu pelik dan memang menakjubkan di KLD. Bak kata orang Security Class A. Thanks Paklet atas Jaminan yang di berikan itu. Alhamdullilah. Ada masa bangmir ceritakan ok.
.
Thanks You Very Good
.
www.kemlambaiandanau.blogspot.com
Tuesday, June 02, 2009
Kenangan Kem Lambaian Danau
Bagi mereka yang tercari - cari KEM atau Pusat Latihan untuk nak buat program. Tak payah pikir panjang2 , Lawatilah http://kemlambaiandanau.blogspot.com/ . Kem ini memang best dan unik sebab ia ' Lain daripada yan lain ".

Thursday, May 28, 2009
Budak Arp Join Y2y Melaka
Friday, May 08, 2009
Jom Ikut Kami

Nak tau Hebatnya Kem lambaian Danau kepunyaan Pak Let. Sila klik www.infokld.blogspot.com
Nak tahu program - program terkini Rakan Muda Jempol. Sila scroll ke bawah di dalam blog ni. Ada jadual Program yang boleh anda ikut serta.
Saturday, April 25, 2009
Peserta Jati Diri Bersemangat
Teringat kenangan Nur Bukit Unggul. Nanyilah lagu bawah ni, secara automatik, memori tersebut akan keluar dalam ingatan anda itu- ingatkan pesanan bangmir. So tutuplah dulu radio dibawah tu kalau nak dengar lagu ini. Nak Tengok Gambar klik kat laman web Persatuan Rekreasi Jempol atau klik kat sini " www.rakanmudajempol.blogspot.com " . Untuk maklumat anda. Gambar kem ini akan di tambah setiap hari. Oleh itu selalulah lawati blog tersebut.
LASKAR PELANGI
mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah,
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya
laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia