Wednesday, May 17, 2006

MAKLUMAT PERALATAN DAN MAKANAN.

Barang makanan yang perlu dibawa setiap trekker.
( Elok ambik kat gumah jer )

1. Sardin tin kecil – 2
2. Ayam tin kecil -2
3. Daging Tin kecil – 1
4. Maggie – 5 bungkus
5. Ikan Masin – 2 ekor jer
6. Telur – 3 biji – bubuh dlm kotak/tray telur
7. Perencah Nasi Goreng – 2 bungkus
8. Garam – 10 Sudu – Ikat dlm plastic
9. Gula – 10 Sudu – ikat dalam plastic
10. Milo / Tea – terpulang
11. Bawang besar – 2 labu
12. Bawang Putih – 2 Labu
13. Roti Krim – 3 Bantal – untuk mendaki
14. Beras – ½ kilo
15. Lada api / cili – Sapa yg berminat
16. Snek / coklat – Beri tenaga masa mendaki
17. Minyak masak 1 botol kecil mineral bagi
satu kumpulan sahaja.

Barang persendirian yang perlu dibawa setiap trekker.

1. Pakaian lasak/ringkas /sopan.
2. Kasut /selipar
3. Buku nota kecil dan Pen
4. Pisau Lipat yang besar beli kat kedai RM2
5. Lampu picit / Bateri
6. Ubatan persendirian.
7. Tali nak sangkut baju sidai
8. Kain solat / Telekung - WAJIB
9. Guni Plastik – alas masa solat ( Plastik sampah hitam pun boleh )
10. Lilin 6 batang
11. Sudu/garpu/pinggan / kole ( cawan )
12. Peralatan bersuci

dan segala peralatan yang dirasakan perlu untuk perkhemahan. Sila masukkan barang ini kedalam Plastik Sampah Hitam – elak basah. Barangan yang perlu ada dalam setiap kumpulan / 6- 7 orang dalam satu kumpulan

1. Peralatan memasak contoh kuali kecil , periuk kecil , cerek kecil masak air , kepingan getah – untuk bahan masak, mancis api, sudip , lilin dan apa – apa yang dirasakan perlu.Sekiranya ada Khemah sila bawa. Bagi yang tiada khemah sila info kami awal.

Cadangan :
Seeloknya setiap peserta membawa Rendang ayam ker/ Daging ker suruh mak masak so pada hari sabtu tu kite cuma masak nasi jer.. sebab dah penat. So sebelum pegi tu hari khamis tu kauorang bolehlah tangkap ayam.. Menu masakan telah disusun oleh penganjur tetapi u all boleh buat menu sendiri kalau nak lagi sedap. Terpulang kepada setiap kumpulan.


INGATAN / AMARAN :

SETIAP PESERTA BUKAN DIGALAKKAN TETAPI DIWAJIBKAN MEMBAWA BEG SANDANG SAHAJA. BEG NAK BALIK KAMPUNG TIDAK DIBENARKAN. SATU LAGI JANGAN TERLALU BANYAK BARANG HENDAK DIJINJING PASTIKAN HANDFREE KERANA KITA AKAN MENDAKI MEMBAWA BEBANAN. KURANGKAN BARANG YG TIDAK DIPERLUKAN.

Pendaftaran selepas solat isyak di Stesen Keretapi Bahau Jam . Bertolak jam 10.00 malam 26/5/06 menaiki keretapi Xpress Wau dan balik dijangkakan sampai di bahau jam 3.30 pagi hari khamis 1hb Jun 06. Sebarang Pertanyaan sila hubungi Penyelaras ARPRM En. Amir 012 3694057 / Penyelaras PROSTAR En. KamarulZaman 013 6050 858. atau

lawati : www.anugerahremajaperdana.blogspot.com/

No comments: