Monday, May 14, 2007

GEMPAR - BERITA SENSASI DAN PANAS

TEAM DEKBET DI MASUKKAN KE PUSAT PEMULIHAN AKHLAK !!!

Assalammualaikum dan salam arprm,

Gempar! bangmir di beritahu bahawa beberapa orang Team Dekbet telah di masukkan ke Pusat Pemulihan Akhlak Jelebu jumaat lepas. Mengikut dari sumber2 yang di perolehi , saki baki beberapa orang team dekbet yang telah di kenal pasti oleh pihak Kesihatan Jempol akan menerima rawatan susulan di Pusat Pemulihan yang lebih tinggi lagi iaitu di UPM serdang pada 8hb - 11hb Jun. Di fahamkan juga ramai doktor - doktor dari hospital2 NS yang berhampiran dikejarkan ke pusat tersebut untuk membantu memberi rawatan kepada mereka. Diharap mereka akan menerima rawatan yang sewajarnya. Kami di sini berharap apabila mereka keluar nanti, maka jadilah insan yang baik yang boleh memberi keyakinan kepada masyarakat. Sedarlah wahai kawan - kawan. Apapun tahniah buat mereka, kerana dalam menerima rawatan mereka sempat mengharumkan nama Jempol peringkat kesihatan NS kerana telah memenangi beberapa anugerah. Diantaranya.


Mereka telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan inovasi iaitu ' Jom Klik ', selain itu juga salah seorang daripada mereka telah menerima Anugerah Bintang Harapan Prostar 2007 peringkat NS dan ada lagi, mereka juga telah menerima Anugerah Penyelaras Prostar Terbaik 2007 Peringkat NS. Anugerah tersebut telah di sampaikan oleh YB Dr. Haji Azman Bin Abu Bakar Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Darul Khusus. Tahniah ! Tahniah ! Tahniah..... .
( Nak tau lebih lanjut jom klik
www.kelabprostarjempol.blogspot.com )

No comments: