Monday, July 09, 2007

D Kok Eco Camp





Hari ini, Bangmir dan Faizal telah singgah satu tempat baru rekreasi di Tanjung Ipoh. Namanya D, Kok Eco Camp. Bukan apa, kami ni memang suka reyky kawasan2 baru untuk wat camp. So tempat boleh tahan jugak. Tapi nampaknya dalam proses pembangunan. Malangnya tuan punya camp nie tiada pulak. So takdapatlah tau lebih lanjut lagi mengenai tempat tersebut. Apa yang dapat bangmir nampak di situ terdapat tapak perkhemahan,dewan,kolam untuk main kayak dan beberapa tandas dan bilik air. Terdapat 2 buah Chalet di situ. Kira besar jugak. Masa bangmir nak masuk tadi ke Kg Talang, kebetulan pula di sepanjang jalan terdapat peserta dari Program Perkhemahan Kadet Polis Peringkat Kebangsaan yang berpengkalan di Ulu Bendul sedang jogging beramai2 di situ. So ramai pulak polis di kawasan tersebut. Apapun bagi peminat rekreasi dan kem ,cuba - cubalah wat program kat situ pulak okey...

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih Bangmir. Untuk pengetahuan saudara, D'kok Eco Camp ini adalah hasil titik peluh ahli keluarga En. Shaari dan memang benar ia masih di peringkat pembangunan. Pembangunan tersebut di lakukan secara berperingkat namun begitu ia sudahpun menjadi salah satu drpd lokasi pilihan bagi beberapa institusi pendidikan dan persatuan di sekitar NS. untuk maklumat lanjut, saudara bolehlah berhubung dengan En. Aznan di talian ini. 012-2377228.
Terima kasih di atas perhatian dan komen saudara.

Rafizah