Monday, August 13, 2007

Kursus ARP Pelajar Cemerlang

Alhamdullilah pada 11hb - 12 Ogos 2007, Kursus ARP Pelajar Cemerlang yang dianjurkan oleh Pusat Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol telah berlangsung dengan jayanya. Walaupun kami membuka penyertaan kepada 47 orang yang semuanya adalah penerima Gangsa di Jempol ini namun yang dapat hadir adalah seramai 35 orang seperti yang kami kehendaki. Thanks pada u all semua kerana u all telahpun membanggakan kami kerana berjaya menyudahkan komponen2 ARP untuk Gangsa. Oleh itu sebagai hadiahnya kami anjurkan program bercorak Akademik SMART Study di mana penyertaan adalah percuma, khas untuk anda.Terima kasih kepada semua fasilitator dan jurulatih yang telah membantu program ini terutama fasilitator merangkap pengurus program iaitu abang Fami, Akak Rosma, Abang Aidil , Ustaz Hafiz, Abang Kemkom Fahmi, Kakngah, Faizal dan tak lupa juga pada Urusetia yang banyak membantu persiapan program sepanjang program ini berlangsung iaitu Abang Faizul ( Piloi) dan akak Induk. So baru u all taukan bahawa dikalangan kami adalah orang2 yang bijak pandai semasa di zaman persekolahan mereka dulukan.Jadi mereka memang layak berkongsi pengalaman dan teknik belajar yang betul untuk diajar kepada u all pula.Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mohamad Rosdi Mahmud Pegawai Belia dan Sukan Jempol yang banyak membantu menjayakan program2 ARP Jempol. Tak lupa juga kepada sponser2 murah hati terutama Pakcik Maamor dan isteri ( Tauke Kantin Kompleks Rakan Muda Jempol ) yang bermurah hati mensemponser sebahagian kos makan minum peserta, terima kasih banyak2 pakcik Maamor dan Isteri kerana sudi membantu bagi menjayakan program ini. Terharu abang amir dibuatnya semasa ingin membayar duit makan peserta tempoh hari. Apapun inilah ARP Jempol, walaupun kami bukannya berduit dan kaya sangat tapi program boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja khas untuk ARPRM DAERAH JEMPOL. Ini semua adalah komitmen kuat dan sokongan padu semua jurulatih2 sukarelawan ARP Jempol dan TEAM DEKBET yang sedia membantu bila2 masa sahaja apabila diperlukan. FREE pulak tu!!!. Terima kasih diucapkan. Akhir sekali bangmir berharap a all semua belajarlah rajin2 dan STUDY SMART. Dapatkan keputusan cemerlang sekaligus boleh banggakan ibu dan bapa kita okey. ( Ingatkan lagu Kasih Ayah dan Ibu serta lagu 1,2,3,4,).. Then jangan lupa solat 5 waktu dan selalu berdoa pada yang maha esa. Okeylah nanti kita jumpa lagi K. OPSSSS!!!. Minggu ketiga ini , mungkin ada program kemerdekaan. So tunggu sahaja lampu hijau dari Kak Rosma yer...

Bagi sesiapa yang nak tengok gambar klik pada ' program2 terkini atau nak senang klik
KAT SINI.
Di laman web ini juga bangmir sertakan jugak Laman Laman Web Motivasi dan Teknik Belajar Smart Study untuk tatapan buat pelajar semua okey.

No comments: