Tuesday, September 11, 2007

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 2007

Assalammualaikum dan salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua warga Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda terutama sekali budak2 Jempol. Di sini bangmir dan rakan - rakan ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan. Semoga kita mendapat rahmat di bulan yang mulia ini. Untuk maklumat anda, ARP Jempol akan berehat seketika dengan xtvt2 ARP buat sementara waktu sempena Ramadhan ini. Walaubagai manapun kebiasaannya Program Ramadhan Rakan Muda akan menyusul pula. Oleh itu anda dinasihatkan selalu melawati laman web ini untuk mengetahui program2 Ramadhan yang boleh anda sertai. Pihak Pejabat Belia Dan Sukan Jempol akan memaklumkan sekiranya ada program yang boleh ARP Jempol sertai. Oh ya bersama ini bangmir sertakan JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA 2007 untuk rujukan anda semua ok. So bolehlah download dan tampalkan kat dinding rumah atau dapur. U all klik kat sini JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA 2007 untuk mendapatkan jadual berbuka puasa 2007 tersebut . Tapi kena tunggu lama sikit untuk download. Di sini juga bangmir lampirkan niat puasa ramadhan untuk rujukan buat kita semua. Salam RAMADHAN dari Bangmir dan Warga ARPRM JEMPOL.
.

Lafaz Niat Lengkap Puasa Ramadhan Untuk di baca setiap malam

Ertinya: “ Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta‘ala.”

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Untuk Sebulan

" Sahaja aku puasa bulan Ramadan seluruhnya pada tahun ini kerana Allah Taala"

No comments: