Thursday, March 13, 2008

Sirkit Cabaran Mendaki Gunung Negeri Sembilan


Assalammualaikum dan Salam Rakan Muda !

Wow...ini ada berita hangat dan memang di tunggu oleh pengiat Rekreasi dan pencinta Gunung Ganang di Negeri Sembilan. Bangmir baru dimaklumkan oleh abang fami bahawa Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Penggalakkan Pelancongan Negeri Sembilan ( UPENS ) akan mengadakan satu xtvt mendaki 4 gunung terbaik di Negeri Sembilan. Program Sirkit Cabaran Gunung Negeri Sembilan ini akan mendaki Gunung Datok di Rembau, Gunung Tampin , Gunung Telapak Buruk Jelebu dan Gunung Angsi Kuala Pilah. So bagi yang berminat bab - bab daki gunung dan memang dahagakan program hardcore ini bolehlah melayari laman web rakan bangmir iaitu Abang Fami di www.gstarzarm.multiply.com/untuk mendapatkan borang.
Bagi bangmir, program ini memang best sebab dah lama betul Negeri Sembilan tak menganjurkan program - program berbentuk Rekreasi lebih - lebih lagi mendaki gunung yang sekali empat ini. Tahniah di ucapkan pada penganjur. So apalagi. Cepat dapatkan borang penyertaan sekarang ok. Jangan berlengah lagi. Cepat ajaklah kawan - kawan ok.

No comments: