Friday, April 25, 2008

Hadi Accident Pulak!!

( Hadi menerima hadiah selepas Program Mencari Nyamuk pada 20hb tu )

" Bangmir Si Hadi accident" dio dimasukkan ke hospital, teruk jugak " Itulah sms yang bangmir terima pada malam Selasa lepas. Masa itu tengah kerja. Hai bangmir pun call balik penghantar sms tersebut. Katanya Hadi kemalangan dengan sebuah kereta. Macam - macam pulak berlaku kat budak - budak ARP Jempol bulan ni. Hari itu si Kibal dan Amar kemalangan di Juaseh. Kibal Patah kaki, bahu dan pergelangan tangan. Alhamdullilah Ahad lepas bangmir pegi melawat untuk kali kedua nampak macam dah beransur sembuh.

So apabila mendengar berita si Hadi tersebut, hari Rabu tu , bangmir pun bergegaslah balik ke kg selepas habis kerja. Petangnya itu bangmir pergi melawat Hadi di Hospital Besar Jempol bersama Aidil, Fami B dan abang Musa yang kebetulan mereka baru habis program bersama PBSM. Di Hospital juga terdapat Ariff SMKSJ dan beberapa budak ARP yang membuat lawatan. Hadi patah kaki kanan. Katanya hari khamis, beliau akan di hantar ke Kuala Pilah. Diharap Hadi akan cepat sembuh. Pada budak - budak ARP mahupun remaja di luar sana harap jaga diri baik - baik apabila berada di jalanan. Sayangilah nyawa anda ya....

No comments: