Tuesday, May 06, 2008

Program Arp Cuti Sekolah

Perjumpaan ARP Bulan Mei 2008
" Rabu 14hb Mei 08 Jam 3.30 ptg di Kompleks Rakan Muda Jempol "
.


BOSAN CUTI SEKOLAH MEI INI . JOM KITA PEGI CAMPING!!!!

Wow dah lama tak pergi xpdc. Last sekali kita pergi ke Gunung Belumut naik keretapi ramai - ramai anjuran bersama Kelab Prostar Daerah JEmpol. Best masa tu sebab kami bawa lebih 100 orang peserta. Hiruk pikuk dalam keretapi hinggakan keretapi tak singgah di kebanyakan stesen - stesen kecil disebabkan keretapi dah penuh dengan u all jer.

BOSAN CUTI SEKOLAH NI?. So apa lagi. Jom ikut kami XPDC CAMERON HIGHLAND yang akan diadakan pada 30hb Mei - 2 Jun 2008. Program anjuran Kelab PROSTAR Daerah Jempol dengan kerjasama Persatuan Rekreasi Jempol membuka penyertaan kepada Peserta PROSTAR JEMPOL, budak- budak ARPRM , Ahli Persatuan Rekreasi Jempol dan sesiapa sahaja yang berminat dengan xpdc ini. Program ini adalah bersifat santai dan rekreasi. Just nak relax dan sempoi - sempoi sambil kita dapat mengenali diantara satu sama lain. Facy - facy pun nak berehat. Malas nak mengajar - ajar nie ataupun nak bukak kelas. Maklumlah rekreasi. Relies Tension katakan. So tak payahlah kauorang nak bawak buku ker, nota ker, Kasut hitam siap kilat ,baju kurung siap iron dan ada hanger, ataupun baju masuk dalam siap SKEMA. Just bawa keperluan makanan, barang dapur dan harian serta pakaian solat ( ingat tu ). Kita relax2 sambil masak - masak dan menghayati alam sekeliling hijau lagi nyaman.Kat tapak perkhemahan tu ada jeram. Bestnya.

Mengikut Abang Man ( Ketua Xpdc) , kita mungkin akan naik Gunung Brincang dan raund satu Cameron secara trekking( bolehlah curi strawberi ). Berkhemah di Tapak Perkhemahan Perhutanan Cameron. Dengar cerita budak PROSTAR Cameron pun akan join sekali. WAH Happening lah sikit....Bayaran sure lah dikenakan. Ia meliputi Kos pengangkutan dari Bahau - Cameron highland, Sewa Tapak khemah, Guide, ansuran, Solid fuel, khemah, Sewa Van , Bayaran masuk dan macam - macam lagi. Kami anggarkan RM70.00 ( tak termasuk makanan ) dulu ya tapi taklah sampai RM100. Kami bukan buat bisness.

So Adakah Anda Berminat?. Cepat dapatkan borang penyertaan. Kami cuma nak bawak 40 orang jer. Malas nak angkut ramai - ramai macam gi Belumut dulu atau pergi ke Gunung Ayam Kelantan. Siapa cepat bayar, dia dapat pergilah. Tarikh tutup penyertaan adalah 20hb Mei 2008. Nak tahu lebih lanjut tel bangman di 013 6050858 atau bangmir sendiri 012 3694057 atau email kepada bangmir di kembara_dca@yahoo.com . Rugi siapa tak ikut sebab ramai budak - budak gile Dekbet ikut sekali lagipun dengan bayaran RM70 kauorang leh lepak kat Cameron selama 3 hari. Mana nak dapat beb. ( Facy / Team Dekbet pun kena bayar ya ). Lawatilah laman web KELAB PROSTAR JEMPOL ( klik di sini ) di www.kelabprostarjempol.blogspot.com

Pesanan :
HARAP JANGAN BAWAK BEG MACAM PARAMUGARI TU YA ! INGAT TU ....

2 comments:

Kem Lambaian Danau said...

salam amir

apa khabar ? bila nak datang sini ? asyik jumpa kat net jer !

hehe

kak g

Anonymous said...

Salam dan selamat sejahtera, tahniah kepada ARP Jempol. nampaknya anda sangat leading dan blog anda juga menarik. keep up the good work