Sunday, January 18, 2009

Xpdc Berkelah Kecoh !

Ingatkan di Kuala Terengganu jer kecoh rupanya kat Bandar Baru Serting pun kecoh !

Semalam Sabtu, 17hb Jan 2009, keadaan agak Kecoh apabila Persatuan Rekreasi dan Badan Operasi ARPRM Jempol mengadakan perjumpaan peserta Xpdc Air Terjun Berkelah Maran Pahang di Kompleks Rakan Muda Jempol jam 10 pagi. Ini adalah gara - gara para trekker dan ahli persatuan yang lambat mendaftar diri untuk menyertai xpdc tersebut maka timbullah rasa tidak puas hati di kalangan mereka. Apa tidaknya, pada permulaannya sambutan agak lembab maklumlah dah lama iklan di war2kan tetapi macam biasalah di saat akhir walaupun program itu berbayar, namun sekarang remaja Jempol dah tahu keywordnya, kalau XPDC bunyinya sure program tersebut LAYAN GILER. Semalam sahaja kite dah terima hampir 72 orang mendaftarkan diri untuk sertai xpdc tersebut dan sebahagianya iaitu 62 orang daripada jumlah tersebut dah bayar deposit....ALAMAKKKKKKKKKKKK......... Bas MUAT cuma 4o orang jer. Hai pening kita orang.... Memang sah..budak - budak jempol memang dahagakan program - program lasak dan adventure ini. Maklumlah dah lama tak pergi masuk hutan. So bangmir pun terpaksa buat keputusan untuk tutup penyertaan hari itu juga. Maka banyak team2 yang tidak menjelaskan deposit telah tersingkir walaupun pelbagai rayuan di terima. Malam itu juga kami terpaksa bersidang untuk menyelesaikan problem tersebut. Kami tak nak bawak sampai 2 bas sebab ia tak sesuai untuk xpdc kali ini. Maka satu ketetapan telah di ambil. So kepada peserta , cepat2lah jelaskan yuran tersebut. Kami ambil sapa yang bayar habis sebelum selasa ini. Maklumlah kami nak pakai duit itu untuk bayar beberapa keperluan. Maklumlah kami takda sponser. Itupun nasib baik ada Kelab Rakan Muda Jempol yang sudi bantu kami sedikit. Kami juga terpaksa mencari alternatif lain untuk bawak lebihan 40 orang itu..... Kepada peserta xpdc . INGAT! jam 8.30 malam mesti dah ada kat Kompleks Rakan Muda Jempol ok. Kite jumpa di Berkelah Maran ok.
( Bangmir - Jangan lupa bawak Rendang Ayam Inun Coboi yer )

Nak tengok gambar - gambar air terjun berkelah sila klik disini

XPDC INI ANJURAN :
Persatuan Rekreasi Jempol dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Daerah Jempol

No comments: