Monday, June 11, 2012

Bangmir Kembali Semula Berblog

Ya allah, ya tuhanku, terima kasih kerana kau izinkan aku hari ini untuk berblog semula setelah hampir  2 tahun, rasanya bangmir menghilangkan diri dalam dunia blog di sebabkan sibuk menguruskan beberapa - berapa laman web berbentuk bisnes. Hari ini 11hb Jun 2012, insyallah bangmir akan kembali menulis. Dah tua rasanya bangmir ini. Ialah dari umur muda semasa aktif dengan perkhemahan , Xpdc dan ARP , sekarang bangmir dah ada 2 orang anak. Rakan - rakan seperjuangan pula, ramai dah bersara. Mungkin di sebabkan kesibukan bersama family, hingga lupa bangmir kepada blog ini. Blog yang banyak mengajar bangmir erti dunia WEBSITE. 

Apapun blog ini, akan bangmir tukarkan bukan fokus kepada Dunia ARP atau Anugerah Remaja Perdana. Ini kerana dah lama sangat bangmir tak terlibat dengan dunia ARP lagi semenjak tahun 2008 lagi kerana sebab - sebab tertentu. Biarlah ia menjadi rahsia kami anak  beranak Dekbet Team yang aktif sedikit masa dahulu di Pejabat Belia dan Sukan Jempol NS. Blog ini akan bangmir fokuskan kepada dunia PERKHEMAHAN. Ialah dari tahun 1994 lagi sehingga hari ini ( sudah 18 tahun ), Xtvt itu tidak pernah bangmir tinggalkan walaupun dah ada anak 2. Ingatkan dah tua dah lupa bab camping ini. Tapi rupanya semakin tua semakin menjadi - jadi pula.He..he..he.. . Cuma cara camping bangmir dah berubah sikit.... So blog ini akan menceritakan segala suka duka peserta bangmir dan pengalaman bangmir di DUNIA BERHULU CAMP Jempol iaitu salah satu kem perkhemahan dan motivasi pelajar yang bangmir ciptakan bersama rakan bangmir iaitu Abg Hanip atau lebih dikenali Abang Dekbet. So bagi anda yang mencari kem perkhemahan pelajar ataupun ingin menganjurkan kem motivasi bolehlah melayari www.berhulucamp.blogspot.com . Semoga kita berjumpa lagi di lain arena ok.

No comments: