Friday, April 04, 2008

Kibal Peserta ARP Jempol - Exsiden

( Kibal yang pegang topi )
Assalammualaikum,
Tentu ramai budak - budak ARP Jempol kenal dengan Kibal. Seorang budak yang alim, baik budi bahasanya dan tertip orangnya. Malahan kami dekbet team sangat selesa dengan kibal kerana kerajinannya. Apapun beliau sekarang sedang berada di Hospital Chinese Menarity ( NSCMH) Seremban kerana kemalangan 2 hari lepas di hadapan Klinik Juaseh selepas balik daripada sekolah. Amar juga terlibat sama kerana beliau menunggang motor yang sama. Mengikut kata makcik kibal, kibal patah kaki dan bahu manakala pergelangan tanganya di masukkan besi. Sian betul bangmir mendengarnya. Terperanjat bangmir menerima berita itu daripada bangman. Bukan apa kalau nak dikatakan si Kibal tu Mat Rempit...ya allah kawan - kawan dan tuhan sahaja yang tahu macam mana budak tu cermat dan perlahannya membawa motor. Kibal juga memang terkenal dengan sifat budi bahasanya dan rajin membantu. Mana tidaknya Kibal , Amar , Naim adalah tiga orang Anak didik ARP dari kampung bangmir. Mereka - mereka inilah yang selalu menemani bangmir menyertai sebarang program rakan muda. Malahan kali terakhir bangmir panjat Gunung Angsi adalah bersama Kibal pada Disember 2007. Itu pun nasib baik, kibal sudi menemani bangmir mendaki, kalau tidak bangmir jer seorang mendaki macam biasa.

Semalam khamis kebetulan bangmir OFF pulak,bangmir pun baliklah ke kg. Cadangnya bangmir dan rakan - rakan kibal dari kg nak melawat beliau di Hospital Kuala Pilah.Tiba- tiba nenek kibal info yang beliau sudahpun di hantar ke Seremban untuk rawatan susulan maka kami pun bercadang untuk melawat beliau pada hari ini jumaat lepas solat kerana nak menunggu rakan2 lain balik dari sekolah . Namun masih tidak kesempatan kerana makciknya memberitahu pada pukul 10 pagi tadi yang kibal akan menjalani beberapa pembedahan susulan bermula jam 2.30 ptg hinggalah jam 7 malam. So tak dapatlah juga kami melawatnya hari ini. Apapun bangmir sempat juga melawat Amar di rumahnya pagi tadi. Beliau nampaknya tidak mengalami kecederaan serius cuma luka - luka sedikit tetapi nampak macam masih lagi keadaan trauma kerana kejadian tempoh hari. Apapun bangmir mengharapkan agar Kibal akan terus cepat sembuh supaya dapat mengikuiti program - program bangmir ya. Harapan bangmir pada rakan - rakan lain agar kita sama - sama berdoa agar kibal cepat sembuh sedia kala..... dan bangmir mengharapkan anda dapatlah memberikan kata - kata semangat kepada beliau....sedih bangmir bila dengar suara dia di telepon apabila dia bercerita tentang nasib dirinya itu masa hadapan.

So SMS lah Kibal di 013 2597295. Beliau perlukan sedikit semangat dari anda semua. Tak rugi u all SMS sebaris dua kata - kata hikmah pada beliau. Ingatlah...Kibal memerlukan sokongan dari kawan2nya.Hanya kawan- kawanlah yang dapat menghiburkan kibal ketika ini di kala kibal terbaring di atas katil hospital.... Sure kibal tersenyum apabila menerima sebaris SMS dari anda. Pada anda yang ingin menghantarkan kata - kata pesanan pada kibal . Sila klik ' comment ' di bawah.

4 comments:

Anonymous said...

di harap kibal tabah dan redha menerima apa yang berlaku dengan hati yang terbuka.......
ingat ye...pe yang berlaku pasti ada hikmahnya........

ruby said...

di harap kibal tabah dan dapat menerima ujian ini dengan redha kerana semua yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya........

Anonymous said...

Pada Kibal..banyaklah bersabar. Apa yang jadi pada kibal adalah dugaan dari yang maha Esa. Mungkin sekarang kibal merasai kesusahannya itu namun insyallah akan datang mungkin ada hikmahnya. Sabar yer kibal.

Amirah Zailani. KK .

Anonymous said...

askum...alhamdulillah kerana kibal msih hidup & di beri kekuatan utk mengharungi hdup..saya slaku bdk2 arp gak terkjut ble dgr kibal accident..mle2 xcye tp ble dh tnye btul2 kt ijat bru sy percaya..sy doakan kibal cepat2 smbuh..tntg mse dpn kibal,jgn rsau sgt tntg spm thun ni coz kita xleh nk wt pe2 lg..bende dh jd..redha je lh..mnkin ade hikmahnye.....sy dpt rasakn kesedihan yg kibal rasa coz bru2 ni bln 12 yg lps ayah sy trut trlibat dgn 1kemalangn...smpai skrg xdpt nk g kje or wt pe2 lg..kdg2 sedih gak tgk..tension pun de gak coz sy xdpt nk sertai arp sgt pas ni..pe2 pn take care 4kibal.....k askum..utk kibal(",)