Wednesday, June 11, 2008

Lawatan Sempena Hari Belia NS 2008

Assalammualaikum,

Sori sebab lambat nak info kat budak - budak ARP Jempol pasal, ARP ada dapat sebuah bas untuk pergi ke Sambutan Hari Belia 2008 Peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi Seremban pada Sabtu ini 14hb Jun 2008. Apapun bangmir dengar cerita ramai juga budak ARP baru yang pergi. So sesiapa nak pergi bolehlah hubungi Kak Rosma kalau ada kosong lagi ok. Banyak program menarik bangmir dengar telah di susun sempena sambutan itu. So Selamat Menyambut Hari Belia 2008 Peringkat Negeri Sembilan pada semua belia dan beliawanis Negeri Sembilan Darul Khusus. Dengan itu Kami Warga Rakan Muda Jempol mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan atas pengorbanan anda semua bertungkus lumus mengaturkan pelbagai program berfaedah dan menarik untuk Belia dan Belia wanis di NS Darul Khusus.

Sambutan Hari Belia 2008 Peringkat NS
Jangan Lupa Anda Semua Di Jemput Hadir Beramai - Ramai Untuk Memeriahkan Sambutan Tersebut.

SEREMBAN 9 Jun - Seramai 6,500 belia dijangka menghadiri sambutan Hari Belia Negara 2008 peringkat Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada 14 Jun ini di Kompleks Belia dan Sukan negeri di sini. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali berkata, program itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang turut menyampaikan beberapa anugerah sempena sambutan berkenaan.

''Sempena program ini, pihak jabatan juga menganjurkan beberapa aktiviti yang bermula dari 14 Jun dan berakhir keesokan harinya sebagai menyemarakkan lagi sambutan Hari Belia Negara 2008 peringkat negeri ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan Jawatankuasa dan Ahli Kelab Wartawan Negeri Sembilan (i-KWAN) di Klana Resort di sini hari ini. Hadir sama ialah Presiden i-KWAN, Ainol Amriz Ismail yang juga Ketua Biro Utusan Negeri Sembilan, Ketua-Ketua Biro akhbar tempatan dan pengamal media cetak dan elektronik di negeri ini. Menurut Baharudin, antara yang menarik ialah majlis ramah mesra bersama Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha pada 14 Jun ini.

Katanya, antara program yang akan diadakan termasuk pertandingan futsal Piala Menteri Besar Negeri Sembilan dan Piala Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 14 dan 15 Jun ini. Turut diadakan kejohanan kecergasan peringkat negeri mencakupi acara 'step aerobik,' 'hip hop,' 'fit ball,' lompat tali, klinik go kart dan minibike, pameran agensi, gerai jualan, persembahan artis Amylea dan Afiq, demonstrasi basikal, promosi kad Rakan Muda dan cabutan bertuah.

Beliau berkata, orang ramai, khususnya generasi belia dijemput untuk bersama-sama meraikan sambutan Hari Belia Negara 2008 peringkat negeri ini. ''Apa yang penting, sambutan Hari Belia ini dilihat sebagai satu pengiktirafan kerajaan kepada pemimpin belia, penggerak belia, rakan kongsi serta agensi berperanan dalam pembangunan belia," jelas beliau.

No comments: