Friday, June 06, 2008

Xpdc Gunung Brinchang Cameron Highland


Alhamdullilah Xpdc Cameron Highland yang disertai seramai 53 orang itu pada 29hb Mei - 2hb Jun 2008 anjuran Kelab Prostar dan Persatuan Rekreasi Daerah Jempol dengan kerjasama Gerakan Belia Batu Kikir telah berjalan dengan lancar. Program kali ini memang jenis lepak habis dan santai. Bak kata orang takdalah Bab - bab ceramah, duduk dalam dewan, dan tulis sana - tulis sini. Program banyak berjalan jer. Maklumlah banyak tempat menarik kat sana. Kalau tak pergi rugi pulak. Apapun pada xpdc ini tak ramai budak ARP yang join. Yang ada cuma, Hanif, Hafiz,Iskandar, Hirohman dan Naim. Diaorang satu team. Naim pula pihak ARPRM Jempol telah menaja tambang beliau bagi melengkapkan Komponen Xplorasi untuk Pingat Emas. Untung Naim. Kami bertolak malam jumaat 29hb . Sampai di Cameron pada pagi Jumaat jam 4.30 pagi. Mak ai sejuk giler. Setelah solat di masjid kami pun melakukan lawatan di beberapa tempat menarik. Akhir sekali jam 2.30 ptg barulah kami pergi ke tapak perkhemahan di Sungai Pauh. Keesokkan harinya jam 7.00 pagi kami dah gerak ke Pekan Brinchang untuk berjumpa dengan Pak Guide kami iaitu Pakcik Jalil dan Pakcik Hamid bagi memulakan xpdc ke Gunung Brinchang. Laluan trek memang mencabar tetapi tak lah secabar Gunung Angsi. Maklumlah Sejuk. Jam 10.30 pagi kami dah sampai puncak. Rehat2 then untuk balik ke camp kami try ikut jalan Tea la pulak walaupun jauh. Jarak lebih kurang 9Km ( macam tak caya jer bangmir leh jalan sejauh tu). Pemandangan memang cantik tapi kami redah jer dalam hujan. Sampai kat pekan pasar Klim Farm ada kecoh sikit sebab Team Abu hilang kemana. Apapun kami terserempak dengan Team Abu seramai 20 orang itu di pertengahan jalan raya semasa kami naik bas tambang menuruni bukit di jalan utama. Berlari diorang kejar kami. Apa lagi Si Abu kena Sekolah lah dekat bangmir kerana ambil keputusan bawa budak ikut jalan raya tanpa pengetahuan team bangmir. Esoknya kami pergi gotong royong di Masjid Abu Bakar. Tak sangka, rupanya ahli jawatankuasa masjid dan penduduk kampung memang dah menunggu kedatangan kami. Siap dengan peralatan dan bunga - buangaan untuk di tanam. Petangnya kami pergi berlegar - legar di Tanah Rata untuk edar risalah Aids dan Hiv. Time ini lah untuk budak - budak ini merayau dan ronda - ronda. Malamnya bangmir bawa diaorang pergi jalan - jalan Pasar Malam Cameron. Ada citer kami kena kejar orang mabuk. Padam muka budak - budak ini. Apapun program xpdc kali ini memang best sebab SANTAI jer. Lagi pun budak - budak rekreasi kali ini memang dengar cakap,best dan profesional. Bab memasak dan makan memang takda masalah walaupun hari - hari ujan. Lagipun mereka dah banyak join program - program perkhemahan so dah biasa dan memang suka hidup dalam hutan ini. Pada budak - budak Rekreasi Jempol jangan lupa ada program lagi menyusul selepas ini.Oh ya bagi budak - budak ARP yang minat dengan aktiviti rekreasi ini jangan lupa sertai kami dan dapatkan borang Ahli Persatuan Rekreasi Jempol pada abang Fami di Pejabat Belia dan Sukan Jempol. So senang kita gi camping selalu ok. ( nak tengok gambar boleh klik pada www.kelabprostarjempol.blogspot.com

No comments: