Tuesday, March 17, 2009

Jom Shuffle Jempol


( Meting pertama dengan Team ARP Firdaus - Mini Xplorace )

WOW ! hebat giler.... La nie budak2 ARP Jempol sudah pandai buat program la pulak. Hari itu Team Firdaus telah mengadakan meeting dengan Badan Operasi untuk mengadakan Program Mini Xplorace. Siap beri taklimat lagi pada kami. Malahan meeting tersebut di pengerusikan sendiri oleh budak - budak ARP Perak. Hebat ! Hebat ! .... dia orang ini. Macam tak percaya la pulak diaorang berani. Semangat macam inilah yang kami nak. Selang seminggu tu pula Team Aslam pulak mencadangkan mengadakan EVENT Jom Shuffle... lagi havock...... Amboi - amboi kauorang nie dah mengalahkan sukarelawan - sukarelawan kami nie. So atas persetujuan, maka Bangmir, Kakngah dan Aidil ( Panel ARP JEMPOL ) serta Team Aslam telah bersetuju mengadakan meeting tersebut di Kompleks Rakan Muda Jempol. Macam tak percaya lagi. Meeting di pengerusikan sendiri oleh Budak - budak ARP Pingat Perak. Ngeri la pulak bangmir tengok budak - budak nie. Bersemangat giler dan berani menyuarakan pendapat. So Xplorace di tangguhkan dulu sebab Program Pejabat Belia dan Sukan Jempol terlalu banyak tetapi yang bertuahnya " JOM SHUFFLE ' di teruskan juga sebab time tu program boleh di selitkan. Setelah perbincangan hampir 2 jam maka Event tersebut di tetapkan pada Hari Sabtu 11 April 2009 di Kompleks Rakan Muda Jempol. Untuk maklumat anda, Event ini bukanlah satu pertandingan tetapi ia sekadar mencari , menghimpunkan dan mempersembahan kehebatan team shuffle di Jempol ini. Kata Aslam lagi , ia juga dibuka kepada remaja yang berada di luar Jempol. Lagi pun program ini, bagi menguji kemampuan dan kebolehan kami dalam menganjurkan sebarang event, temasya , pertandingan dan sebagainya selaras dengan Komponen Kemahiran ARP yang di lakukan sekarang. Terima kasih kepada Badan Operasi ARP Kompleks Rakan Muda kerana memberi kepercayaan kepada kami. Penyertaan terbuka kepada remaja / pelajar berumur bawah 25 tahun. Sila dapatkan borang penyertaan melalui blog ( KLIK SINI ) www.rakanmudajempol.blogspot.com . ANDA BERANI ?... Jom Shuffle. Hubungi mereka seperti iklan di atas ok. FREE jer.... Sila bawa lagu masing - masing.......

" MENCARI SPONSER JOM SHUFFLE JEMPOL! "

( * Kami sekarang tengah cari sesiapa yang nak SPONSER HADIAH. So kalau ada sapa - sapa yang sudi nak SPONSER HADIAH masa Event tersebut. Sangat kami alu - alukan. Tak kisah berapa nilainya. Asalkan Ia hadiah dan tanda anda menyokong usaha kami ini.

( Meting bersama Team Shuffle la pulak )

Kepada BLOGGER - BLOGGER yang selalu lawati blog ini, Harap dapat war - warkan Program Shuffle mereka ini ok. Kami memerlukan promosi iklan dari blog - blog anda. Video di bawah nie kami ambil dari Team CINTABBOY. Hebat diaorang nie. Cayalah bang. Nak tengok blog diaorang klik kat sini CINTABBOY




No comments: