Tuesday, March 17, 2009

Permohonan Online Ikbn , Perguruan , UPU dan IPTA

Permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran Belia Negara ( IKBN ) sesi Julai 2009

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan akan membuat pengambilan pelajar baru untuk Sesi 2/2009 Kemasukan Julai 2009.

Permohonan secara online ini terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM) TAHAP 1 hingga 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM 5), JKKP dan Suruhanjaya Tenaga di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan MALAYSIA dalam bidang-bidang berikut:

  • Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
  • Teknologi Kejuruteraan Automotif
  • Teknologi Kejuruteraan Awam
  • Teknologi Kejuruteraan Elektrik
  • Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  • Teknologi Perkhidmatan Personal
  • Teknologi Tekstil dan Apparel
  • Teknologi Kejuruteraan Marin
  • Teknologi Makanan
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat

Syarat Utama Permohonan
  1. Umur 18 - 30 tahun
  2. Tamat Tingkatan 5
  3. Sihat & belum berkahwin

Kemudahan Yang Disediakan
  • Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
  • Elaun bulanan RM100 - RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
  • Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.

Tarikh Tutup Permohonan : 19 April 2009 (Ahad)

Kepada yang berminat, sila layari laman web Kementerian Belia dan Sukan di alamat http://www.kbs.gov.my


Untuk mengetahui permohonan untuk kemasukan Online ke UPU dan IPTA serta Permohonan perguruan sila klik pada www.rakanmudajempol.blogspot.com

No comments: