Monday, June 16, 2008

Y2Y Jempol 2008 memang sporting !!!

Alhamdullilah , Inilah first time rasanya , Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol menganjurkan kursus dimana peserta lelaki lebih ramai daripada perempuan. Malahan memang terlalu ramai buat kami peserta lelaki daripada perempuan. Peserta perempuan cuma ada 7 orang sahaja daripada 70 orang itu. Program Y2Y Daerah Jempol ini telah berlangsung pada 13hb - 16hb Jun 2008 di Jeram Toi Jelebu NS. Apapun Belia Felda yang di kumpul itu, memang lain daripada yang lain. Rasanya memang berbeza kalau di bandingkan pada peserta Y2Y sebelum ini. Mana tidaknya , kedatangan bangmir sahaja pada hari Sabtu tempoh hari selepas balik dari Sambutan Hari Belia NS 2008 kat Kombes Paroi sudah di sambut dengan Para peserta bersolat berjemaah beramai - ramai untuk solat Zuhor. Nak kata ustaz yang control program itu, memang takda pun. Tapi yang menarik belia2 felda ini, mereka akan menunggu rakan - rakan lain untuk solat berjemaah bersama2. Bahkan bukan sahaja waktu zuhor malahan setiap waktu, surau pasti akan dipenuhi para peserta untuk solat berjemaah termasuklah solat subuh atas keikhlasan mereka sendiri tanpa paksaan. Sejuk hati bangmir tengok wajah - wajah diaorang nie. Hebatkan Belia Felda Jempol.




Kalau bab belajar pula, mereka selalu memberikan fokus yang baik terhadap facy. Macam mengajar budak U la pulak. Skema jer. Idea - idea dan pendapat yang di ketengahkan pula memang membuat facy2 terpikir 2 kali. Lagipun budak - budak kali ini memang totip dan bersopan santun orangnya (mana diaorang dapat peserta ini ya ) .Apapun bangmir mewakili rakan - rakan rekreasi memohon maaf kerana tak dapat buat program orientering pada petang itu di sebabkan ada anasir di Hutan Jeram Toi yang dengki dengan warna - warni kad manila kad yang banyak di situ. Apa tidaknya mereka telah memusnahkan dan mengalihkan petunjuk - petunjuk arah bearing. Nanti kalau bangmir lepaskan mahu kauorang sampai Janda Baik la pulak... he..he..he. Macam biasalah kalau Pejabat Belia dan Sukan Jempol buat program selalu mengundang En. Nizam atau Paklong ( Dj Suara Felda Radio Negeri FM ingat sampai bilo - bilo yang pakai baju hitam bercermin mata ada misai tu ) untuk menjadi fasilitatornya. Seperti biasa, paklong pada petang Ahad itu telah membawa secara langsung melaporkan program tersebut. Ramai jugak peserta tercengang hairan macam mana ado lak suara paklong kat dalam radio tu. Apapun Belia Felda Jempol u all memang BEST!!!.... Steady Halim!!!!! Nak join lagi program2 berkhemah sahaja jom join Persatuan Rekreasi Daerah Jempol ok. Lagi senang nak tahu program.

( Pada peserta yang ingin menghantar sebarang cerita, kongsi pengalaman dan coretan , bolehlah emailkan kepada bangmir ok. Nanti bangmir paparkan disi. Bagi sesiapa nak tengok gambar - gambar tempoh hari, Bolehlah klik kat sini ya. Program Y2Y Jempol dan nak tau cerita coretan rakan - rakan Dekbet lehlah klik pada Team Dekbet Story.

2 comments:

Anonymous said...

hai...
camping di jeram toi memang seronok dan mencabar!!time kasih bang amir!!!

PBSD SABAK BERNAM said...

terima kaseh kerana ingin men'link' kan blog kami di blog anda~~`

harap kita dapat bertukar2 pandangan~~

salam perkenalan