Wednesday, July 09, 2008

ASAS XPDC TREK ANGSI
TARIKH : 25HB - 27HB JULAI 2008
TEMPAT HUTAN SIMPAN ULU BENDUL
Anjuran : Persatuan Rekreasi Daerah Jempol

Terbuka kepada mereka berumur 14 tahun ke atas yang berminat menyertai program ini. Tak kisahlah anda orang Jempol ker, Orang KL ker, Orang Pulau Pinang ker, Orang Johor ker , Asalkan anda berminat nak camping. Kepada peserta ARP pula anda digalakkan join xtvt ini kerana boleh di isikan dalam diari bagi kategori eksplorasi dan ekspedisi. Borang boleh didapati di blog Rakan Muda Jempol. Untuk keterangan lanjut sila layari atau klik di sini www.rakanmudajempol.blogspot.com

KLINIK KICK BOXING
Terbuka Kepada Remaja & Belia yang berumur 14 - 30 tahun
Setiap Rabu & Sabtu 8.30 malam di Kompleks Rakan Muda Jempol NS
Berminat ?. Hubungi Pejabat Belia Dan Sukan Jempol
Tel : 06 4581 399 ( Cik Rosma )
PERCUMA SAHAJA


PERJUMPAAN ARP JEMPOL
Ahad 20/7/08 Jam 2ptg - KRMJ

PERJUMPAAN KETUA DAN PESERTA ASAS XPDC TREK ANGSI
Ahad 20/7/08 Jam 4ptg pula- Kompleks Rakan Muda Jempol (KRMJ)

.
DAKI GUNUNG DATOK LAGI.......



( Mintak sikit boleh tak !... Siap tido tu sebab dah boring sangat atas puncak tu )

Pada Sabtu lepas 5hb Julai 2008,maklumlah tengah boring - boring takda program apalagi 3 orang kuat ARP Jempol iaitu bangmir , Abu dan Abang Fami pula pergi mendaki Gunung Datok buat kali kedua. Rasanya tak sampai seminggu kami dah mendaki semula. Minggu sebelumnya bangmir dan abu ada mendaki bersama dengan dua orang budak ARP iaitu Shahrizal dan Izat tapi kami siap berkhemah dan bermalam. Tapi kali ini , cuma kami bertiga sahaja pergi mendaki. Alhamdullilah.... walaupun Abang Fami nampak besar macam tu tapi larat juga dia mendaki. Sampailah ke puncak. Di Gunung Datok taklah ramai sangat pendaki yang kami terserempak , mungkin disebabkan ramai pendaki masa itu berada di Gunung Angsi menyertai " Sirkit Cabaran Gunung Angsi 2008 " Kami tak bermalam di Gunung Datok walaupun pada asalnya plan memang ada nak daki malam dan berkhemah di puncak tapi di sebabkan hari Jumaat malam Sabtu tu Abang Fahmi ada meting Belia kat kampung Serting Tengah maka kami bertolak pada pagi Sabtu sahaja. Kali ini tiada menarik untuk diceritakan berbeza minggu sebelumnya kami ada berjumpa dengan Mawas kat puncak tu.... Lepas turun dan solat , kami pun bersiap menghala ke Gua Batu Maloi di Air Mawang Inas pula disebabkan kami nak join '" Program Perhilitan " masuk gua pada hari Ahad. Gila betul diaorang ni . Tak tau penat - penat ke. Apapun terima kasih pada ET kerana izinkan kami bermalam di Camp Site Perkhemahan Biologi Perhilitan di situ. Thanks Pejabat Perhilitan NS terutama En. Roslan , Abang AZin, Pakcik Maaruf, Pakcik Joe, Pakcik Zaidi dan Sekolah Menengah Tuanku Jaafar Kuala Pilah kerana melayan kami dengan baik sekali. Tapi maaflah ya sebab gambar dalam Gua Batu Maloi bangmir tak muatkan kerana gua tu dalam jeram. Hancur pulak kalau di bawa masuk. Rasanya dah kali ke ke 5 , bangmir masuk gua ini. Memang adventure exloplore gua Batu Maloi..... Tapi kalau nak tengok macam mana dalam gua tu... kauorang boleh klik laman web rakan kita ini di sini ok " Laman Web Geng Maloi "

No comments: