Thursday, July 17, 2008

Terima Kasih KBS

Wow....nampaknya atas kepercayaan KBS, maka Abang Haidil ( jurulatih Arp ) dan peserta Perak ARPRM Jempol iaitu Izat telah mendapat undangan untuk Program Kejurulatihan ARP di Taman Negara Pahang. Kami di ARPRM Jempol mengucapkan terima kasih terutama sekali kepada Jabatan Belia dan Sukan NS dan Kementerian Belia dan Sukan ( KBS) Malaysia kerana sudi memilih sahabat - sahabat kami untuk menghadiri program tersebut. Pada bangmir, program itu memang best. Mana peserta dari negeri yang telah dipilih oleh KBS Malaysia tapi tak pergi, memanglah satu kerugian besar. Dulu peserta Perak kami, Si hanip telah menerima jemputan Mendaki Gunung Kinabalu, malangnya program itu penghujung November dimana , Hanip akan menghadapi peperiksaan SPM, maka beliau telah membatalkan niat tersebut demi pelajaran. So kepada semua pengiat ARPRM yang telah terpilih untuk program tersebut, Tahniah di ucapkan. Gunakan peluang tersebut untuk bertukar - tukar pandangan dan pengalaman bagi memartabatkan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ok. Kepada bang Haidil dan Izat jangan lupa ambil ilmu dan pengalaman dari rakan - rakan ARP di seluruh Malaysia itu ya. Program tu memang best **** Nanti Sure Cik Azura Sarbin dari KBS Putrajaya turun sekali program tu..... Lehlah u all kenal dengan orang kuat ARP ni.****( Dil jangan lupa kau tanyo Buku Diari ARP - Lama betul stok dah takda ni )

* Dengar cerita banyak Kursus2 ARP diadakan - Tapi ARP Jempol jarang dapat maklumat dan undangan. So sapa2 dah pergi kursus / bengkel ARP tu dan ada cerita2 untuk di kongsi bersama..hantar2lah email kat sini untuk kita paparkan ok.

Laman Web Patut Klik gak : www.prostarjempol.blogspot.com

No comments: