Monday, July 28, 2008

Asas Xpdc Trek Angsi

Sebelum itu, kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pengetua - pengetua sekolah terbabit yang menyokong program kami ini. Tanpa sokongan pengetua sekolah, mungkin program ini akan di batalkan. Maklumlah persiapan dan alatan peserta sudah disediakan dan di tempah, tiba - tiba sahaja banyak sekolah menerima arahan untuk mengadakan sekolah ganti pada 26hb Julai 2008 dimana hari itu , bertindih dengan program kami. Ahli persatuan ramai pula daripada para pelajar sekolah. Ada pelajar siap ugut akan ponteng juga sekolah kalau kami tak buat program. Lihatlah pelajar sekarang, begitu mudah dengan kata - kata mereka. Namun, kami tidak mahu dikatakan, kami adalah penyebab utama ramai pelajar - pelajar di sekolah Jempol ponteng sekolah disebabkan program itu. So kakngah Fanita dan Setiausaha persatuan saudara Fahmi telah diarahkan berhubung dengan pihak sekolah terlibat bagi mendapatkan pelepasan peserta. Kami dah sepakat, kalau ramai pegetua sekolah tidak benarkan maka kami akan batalkan program tersebut. Alhamdullilah ! tujuan kami ikhlas dan baik, maka ramai pengetua membenarkan pelajar mereka menyertai program tersebut. Cuma ada beberapa pengetua sekolah tidak membenarkan pelajarnya menyertai program tersebut. Maka kami dengan tegasnya tidak membenarkan seorang pun pelajar dari sekolah berkenaan menyertai program ini walaupun banyak sms dan rayuan telefon di terima. Maaf ya. Alhamdullilah program yang di sertai seramai 53 orang pada 25hb - 27hb Julai 2008 di Hutan Ulu Bendul telah berjaya dilaksanakan. Tambahan pula dengan izin allah bermulanya kami pasang khemah hinggalah kami cabutkan khemah, hujan tidaklah turun ke bumi. Kalau tidak seminggu sebelum itu, boleh dikatakan petang dan malam asyik hutan sahaja. Masa kami sampai pun di Ulu Bendul pada hari petang jumaat itu pun , kami telah di sambut dengan helaian hujan lebat. Dugaan katakan. So lepas kami solat jemaah maghrib di surau barulah hujan mula berhenti. Kami mula pasang khemah jam 9 malam. Tapak khemah pula memang tempat biasa iaitu di dalam hutan sikit di tepi jeram tetapi............. ( nak tahu lebih lanjut program kami tersebut, jangan lupa lawatilah blog Persatuan Rekreasi Daerah Jempol di http://rakanmudajempol.blogspot.com/ dan bagi nak tengok gambar pula sila klik di sini ok. " Gambar di Asas Xpdc Trek Angsi Ulu Bendul "

Gambar di atas tu, adalah barisan sukarelawan kami yang tak tahu erti penat dan letih. Mereka tidak pernah di bayar pun untuk melakukan kerja2 sukarelaan ini. Kata mereka " Duit dan Imbuhan tidak pernah terlintas di hati mereka, yang seronoknya adalah kepuasan apabila sesuatu program itu selesai dan berjaya dilaksanakan. Biarlah berhabis duit asalkan ' kita dapat berbakti kepada mereka dengan cara yang berbeza "- terima kasih kawan2. Allah sahaja yang akan membalasnya.
.( Inilah Tapak Khemah kami. Setiap kali kami datang ke Ulu Bendul. Kami mesti pasang khemah kat tapak khemah ini. Dulu En. Aziz memang dah tahu, kalau bangmir datang nak camping , sure campsite tu di bookingnya untuk bangmir awal - awal. Namun sekarang En. Aziz renjer hutan kat Ulu Bendul tu dah pencen tapi En. Roslan penganti En. Aziz masih membenarkan kami camping di kawasan itu. Baru best dan adventures...thanks En. Roslan kerana memberi layanan kami dengan baik sekali. Apapun En. Aziz selamat berpencen ya. En. Aziz memang sporting... kami akan ingat jasa - jasa baik En. Aziz..)

No comments: