Saturday, April 29, 2006

Xpdc Keretapi Dabong Gunung Ayam Kelantan


Assalam...

Jom join Team Dekbet g Dabong Kelantan. 26hb - 31hb Mei 2006. G malam 26hb jumaat naik ketapi. Program macam - macam. Naik ketapi,naik perahu,naik perebet sapu,trking 1200 kaki ke base camp, mandi n tengok ait terjun tertinggi di asia tenggara,mandi lagi,G panjat gunung Ayam 4983 kaki,mandi lagi,Tengok air terjun gunung ayam n gunung stong,mandi lagi,masuk gua ikan dan harimau,mandi lagi, dan macam - macam.
RM75 untuk budak - budak arprm dan RM80 untuk bukan ahli. Makan Tak masuk dalam pakej ini.
So nak g cepat daftar. Dapatkan borang kat Kompleks Rakan Muda Jempol. Tarikh tutup 15hb Mei 2006. Taklimat program 2ohb jam 3 petang.......

Saturday, April 22, 2006

Jom ikut kami g Xpdc Kelantan...






Standby jerlah ya. Mungkin kita akan wat cuti sekolah nie 26 - 31 Mei 2006. So jangan lupa call bangmir ya. ARPRM mesti join Pro* Jempol.
Ni adalah gambar semasa budak - budak nie kena main Fear Factor... Goli den tengok si Abg Fahmi dekbet suruh budak nie makan lampin buang bayi..... Mak ia...terkonang sampai sekarang.. Gambar sebelah tu masa kitaorang lepak kat shoping centre kat Pekan Kluang. Nasib baik tak diangkut kat polis.Tapi budak - budak nie Elok orangnya baik budaknya.... Tima kasih kerana belanja kami makan nasi ayam....

Thursday, April 20, 2006

Geng - Geng Gunung Belumut - Dekbet

Assalammualaikum....
Ha inilah barisan jurulatih Team Dekbet arprm. Team nie susah sikit kalau nak jumpa. Manjang sibuk jer. Tambahan pula kalau nak dikumpulkan hanya boleh time camping dan xpdc sahaja. Tapi kalau untuk program - program motivasi pelajar diorang kadang
k adang jer ada dan SKEMA la pulak.
Diorang nie memang best. Kalau bangmir join program - program motivasi ada gak budak - budak yang pernah join team Dekbet ini tanya team ini. kenapa tak joinlah?, diorang tak datang ker...?... macam - macam lagilah....
Dari kiri duduk: Ik Man Dekbet,piloi Dekbet, abu hensem Dekbet, Nor Dekbet , Z Dekbet ,intan Dekbet ,Liza Dekbet ,bgmir .Dari kiri berdiri lak Musa Dekbet ( garang ),Fahmi bigfoot Dekbet , 4 orang tu budak sekolah Lui Barat, last sekali baju merah ialah anip Dekbet. Sebenarnya diorang nie semua best - best dalam semua bidang. Belajar pun pandai. Sebab itu diorang nie pandai layan u all. Kami ikut budak. Kalau u all ok... kami lagi okey. Gambar yang nie pulak adalah TIME MENCEKIK. Kami nie selalu bergilir - gilir masak. Tapi tak jugak. Dalam arahan jer bergilir - gilir tapi bila masak semua gilir - gilir nak pegang kuali, potong bawang, jaga api maksudnya mesti masak sama- sama.. Tu yang syoknya. Sebab masa kami kecik - kecik lu selalu main masak - masak. Ik Man tu selalu jada Ayah, Mak pulak ( Takda dalam Gambar ). Adik selalunya Abg Anip Dekbet. Abangnya Abang Fahmi yang lain jadi adik. Bgmir jadi cikgu.

Wednesday, April 19, 2006

Xpdc Bigfoot Gunung Belumut




BARISAN JURULATIH ARPRM DAN
PROSTAR YANG PENING - PENING.


Tanggal 15 - 18hb Mac 2006... sempena cuti sekolah. Arprm dan Prostar jempol telah bergabung bersama untuk menjayakan xpdc Gunung Belumut kat Kluang Johor.. Seramai 49 orang termasuk jurulatih dan urusetia telah join ini program.... Best betullah xpdc kali ini... bukan apa jurulatih yang g kali ni memang giler - giler dan sporting habis. Mungkin peserta masih ingat siapa itu Team Dekbet.... Bang mir pilih team Dekbet ni g sebab nak kenalkan kat u all macam mana giler - giler piel diorang bila dapat masuk hutan dan camping.
Tulah diorang. Ada peserta yang tercegang apabila tengok diaorang nie... Bia betul abang -abang nie.... macam budak - budak pulak. Mungkin u all ingat sapa itu bg Musa, Ik Man, Bg Anip, Bg Fahmi bigoot, Abu hensem, Piloi, Kak Liza, Kak Z, Kak Intan dan Kak Nor. Mereka memang the best bagi bangmir, dan dalam 14 tahun bgmir join program xpdc,perkhemahan dan kem - kem remaja... inilah paling giler punya program... Heypi dan gelak sahaja budak - budak nie...
Apapun macam biasa bab pergaulan... hukum hakam agama memang bangmir ambik berat. Jangan harap kauorang nak mengatal - gatal sesama sendiri. Itupun ada yang terlepas pandang ( dengar cite ). Masa xpdc ini jugak u all semua dapat praktikalkan solat Jamak. Ramai gak yang tak tau solat ini dilakukan. Tapi disebabkan kite berada kat situ maka dapat jugak u all memahaminya. Kauorang ingat tak masa kite mula - mula kenal. Masa team kami sampai kat stesen ketapi bahau lambat cikit. Masa bangmir sampai ramai gak yang jeling - jeling team dekbet. Sapalah budak - budak ni yang tak senereh ?. Tambahan pula ada yang kata kami nie berlagak jer. takpa - takpa..... Dalam ketapi semuanya senyap jer. Bangmir lak tau berapa kenal u all tapi disebabkan dah suruh pakai baju warma merah senanglah cam kit. Tapi masalah timbul apabila KuaterMaster pakcik ketapi tu mintak tunjukkan sapa budak bangmir. Alamak puas bangmir jalan dari hujung ketapi sampailah kat - kat kepala ketapi. Habis budak - budak baju merah bgmir dah akui budak bgmir.. Apalagi berlebih - lebihlah. Tulah pasal kauorang tengok bgmir mundar mandir dalam ketapi. Apapun itu semua kenangan dan memori . Sok bangmir masukkan pulak Gambar kite pula. Nie just ringan - ringan jer... ok



Monday, April 17, 2006

Buku Diari Dan Pasport Gangsa Mcm Goreng Pisang

Sejak ...bangmir pergi ceramah kat 2 buat sekolah...iaitu sek.men Bandar Baru Serting dan Sek. Men Seri Jempol.... amboi penyertaan mengalakkan.... Ialah adakalanya remaja ni nak menyertai aktiviti tapi tak tau... kebetulan ceramah tu dibuat untuk budak - budak tingkatan 2. Lagipun diaorang nie memang tengah aktif..
Kat sekolah BBS... budak - budak memang minat.. Bangmir datang kat c tu pun macam artis ( perasanla tur.. ) apa taknya parking jer keta kat kantin....budak budak dah panggil ... Bangmir! bang Mir!..... Malu lak rasanya... Ustaz Norkamar memang selalu saport saya nie.... Tks Ustaz. Kat sekolah SMSJ budak budaknya memang ramai dah kenal arprm. Lagipun perintis - perintisnya ramai kat sekolah nie... macam Anip,Asmah,Siti Azrena, Fahmi,Muzalifa dan Fatehah. Mereka dah tamat Gangsa cuma nak dapatkan sahaja jer....
Apapun tks semua ya... Jangan Hangat - hangat tahi ayam jer.... pastu tah mana semangat .......arprm....
k.... kito jumpo laie...... bye

Sunday, April 16, 2006

Beroperasi Di Kompleks Rakan Muda Jempol N9

Assalammualaikm....

K lah sekarang abang amir dah ada blog sendiri. so bagi rakan - rakan yang di iktiraf Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda bolehlah selalu datang c ni... pintu sentiasa terbuka untuk anda bertanyakan tentang arprm. Apapun pusat operasi kami ialah

Pusat Operasi Anugerah Remaja Perdana
Rakan Muda Daerah Jempol,
Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol,
Jalan Kasih,72120 Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Telepon 012 369 4057...

Kami kat cini bersyukur kerana ada kompleks. so senanglah wat program. Walaupun saya dah berpindah jauh ke PULAU TIOMAN tapi setiap bulan pasti ada program - program ARPRM yang perlu di buat. So senanglah meeka penuhi buku diari gangsa... Maklumlah ramai ARPRM kat jempol ni baru - baru lagi. Itupun liat kalau nak buat ........ Tapi diaorang ok...... So kalau ada apa - apa emailkan kat saya atau kite berkongsi pengalaman ya........

Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol N9

Assalam...

selamat berkenala. Hai apa khabar rakan - rakan Arprm. Semoga u all sihat dan dapat meneruskan pingat - pingat yang hendak di Capai. Bagi yang sudah mendapatkan Gangsa Tahniah. Apapun teuskan usaha anda untuk mendapatkanPerak lak yor.....