Friday, November 14, 2008

Terima Kasih PBSD Kuala Pilah

Apapun, kami di ARPRM Jempol ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Kuala Pilah NS kerana telah menguruskan peserta - peserta PJKN Jempol yang tertinggal bas pada hari ini. PBSD Pilah memang CLASS sebab walaupun 4 orang peserta ini bukan kelolaan mereka namun, mereka sedia membantu menguruskan budak - budak ini untuk sampai juga ke Air Tenang Resort Janda Baik bagi menghadiri Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional Peringkat NS. Siap di sewanya bas lagi. Memang kami respek kat pegawai yang menguruskan ini. Thanks dari Jempol. Budak - budak ini tertinggal oleh bas Jempol pun disebabkan terlalu banyak sangat maklumat dan perubahan di buat di saat - saat akhir. Oleh itu, ramai budak Jempol tak pergi di sebabkan maklumat yang sentiasa berubah - ubah. Malas nak komen. So apapun Thanks juga kepada JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN kerana kalau tiada lampu ijau dari Jabatan manakan Kuala Pilah sanggup sewakan bas bagi mengisi seramai 30 orang peserta Kuala Pilah dan Jempol ( 4 orang ) itu. Ingatkan tadi diorang tak leh pergi sebab takda kenderaan. Siap merayu - rayu kat kami semenjak jam 11 pagi lagi selepas mereka tertinggal bas. Namun sangkaan saya meleset. Jam 6 petang tadi semasa bangmir pergi ke Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah ,PBSD PILAH telah menyewakan bas agar peserta dapat pergi dengan selesa dan sekaligus mengisi selebihnya peserta Jempol yang tertinggal itu. Terima kasih Pejabat Belia dan Sukan Kuala Pilah diatas keperihatinan anda itu.

Monday, November 10, 2008

Program Terkini Rakan Muda

Dapatkan Majalah Remaja Keluaran 15 Nov 2008 pula. Ada lagi cerita Panaz mengenai xtvt ARP Jempol.

Wow!... Program Rakan Muda Sudah pun bermula. Maklumlah Cuti sudahpun hampir. So bagi anda yang berada di Negeri Sembilan khususnya. Selalu2lah lawati blog ARP Jempol bagi mengetahui program - program terkini. Anda di luar Negeri Sembilan pun boleh menyertai kami. Ada program nak di hebahkan ?...... hantar pada kami. Nanti kami umumkan di sini. So antara program - program untuk remaja buat masa ni, dan kami memerlukan penyertaan anda ialah

1. PJKN - 14hb - 23hb Nov 2008 di Air Tenang Resort - Janda Baik - FReeeee jer.
Umur 18 - 20 tahun keatas.
- Last 3 hari ada program keluarga angkat - Bestnya.

2. Program Rakan Muda ' Bahagia @ Sengsara "

24hb - 27hb Nov - di KRM Kuala Pilah - Free Jer....
Umur 15 - 25 tahun.

3. Program Y2Y Jempol - Banyak Kosong lagi - Info 25/11/08
5hb - 7hb Disembar 2008 di kompleks Rakan Muda Jempol. 15 -20 tahun. Percuma

4. Pusat Siber Rakan Muda Jempol
Dibuka setiap hari mulai 4hb Nov 2008
Masu percuma jer. 2ptg - 8 malam.

Berminat hubungi kompleks Rakan Muda Jempol - 06 4581 399/ bangmir 012 369 4057

Senarai program akan kami kemaskini dari masa ke semasa . ok . Bagi mereka di luar Jempol , sekiranya anda berminat menyertai program - program Rakan Muda yang berhampiran tempat anda, silalah hubungi Pejabat Belia Dan Sukan Daerah masing - masing ok.

Friday, November 07, 2008

Blog Skandal Remaja - Panas Beb


Hari itu, Pihak kami ada terima email salah seorang pembaca. Katanya...baik u tengok blog remaja ini. Blog ini tidak sesuai bagi budak yang berumur 18 tahun kebawah. Katanya banyak cerita panas budak - budak sekolah menengah.... Perghhhhhhh...... Lokasi , pihak kami tak tahu. Tapi u all leh lawat blog ini di http://www.customz-teenagerz.blogspot.com/ ( Klik Di ini ) .

Hati - hati semasa melawat blog ini. Anda pasti teperanjat.

Monday, November 03, 2008

Xpdc Kejurulatihan ARPRM 2008

Nama Acara: Ekspedisi Kejurulatihan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
Tarikh Acara: 21 – 26 Disember 2008
Tempat Acara: Gunung Kinabalu, Sabah
Anjuran: Kementerian Belia dan SukanYuran

Kos : Perjalanan ulang-alik Kuala Lumpur - Kota Kinabalu, penginapan, makanan dan aktiviti sepanjang tempoh acara adalah ditanggung oleh penganjur.

Penyertaan:
Satu (1) orang Pemimpin Anugerah untuk Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dari Persatuan Pandu Puteri Malaysia .Prosedur Permohonan ialah dengan mengisi borang acara dan hantar ke Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Tarikh Tutup:29 Oktober 2008, 12.00 tengah hari
Penerangan Acara: Program ini bertujuan memberi pendedahan kaedah penilaian yang betul, penyeliaan secara "hands on" yang melibatkan latihan secara praktikal mengenai aktiviti di samping meningkatkan kefahaman para pemimpin mengenai cara memimpin dan menguruskan salah satu komponen wajib ARPRM iaitu Penjelajahan Lasak dengan lebih efektif.Syarat Penyertaan:Peserta yang menghadiri acara ini perlu - Mengadakan SATU (1) kursus berdasarkan ilmu dan pengalaman daripada seminar yang dihadiri untuk ahli Remaja dan SATU (1) kursus untuk ahli Dewasa.
Hubungi Penganjur:Cik Siti Mariam Ahmad TobiasTel: 03-88713720 E-emel: mariamtobias@yahoo.com Pn. Anfatny Ann Rutel Tel: 03-88713711
.
One Drop Perfumes:
Dapatkan harga diskaun minyak wangi one drop perfumes di www.iklanremaja.com . Minyak wangi Egyptian Potion menjadi kegemaran remaja masa kini. Dapatkan sekarang.

Saturday, November 01, 2008

Video sajak kematian

Hari tu, ada isu pasal video hangat tentang video sajak kematian yang dipertontonkan kepada pelajar darjah satu ..... emmmmm . tak tahulah nak cakap. Apapun kami di unit motivasi ARPRM Jempol memang menyokong penuh kalau budak - budak sekolah di tayangkan video sebegini. Siapa yang biasa bergelumang dengan masalah remaja... meemang tahulah video yang patut mereka tengok. Biar ia jadi satu peringatan. Adakah ibubapa lebih sanggup melihat anak mereka durhaka daripada menjadi insan yang kamil dan mulia di sisi tuhan. Tetapi bagi mereka yang tak tahu betapa susahnya mendidik remaja bermasalah ( bukan anak ya) memang senang komen sahaja. Ceburilah bidang ini. Anda pasti tahu betapa payahnya kaunselor/fasilitator dan ustaz - ustaz berusaha untuk menyedarkan mereka. Semua ini adalah kebaikan ibubapa juga. Dulu memanglah tapi sekarang budak lebih advance bang..... Bersama ini , bangmir sertakan video sajak kematian tersebut. Klik lah di sini UNTUK DOWNLOAD VIDEO SAJAK KEMATIAN

* Pastikan anda Tutup dulu BUNYI RADIO yang terdapat di blog ini, ( scroll di bawah , ia berada di bahagian kanan) bagi menggelakkan ganguan suara apabila anda menonton video ini .


* Hai kalau budak - budak tengok video klip lucah...mak ayah takda lak nak bising - bising dalam TV. Pelik2... malulah konon nak laporkan.....tapi bila........
Komen ini ikhlas daripada bangmir

One Drop Perfumes:
Dapatkan harga diskaun dan menarik minyak wangi one drop perfumes di www.iklanremaja.blogspot.com . Minyak wangi Egyptian Potion menjadi kegemaran remaja masa kini. Dapatkan sekarang dengan harga hebat daripada kami.

Terima Kasih Majalah Remaja Karangkraf

Wah.... sekarang blog ini telah mendapat pengunjung yang baru. Al maklumlah ia telah di di promokan di Majalah Remaja Karangkraf. Rasanya bagi remaja di Bandar Seri Jempol sure sudah dapatkan majalah remaja keluaran 15 Oktober lepas. AL maklumlah ramai kawan - kawan diaorang muncul di majalah popular tersebut. Di Bandar Baru Serting sahaja Majalah itu laku macam goreng pisang panas dalam 2 - 3 hari. Tauke kedai pun tak tau kenapa majalah tersebut cepat laris. So bagi sesiapa yang ketinggalan mendapatkan berita tersebut sila KLIK DISINI untuk mengetahui apakah cerita yang telah di paparkan di Majalah Remaja keluaran 15 oktober 2008. Pada wartawan Azman. Thanks sebab sudi siarkan nukilan tersebut.