Saturday, March 31, 2007

NAK JADI FAMOUS KER?....

( Amboi bergaya betul mamat - mat nie lah )

Assalammualaikum dan salam ARP...


Lama btul tak masuk blog bangmir nie. Ramai jugak yang bertanya semenjak bangmir pindah dari pulau tu sampai hari ini, blog macam tu jugak takdapun citer baru. Apapun thanks kat u all sebab selalu jenguk blog ini. Bukan apa sibuk sikit kat tempat kerja baru dipindah ini.Program hari sabtu 31hb mac terpaksa dibatalkan sebab Bos Besar ARP Jempol En. Rosdi mohon di tangguhkan. So jangan lupa pulak pada 4hb april rabu ini , jom kite ramai2 buat khidmat masyarakat kat Kompleks Rakan Muda Jempol bagi membantu persiapan Forum Perdana sempena MaulidurRasul nanti yer. Banyak pahala tau. Pada 7hb April jugak ada perjumpaan bulanan ARP macam biasa. So infolah pada kawan - kawan lain yer..
(Nak tau program2 terkini jangan lupa klik pada " Program2 Terkini ARPRM "

Oh yer...sekarang budak2 arp dah pandai buat blog/friendster sendiri. So bagi sesiapa yang berminat untuk memperkenalkan dalam blog arp ini, bolehlah info bangmir. Nak tau sapa dia yang dah apply untuk jadi famous bolehlah klik pada ruangan ' Kenali Rakan Kami". K

Saturday, March 17, 2007

TEAM KOMPANG KOMPLEKS RAKAN MUDA JEMPOL


Sekarang KRMJ dah ada Team Kompang. Nama Team ialah KOMPANG ARP JEMPOL. Pemain adalah terdiri daripada peserta2 ARP yang mengambil komponen kemahiran berkompang.So bagi sesiapa yang berminat memanggil team ini untuk majlis - majlis keramaian bolehlah menghubungi kami. Siap ada logo lagi kat kompang tu.

Friday, March 16, 2007

BLOG PROSTAR TELAH DI TUKAR


( Anak sapalah nie...kesian tido tepi kaki lima jer )
LAWATILAH www.kelabprostarjempol.blogspot.com
( Gunakan Internet Xplorer apabila membuka Blog ini. Anda akan dapat mendengar lagu K )

Wednesday, March 14, 2007

SAPO DIO Ucop J

Ado pulak bangmir terima email yang mengatakan siapo dia Ucop J. Ha sekarang teserlah gambarnya. Itulah Ucop J atau Yusof Jambu Lapan. Berkhidmat dengan Pejabat Kesihatan Jempol. Sudah hampir 2 tahun jugak join team Dekbet nie. Apapun beliau telah banyak membantu bangmir dan team2 kami menjalankan xtvt - xtvt sukarelawan.
Tahniah jugak bangmir ucapkan kepada Calon - calon SPM yang mendapat keputusan yamg baik, bagi yang mendapat keputusan yang kurang baik, jangan putus asa, banyak peluang lagi atau cuba lagi. Pelajaran amat penting masa sekarang. Jangan cepat mengalah. Ok.....
( Bagi nak tengok gambar kat UB lepas, bolehlah klik pada ' Program2 Terkini ARPRM ')

Monday, March 12, 2007

KENANGAN ULU BENDUL


Salam Ulu Bendul pada peserta yang join munggu lepas. Bagi yang pertama kali join rasanya agak merimaskan dan membebankan kerana terpaksa berusaha sendiri untuk ke Ulu Bendul. Tapi bangmir dapat aturkan bas cap UNITED ( murah sikit ) dari Bahau ke Ulu Bendul,so taklah membebankan u all sedikit. Tapi bagi geng lama mungkin dah biasa kerana selama ini memang tau pun kena susah payah kalau nak join program2 ARP anjuran bangmir. Maklumlah takda budjet. Thanks pada semua facy kerana sukarela ( takda bayaran ) membantu bangmir. Taklupa juga bagi Geng 6 Jahanan Lui Barat tu yang membantu Abu Hensem bawa budak 70 orang peserta naik Gunung Angsi lebih2 lagi kat Bukit Botak. Terima kasih jugak pada En. Aziz ( Penyelia Hutan Ulu Bendul ) kerana selalu bagi harga diskaun baik punya untuk bangmir setiap kali bangmir buat camp disitu. Yang syoknya pulak En.Aziz selalu benarkan team bangmir camp kat luar kawasan tapak khas perkhemahan. So dapatlah kite lepak kat tepi jeram. Barulah real camping namanya. Liza,Induk siah dan Intan jugak telah datang hari sabtu tu, so happening sikit malam tu.
( Bagi nak tengok gambar UB u all bolehlah tengok gambar kite camp hari tu pada slot ' program2 ARPRM Terkini ' yer )

Friday, March 09, 2007

SEIAP SEDIA KE ULU BENDUL

( Motor Bangmir pun dia bungkus sekali )( Nasib baiklah eser nie tak dibungkus sekali )
( ATC Suhaimi ada dalam feri Seagull tu tapi kami hanya selisih di Lautan sahaja)

Tengahari semalam lepas bangmir turun dari Tioman,nasib baiklah ada bas ke KL jam 6 petang. Rasanya itulah kali terakhir bangmir naik feri Tioman.So sempatlah join Meting Kem Xplorasi Arp Jempol kat Kompleks Rakan Muda Jempol. Tambahan pula derebar bas bawak laju la pulak. Biasaannya jam 10 malam sampai tapi semalam jam 920 dah sampai BBS. Sampai jer BBS,abang anip jemput saya. Rupanya meting lum lagi setat. Abang Aidil pegerusinyalah. Apapun kiter sama2 jumpa di Ulu Bendul ya.

( Hai... lepas ini Rindulah saya pada Tioman - Banyak kenangan manis saya di Tioman bersama warga DCA Tioman selama 1 tahun 2 bulan saya berkhidmat disana.,terutama ATC Najib, ATC Suhaimi, Abang Madieee,Abang Puad,Abang Pian, Pak Manap Berjaya Air, rakan-rakan MAB dan AFRS serta orang2 Kampung Tekek. Terima Kasih untuk semua)
( Klik 'Web Bangmir' untuk ceriter2 perpindahan bangmir ya nanti )