Friday, December 29, 2006

DAPATKAN CD BELUMUT

Assalammualaikum
Ramai betul yang tanya pasal apa gambar xpdc Belumut hari tu tak muncul2 dalam web ini kat slot ' gambar arprm '. Sorilah sebab tak boleh masukkan lagi dalam web nie sebab Streamyx problem lah. So u all boleh dapatkan dulu CD Belumut baik punyer + gambar2 dengan harga RM6 sajer. Murah tu kalau cuci gambar sure tak lari RM15 sekali cuci. So kalau beminat bolehlah sms dulu kat Fahmi Dekbet 019336 1586 untuk tempahan. Duit tu nanti boleh masukkan ke dlm tabung arp. Sijil penyertaan pula ul a ll leh dapat kan masa buka sekolah nie ya. Ambik kat Kompleks Rakan Muda Jempol BBS. Z: kau promote web nie kat kodai buku kau tu. Biar hapening sikit blog bangmir nie.

Wednesday, December 27, 2006

TEMAN TAPI MESRA


( Kat stesen ketapi keluang....ramai tul masa tu)

Bila dengar lagu Teman tapi Mesra selalu teringatkan memori kat Belumut. Ialah masa mula2 kiter jumpa kat stesen ketapi bahau u all wat derk jer ngan eser nie. Memang masa hari tu kat bahau ramai tul budak pakai baju merah. Sampai kerani bank BCB pun perasaan, siap tanya lagi kat bangmir pasal apa hari nie ramai betul budak pakai baju merah yang berbagai jenis.Memang dah jadi trend bgmir kalau ada jer program yang bangmir wat sure kena pakai baju merah ( asal merah ).

( Budak Lui Barat tengah berebut maggie )

2 - 3 hari sebelum tu bangmir raund bahau sampai kedai bandle pun dah habis stok t-shirt merah. Kat stesen sure u ll ingat sapalah mamat nie. Maklumlah eser nie tak gelemor macam bangmusa dan yang lain2 ( masa pendaftran ).U all sure bengang sebab naik ketapi takdapat tempat duduk. Dah menjadi lumrah kalau naik Mel Siang tempat duduk memang tak cukup lainlah express. Bukan apa cut budjet. Kang kalau bangmir tempah train xpress sure yuran jadi mahal mulalah kauorang taknak pegi sebab takda duit. Itupun kami dah backup RM40 seorang. Sebab itu u all kena bayar RM15 jer. Nak ikutkan memang tak cukup. So harap u all bila dapat naik Mel Siang tu jadikan pengalaman ya. Kalau tak u all tak kenal Ah Sor ' JAMBUUU' yang naik kat paloh tu. So bagi yang ada ceriter kat belumut tul emailkan kat bangmir. Nanti bangmir siarkan dalam blog nie. Opsss....ramai gak yang nak tau macam mana nak jadi Team Dekbet melalui email eser.Jadilah Arp dulu atau u all leh tanya Fahmi hensem, Hanip arp atau Izat ( baru dapat jadi dekbet ) K.

Monday, December 25, 2006

PERJUMPAAN BULANAN ARP

Assalammualaikum...
Untuk maklumat semua peserta Arprm jempol bagi tahun 2007, pada setiap bulan satu perjumpaan arp akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Jempol. Tarikh perjumpaan akan diberitahu melalui sekolah anda dan blog ini.So bila datang jangan lupa pakai baju merah dan bawa buku log,diari dan pasport gangsa yer. Salah seorang Team Dekbet saya akan menemani anda sepanjang perjumpan tersebut. Jangan lupa info pada kawan2 lain.

Sunday, December 24, 2006

NASIB GUNUNG BELUMUT


Assalammualaikum...
Amboi ramainya kawan2 dlm blog ini. Rasanya team2 kali nie ramai yang celik IT. Apapun ten Q sebab lawat kami. Apa macam u all. Nasib baikkan kiter balik awal. Kalaulah kiter stay tambah satu hari lagi sure kiter dah sangkut kat Belumut tu. Alhamdullialah semuanya berjalan lancar. Seramai 105 orang saya bawa dengan berbekalkan duit Rm4000 sahaja selama 4 hari 3 malam, syukur rasanya duit itu telah dapat menampung segala kos xpdc kiter tu. Bagi bgmir u all memang sempoi....nyaris nak kena jangkitan dari Team Dekbet. Tapi itulah kami,sentiasa ceria dan happening jer walaupun duit tak cukup ker, hujan lebat ker, haru biru ker,makanan tak cukup ker namun kami tetap nampak ceria walaupun ada sesetengah kami yang sakit kepala nak settlekan problem.
So klau ada program free yang kami buat jangan lupa ikut ya. Tapi kalau nak tengok Team Dekbet join macam hari tu ramai adakalanya memang susah. Apapun u all tetap Teman Tapi Mesra. So kalau ada ceriter2 menarik, emailkan kepada bagmir. Nanti bangmir siarkan dalam blog ini. K.

Tuesday, December 12, 2006

MACAM - MACAM.....

Assalammualaikum.... dan Salam ARPRM

Nampaknya ada 3 hari lagi untuk kami ke Belumut wat kali ke2 dalam tahun nie. Ini adalah plan backup kami. Maklumlah hujan. Kuota untuk peserta 40 orang + 10 Facy, rasanya cukup budjet RM dengan jumlah ini. So peserta kena bayar RM15 untuk backup sedikit budjet. Jadi bolehlah kami cover makan hari jumaat dan hari Isnin.... TAPYYY..... semalam hari isnin adalah hari penutup pendaftaran peserta.So Fami and team menguruskan pendaftaran nie kat kompleks Rakan Muda Jempol. Maklumlah pada awalnya sambutan memang takda. Puas jugak PBSD dan Prostar Jempol bagi budjet program tapi takda yang berminat join. Tahmacam mana akhirnya yang datang serbu untuk daftar hampir 120 orang. Itupun siap bertekak dengan faizaldalam telipun suruh STOP ambik peserta lagi.Bila dah campur2 urusetia and tetamu2 yang nak join = 137 orang...... Aduh sakit kepala den. Mano den nak cari duit. Akhirnya den kat pulau tioman seorang2 buat kira2 budjet. Sah budjet lari hampir rm2600. Maklumlah duit cuma RM4000 jer nak buat program kat Kluang johor untuk 50 orang bukan RM10,000. Jauh pulak tu walaupun naik ketapi ( cut budjet ). Akhirnya eser pun ambik keputusan potong makan minum urusetia selama 4 hari tu dan makan peserta 2 hari. Masih tak cukup lagi apalagi tips fasilitator pulak dipotong ( sukarelawan katakan ). Masih tak leh cover. Buat surat kat KTM mintak diskaun. Tapi masih lagi tak cukup, akhirnya eser mengambil keputusan nak reject beberapa peserta. Namun tak sampai hati. Bak kata orang biar semua dapat pegi. Namun itulah nasib sebagai penyelaras program sukarelawan nie. Nak puaskan hati semua tapi awak yang sesak. Namun hari nie dah masuk hari selasa. Masih lum settle.Nasib baik ada En. Rosdi pegawai Belia Dan Sukan Daerah jempol. Dia cuba cari jalan.... Apapun sama2lah tengok, berjaya tak kami bawa budak2 seramai 137 orang tu dengan berbekalkan rm4000+ duit yuran peserta , dimana program tu bukan dekat area2 NS tapi kat johor selama 4 hari 3 malam. Apapun tima kasih kepada Fahmi dekbet ( Ketua Penyelaras program ) kerana bersusah payah handle program ini... Thanks buat Prostar dan En. Mohamad Rosdi Mahmud dan team dekbet. Apapun kami akan cuba bawa semua peserta sekiranya boleh......maklumlah kami nie kalau wat program memang budjet giler2 betul.... ( JAngan Lup Pakai Baju Merah )

Friday, December 08, 2006

PERUBAHAN KEM ARP DAERAH JEMPOL

Assalammualaikum dan salam rekreasi

Waduh... sakit kepala nak pilih tempat nak wat Kem Pra Perkhemahan Arp Jempol. Bukan apa sekarang musim tengkujuh dah tiba... so banyak kawasan hujan jer. Memang hari tu nak wat kat Air Terjun Berkelah Maran Pahang, tapi ada member kata kat sana dah stat hujan. So tukar la pulak nak wat kat Air Terjun Lata Kinjang Jelebu N9. Dan2 kos ke situ terlalu mahal dan kami memang kekurangan budjet. So lepas berbincang ngan Ik Man , PROstar Jempol setuju join program sekali. So kami namakan " Kem Pra Perkhemahan Arp dan Remaja Benci Aids " anjuran bersama. Tapi disebabkan ada beberapa masalah 4wd kami kat Jelebu tu, maka kami batalkan wat kat situ. Akhirnya kami bersetuju wat kat ' Gunung Belumut, Keluang Johor wat kali ke2. Bayaran tetap sama Rm15. Apalagi bertambah ramai lak yang nak join. So antara Facy dan sukarelawan yang terlibat ialah, Fami,Bangman,BgAidil,Bang Musa,Bang Anip,Kakngah, Ucop momil, Ucop sihat, Angah,Kak intan,Induk Siah, Faizal dan Abu Hensem . Manakala mentor arp lak , Fami Hensem,Hanip arp,Muzalifa,Ct dan Asmah. Jemputan Dekbet lak kali nie...Bang Cupin dari Penjara Seremban. So Tarikh tetap sama. Kami akan g hari jumaat naik ketapi jam 12.oo tengahri. Isnin baru balik. Apapun jumpa di sana.

( Permohonan sukarelawan nak g free sudah ditutup pd 7hb/12/2006 jam 12.00 tghr - so kalau ada sukarelawan nak ikut kenalah gunakan kos sendiri ya. ) Hai susah tul streamyx kena potong.