Tuesday, December 22, 2009

Kem Belia 1 Malaysia Jempol

Justify FullAlhamdullilah, dapat juga Gerakan Belia Wawasan Batu Kikir mengadakan Kem tersebut. Kem anjuran bersama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan ini, telah di hadiri seramai 40 orang. Ia di kuatkan lagi dengan 4 orang jurulatih dari Team Dekbet. Apa lagi, kem tu jadi syoklah. Apapun suasana manjang hujan jer, telah membataskan pergerakkan program. Banyak masa, kami habiskan di dalam kelas sahaja. Kepada para belia dan beliawanis jempol yang telah menghadiri Kem tersebut, syabas kami ucapkan. Sure you all teringat2 suasana kedamaian kem kan.... So jangan lupa matlamat dan tugas kita ok. Oh ya.... nak tengok gambar- gambar program, jangan lupa selalulah jenguk blog ARP ini. Mungkin Before Sabtu, bangmir dah upload gambar2 dan cerita2 kauorang di sana. Sapa - sapa nak kongsi pengalaman untuk di ceritakan di sini, sangat bangmir alu - alukan. Emailkan kepada bangmir ok. Salam 1 malaysia dari bangmir dan Team Dekbet

Wednesday, December 02, 2009

Kem Belia 1 Malaysia - Jempol

Program ini akan diadakan pada 18hb - 20hb Disember 2009 di Dusun Eco Resort Janda Baik Pahang. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan NS dengan kerjasama Kelab Belia Batu Kikir membuka penyertaan kepada para belia dan beliawanis berumur 17 tahun keatas yang tinggal di Daerah Jempol. Borang penyertaan boleh diperolehi di Kompleks Rakan Muda Jempol atau lebih senang SMS = Nama,alamat,No Ic, NoTel anda ke telefon bangmir - 012 369 4057. Penyertaan adalah percuma. Makanan dan penginapan akan di tanggung oleh pihak penganjur .Oleh itu bagi anda yang boring2 cuti ini, dan tak tau nak buat apa - apa cepat hubungi bangmir ok. SIAPA CEPAT DIA DAPAT. Bertolak pada 18hb Jumaat jam 9.30 pagi. Semua peserta di kehendaki hadir awal di Kompleks Rakan Muda Jempol untuk pendaftaran. Kita jumpa di Dusun Eco Resort Yerrrr.....

Saturday, November 07, 2009

Xplorasi ARP Redah Jalanan

13 - 15hb November 2009. Anjuran Budak - budak Senior ARP Jempol. Program ini terbuka kepada remaja berumur 14 tahun keatas. Bayaran adalah RM15. Ini termasuk tambang bas, Khemah, Sewa tapak dan kemudahan resort dan kem, ubatan dan lain - lain lagi. Makanan bawak sendiri. Setiap kumpulan terdiri daripada 6-7 orang. Lantik seorang ketua. Berminat sila hubungi Aslam 0133967548 sebab team yang buat program ini ( hebat tul diaorang nie ) . Style program adalah xtvt lasak rekreasi. Perjumpaan akan di buat pada 8hb Ahad di kompleks rakan muda jempol jam 3 ptg. So kalau berminat nak join, hubungi ASLAM ok..

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidifitri

Align Center

Di kesempatan ini, Bangmir dan team - team Dekbet Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Daerah Jempol ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin sepanjang perkenalan kami bersama anda. Semoga persahabatan kita kekal abadi dan dirahmati allah. Pada rakan - rakan ARP di seluruh malaysia, bangmir mengharapkan supaya sentiasa berhati - hati di jalan raya ok. Kepada Team Dekbet yang banyak membantu menghidupkan dan menceriakan suasana ARP Jempol ini bersama bangmir. Terima kasih di atas jasa - jasa u all yang sudi buat kerja sukarelawan bersama bangmir. Hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya pahala anda itu.

Kepada En. Mohamad Rosdi Mahmud ( Bekas Pegawai Belia dan Sukan Jempol ) , En. Hamid, Pegawai Belia dan sukan Daerah Jempol NS serta Staf - staf Pejabat Belia Jempol dan Kompleks Rakan Muda Jempol" Salam Aidilfitri dan Salam kemaafan dari bangmir and Team. Taklupa juga di ucapkan kepada Jabatan Belia dan Sukan NS, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia , Unit ARP - Puan Mariam, Kak Ann dan rakan - rakan, Rakan - rakan ARP seluruh Malaysia, Blog2 Rakan Muda, Blog2 ARP , sahabat blogger dan semuanya sekali Rakan Muda Malaysia. Dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Batin. Beringat - ingat semasa Berjalan Rayo ok.

Raya ini jemputlah ke rumah bangmir ya di Kg Serting Tengah Batu Kikir NS. Insyallah bangmir ada pada raya ke 2-3 sebab Malam raya dan raya pertama KOJORRRRRRRRRRRRRRr......... boring!!!! boring!!!!!boring!.......................

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan 2009

Assalammualaikum dan salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua warga Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda terutama sekali budak2 Jempol. Di sini bangmir dan rakan - rakan ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan. Semoga kita mendapat rahmat di bulan yang mulia ini. Untuk maklumat anda, ARP Jempol akan berehat seketika dengan xtvt2 ARP buat sementara waktu sempena Ramadhan ini. Walaubagai manapun kebiasaannya Program Ramadhan Rakan Muda akan menyusul pula. Oleh itu anda dinasihatkan selalu melawati laman web ini untuk mengetahui program2 Ramadhan yang boleh anda sertai. Pihak Pejabat Belia Dan Sukan Jempol akan memaklumkan sekiranya ada program yang boleh ARP Jempol

Wednesday, August 05, 2009

THANKS ARP NS




Alhamdullilah kesemua para peserta yang telah di jemput oleh Jabatan Belia dan Sukan NS telah hadir ke Bengkel Pemantapan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda NS 2009 di Hotel Seri Malaysia Port Dickson pada 31hb Julai - 1hb Ogos 2009. Bengkel yang dihadiri seramai 41 orang ini, telah berjalan dengan lancar dan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta amat dihargai. Kerjasama antara Guru - guru, penggerak rakan muda, para pegawai JBS dan sukarelawan dalam bengekl ini amat dipuji.Diharap mereka menjadi pemangkin bagi memastikan kejayaan ARPRM di NS ini . Kami mewakili Badan Operasi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan kerana mengadakan Bengkel ini walaupun ia agak singkat buat kami semua. Di harap semua yang terlibat mendapat faedah dari bengkel ini. Pada Mr Ravi ( Peserta Emas 2009 ), anda hebat buat kami. Terima kasih kerana meluangkan masa bersama - sama barisan penceramah berkongsi pengalaman bagi menguatkan lagi ARP di Negeri Sembilan. Buat Cik Nurazlina ( Penyelaras Projek ) Thanks Very Good!!!.... kerana memberikan komitmen kuat dalam bengkel ini mahupun sebagai Orang Kuat penggerak ARP di NS.

Bagi sesiapa yang nak salinan PowerPoint tempoh hari seperti kami janjikan. Jangan Risau. Email pada bangmir, nanti bangmir akan forwardkan LINK nya ok. Sekiranya anda memerlukan khidmat ARP kami, Jangan segan. Hubungilah kami ya.
.

Friday, July 31, 2009

Bengkel Pemantapan ARP Peringkat NS 2009

Bengkel ini akan di adakan pada 31hb Julai hingga 1hb Ogos 2009 di Hotel Seri Malaysia Port Dickson NS. Seramai 50 orang para peserta yang terdiri para pegawai JBS NS, Penggerak Rakan Muda dan guru - guru sekolah perintis yang baru dijangkakan hadir pada bengkel tersebut. Mengikut kata Cik Azlina ( Pegawai Projek ) , bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan NS ini adalah bagi memberi penerangan yang jelas dan khusus serta cara pelaksanaan yang betul bagi merialisasikan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di negeri ini. 3 orang penceramah NGO di jemput hadir bagi bengkel ini. Salah seorangnya adalah saudara Ravichandran. Beliau adalah penerima Anugerah Pingat Emas 2009 baru - baru ini dan kebetulan pula mempunyai sijil kelayakan sebagai " National Trainers ARPRM ". Semoga dengan adanya bengkel ini, maka diharap ARPRM akan berkembang dan mendapat sambutan menggalakkan dari Remaja khususnya berumur 14 - 25 tahun.

* Jumpa bangmir di sana ok!!!!

Saturday, July 25, 2009

Bangganya Anugerah ARP Kebangsaan 2009

Bangganya bangmir apabila ada anak - anak buah bangmir dari Jempol yang naik ke pentas untuk menerima Pingat Perak di Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Kebangsaan di Grand Season Hotal KL pada 23 Julai 2009. Bukan itu sahaja, malahan seorang kenalan sukarelawan bangmir semenjak dulu lagi iaitu Saudara Ravi telah mendapat Pingat Emas. Wow.... hebatnya NS kali ini kerana seorang belia dari negeri ini telah mendapat pengiktirafan sedemikian. Beliau telah mengalahkan seramai 122 orang peserta rebutan Emas. Seorang lagi penerima Emas iaitu Saudara Shuhail dari KL pun menerima pingat tersebut. Bangmir pun kenal juga si suhail ini, kerana sama - sama berkursus Train of Trainer di Melaka lalu. Apapun tahniah pada semua penerima Pingat Perak dan Emas tempoh hari. Itulah usaha anda. Anda perlu berbangga dengan pencapaian tersebut. Pada budak - budak Jempol dan Kuala Pilah, Jadikan Abang Ravi sebagai Idola anda ok. Untuk mendapatkan Emas, usaha kena lebih ya. tengok Abang Ravi, bidang sukarelawan sudah menjadi hobinya. Beliau juga pernah mendapat Anugerah Belia Sukarelawan peringkat NS. Pada budak Jempol hari itu, Hanif, Hafiz, Shahrizal, Firdaus dan Farah syabas kerana anda telah mengharumkan nama Jempol di Peringkat Kebangsaan. Bangmir bangga dengan anda. Tentu sekolah u all pelik kan macam mana u all leh terima anugerah tersebut sebab lepas u all balik dari KL , ada sekolah mula bertanya mengenai bagaimana u all leh dapat pingat tersebut, he.he.he..

Oh ya...Sian kauorang yer, terpaksa datang KL dengan transport sendiri sampai sesat2 kat KL. Semangat punya pasal, akhirnya sampai juga u all kat Grand Season Hotel tu. Itulah budak ARP Jempol. Pandai berdikari kan. Lagipun u all dah biasa dengan perjalanan bagpackers niekan....sebab kita selalu wat xpdc guna transport awam ni. Pada orang kuat ARP Malaysia Puan Wasitah , Kak Mariam, Kak Ann,Cikgu Man, Cikgu Zul dan unit2 urusetia ARP Putrajaya thanks sebab jaga budak-budak ARP dengan baik sekali sepanjang mereka berada di sana. Bangmir juga terharu tengok layanan mesra TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA iaitu YB. DATO' RAZALI BIN IBRAHIM kerana setia menunggu di pentas dan melayan semua para penerima pingat dari seluruh negeri untuk mengambil gambar dengannya. Bukan selalu kami dapat layanan sepecial begini dari menteri. So alhamdullilah, hajat budak - budak nie nak bergambar dengan menteri tercapai juga. YB sudi beramah mesra dan bergambar dengan penerima Pingat dari Jempol dan Kuala Pilah. Saudara Ravi ( penerima Emas ) juga sudi bergambar bersama kami di ikuti Penolong Pengarah Rakan Muda NS En. Izwandi dan Cik Azlina mentor kepada Ravi. Kami bangga dengan anda. Terima kasih Kementerian Belia dan Sukan Malaysia diatas Anugerah ini.
.


Terima kasih kepada SMKBBS, SMKBK dan SMKTJ kerana sudi melepaskan budak - budak ini menerima pingat tersebut di Kuala Lumpur. Thanks atas kerjasama yang di berikan itu.

Sekiranya anda ada sebarang berita, pertanyaan dan sebagainya mengenai ARP, silalah emailkan kepada bangmir atau SMS ke 012 369 4057 ok
.
 .

Tuesday, July 21, 2009

Penyampaian Anugerah ARP Kebangsaan

Satu Majlis Anugerah ARPRM Peringkat Kebangsaan akan di adakan pada hari Khamis 23hb Julai 2009, di Grand Season Hotel Kuala Lumpur jam 10 pagi. Oleh itu pada semua penerima Pingat Perak dan Emas dikehendaki hadir pada Rabu 22hb Julai 2009 jam 5 petang untuk majlis Raptai Anugerah tersebut. Bangmir dengar Menteri Belia dan Sukan sendiri akan menyampaikan Anugerah tersebut. Hebat ! Hebat ! Hebat. Jempol hanya menghantar 7 orang sahaja pemegang Pingat Perak kali ini disebabkan masih ramai yang belum melengkapkan beberapa komponen. Budak - budak Jempol datang cuma naik bas sangkut - sangkut dan Komuter jer dari NS kali ini sebab tak ramai katakan. Lagipun semangat diaorang patut di puji kerana pandai berdikari. Apapun wakil kami akan mengiringi mereka sepanjang perjalanan nanti. Dah sampai jangan lupa Call bangmir ok. Bangmir tunggu di KL.

Pada semua penerima Anugerah ARPRM di Malaysia pula , Bangmir mewakili Rakyat Malaysia ucapkan Tahniah dan Syabas diatas usaha gigih anda itu. Kami bangga dengan ANDA. Emmmmmm..... Pemegang EMAs tahun 2009 pula rasanya bangmir Kenal kot..... Apapun Tahniah.... Nanti kita Jumpa disana ok. Tahniah ARP JEMPOL...... Farah,Hanif,Hafiz,Firdaus,Asnawi dan Shahrizal..... Bangmir bangga dengan u aLL.... Nanti bangmir sematkan berita dan gambar majlis tersebut di Blog ini buat tatapan semua warga ARP Malaysiaaaaaaaaa...
.

Diatas adalah Gambar Kursus Pemimpin Muda ARP Jempol di Penyabong Mersing Baru2 ini. Budjet RM3000 jer untuk 4 hari 3 malam tapi lepas jugak kami ke Sana. Alhamdullilah......... semuanya berjalan dengan selamat. Nantikan berita seterusnya........

Wednesday, July 15, 2009

Kem Kepimpinan Arp Jempol

Kem Kepimpinan Mentor ARP Jempol

Anjuran : Badan Operasi Arprm Jempol
Tarikh : 17-20hb Julai 2009
( 20hb - Cuti N9 )
Bayaran : PERCUMA
( Cuma bawak makanan dan alatan masak jer )
Tempat : Pasir Lanun Tanjung Penyamun Mersing


Penyertaan : Yang Dah Dapat Gangsa dan Perak

Bayaran ini termasuk Tambang Bas, Khemah, Tapak, Insurans , Air, Api Resort dan sebagainya.

BAS BERTOLAK JAM 2.30 Petang Jumaat.

.

Wednesday, June 10, 2009

Realiti Maya di Kem Lambaian Danau

( Kenangan bersama Paklet )
.
Sebelum tu, izinkan Bangmir memohon laluan kepada Blog ARP Jempol untuk membenarkan bangmir menulis sedikit ruang legar maya bangmir mengenai KLD (Kem Lambaian Danau ) kerana Blog Kem Lambaian Danau adalah inspirasi lahirnya Blog Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol ini yang anda baca ini.

Realiti Maya menjadi Kenyataan.
Itulah Kem Lambaian Danau. Kenal pun hanya di alam maya sebelum ini. Namun pada 29hb - 31hb Mei 2009, Alam maya itu telah di tukar ke alam realiti. Bangmir telah ditemukan jodoh dengan KLD setelah hampir 6 tahun bangmir mengurat ( mengikuti perkembangan ) KLD melalui blog mereka. Walaupun Jasin dan Jempol taklah jauh sangat, tapi amat sukar untuk kita di pertemukan. Akhirnya pada hari Jumaat 29 Mei 2009, bangmir dan Team Dekbet di temukan juga di pintu pagar KLD macam dalam blog tu. Bertuahnya kami sebab kami dapat bertemu terus dengan Pemegang Tetap Saham alam maya itu ( mcm bursa saham lak ) iaitu Paklet - En. Rosli ( ingat lagi bangmir, masa sampai tu , Paklet berdiri kat area parking KLD menunggu kami ) . Beliau adalah idola kami di sini. Bayangkan biasanya apabila team Dekbet berkumpul, bercamping atau bermeeting, Tak lekang di mulut kami mengumpat ( berborak ) mengenai KLD ( Angan2...bilalah dapat kite pergi KLD kan ...) dan memang cita2 kami nak wat program kat sana.

Alhamdullilah, bangmir bersyukur ,akhirnya kami di pertemukan juga dengan Paklet, Mama G, Cicha dan Toyak ( orang lama ) serta paktua begitu juga dengan Along dan seberadik, Cikgu Wan dan TJ di dunia yang sebenar. Pada Mama G, Thanks sebab jaga kami dengan baik. Pada Paklet.... Wow ! memang hebat. Thanks segala2nya ilmu yang di berikan itu. Biasa bangmir cuma baca dan tahu melalui blog KLD sahaja tapi kali ini, kita dapat bersemuka. Pada Mama G, awas!!!!!!... banyak suka duka KLD yang bangmir tahu . Semua rahsia ini, Mama G yang catatkan yer dalam blog... Mana tidaknya dari tahun 2003, bangmir dah mengikuti perkembangan blog KLD. So banyak cerita yang saya tahu tentang KLD. Lahirnya Blog ARPRM Jempol ini pun atas realiti Blog KLD . Semua ini bermula pada tahun ujung 2005 , semasa bangmir mula bertukar bertugas ke sebuah Pulau terpencil. Maklumlah boring so bangmir pun mula stat berblog kerana syok membaca nukilan2 Mama G. Bagi Bangmir Mama G, memang hebat menulis. Banyak cerita yang bangmir dapat cedok dari KLD. Kisah Kem ( paling syok baca ) , Anak anaknya ( dah besar pun along ) , suka dukanya, dan penghuni2 KLD - Alex , Maya dan baby dan saudara maranya yang lain, pasal campfire site...he..he..he....dan macam2 lagi lah.

( Jahanan budak aku dikejarkan oleh Along and Cikgu Wan )

Untuk maklumat pembaca, Kem ini , memang lain daripada yang lain. Bangmir dah banyak pergi kem dan pusat - pusat latihan buat kursus semenjak 1994 lagi ( baru stat aktif kerja2 giler nie ) . Tapi inilah first time dalam pengalaman bangmir, bangmir dan rakan - rakan akan makan bersama setiap time dengan pemilik kem, Isterinya, anak - anaknya dan jurulatih2nya malahan dengan semua pekerjanya sekali dalam satu meja. Wow!!!!! hebat - hebat cara Paklet. Satu motivasi yang baik.So dengan ini, kami senang dan mudah berkenalan, menyuarakan sebarang masalah dan berbincang. Tak macam sebelum ini, Pemilik Kem pun tak penah kenal.Staf - staf KLD pula bukan calang - calang orang. Tukang masak nya sahaja ada ijazah dan boleh jadi Facy anytime malahan Paklet sendiri akan jadi ketua setiap program - program yang mereka seliakan. Facy2 pula baik2 dan peramah sangat. Macam dah kenal lama jer. Jaminan Keselamatan peserta yang KLD berikan memang class A. Tgk sahaja semasa xtvt Rakit dan Kembara. Facy2 KLD semua tahu tugas masing2. Tak payah bagi arahan , masing - masing dah tahu peranan sendiri. Bak kata orang Profesional lah. Semua kerja diaorang leh buat macam memasak, jadi facy, pemandu kayak, ajar buat rakit, berborak , basuh pinggan , mengemas malahan bertukang. Itulah Kem Lambaian Danau. Kem Family. Kemudahannya pun mencukupi. Nak main rakit atau kayak...boleh main puas-puas. Tempatnya bersih dan cantik. Makanannya mencukupi. Tak yah rebut2 macam kem2 lain tu. Sebab kalau tak cukup bagi tau jer Mama G atau krew. Mama G dan Konco2nya siap sedia di dapur mengangkat Senjata.


So kepada Mama G. Terima Kasih dengan cenderahati hari tu ya tapi terkilan sebab tak dapat ambik gambar bersama di hari akhir, kerana Mama G takda. So biasa kalau tak jumpa pada hari akhir menandakan kami akan datang lagi ke situ. Insyaallah. Apapun kami mintak maaf ( macam raya lak ) sekiranya ada perangai Team Dekbet ( Bangmir , Aidil , Man dan Fahmi ) juga rakan - rakan bertugas hari tu yang tidak di senangi oleh Paklet, Mama G dan Staf sepanjang kami di sana. Sebenarnya ramai Team Dekbet yang tak dapat pergi KLD hari itu kerana masing2 masing ada hal. Rasanya kalau kami Team Dekbet cukup hari tu mau riuh rendah Kem Lambaian Danau di buatnya dengan suara - suara kami . Tak pun sure staf2 KLD pelik dengan perangai2 giler team kami kerana masing - masing dah tua dan berumur tapi perangai ya allah.... ( tapi kalau dah bagi ubat - eloklah tu ) . Semoga kite berjumpa lagi. Nak tgk gambar program hari tu " Klik Kat Sini "

Tapi ada satu pelik dan memang menakjubkan di KLD. Bak kata orang Security Class A. Thanks Paklet atas Jaminan yang di berikan itu. Alhamdullilah. Ada masa bangmir ceritakan ok.
.
Salam dari Dekbet Team hari tu - Bangmir , Aidil, Ik Man dan Fahmi.
Thanks You Very Good

.Klik blog KLD
www.kemlambaiandanau.blogspot.com

Tuesday, June 02, 2009

Kenangan Kem Lambaian Danau



Kem Lambaian Danau memang meninggalkan kesan memori kepada para peserta. Mana tidaknya 90% program adalah aktiviti outdoor dan ia memang memenatkan tetapi peserta enjoy. Sampai hari ini, ada peserta yang SMS dengan bangmir mengatakan " bang eser takleh lolaplah sebab ingatkan KLD tu hari ". Hai comehlah bangmir membacanya. Sapa yang tidak biasa memanglah rasa penat tetapi bagi mereka yg memang dahagakan program yang merosakkan badan...memang sesuailah mereka menyertai Y2y. Tambahan pula keunikan Kem Lambaian Danau ( KLD ) yang lain daripada lain telah menambahkan resepi istimewanya program tersebut. Paklet , Kak G , Cikgu Wan, Along ( anak Paklet ), Cicha, Toyak dan Chef TJ ( Makanan sedap dan banyaklak tu) adalah penghuni2 unik di Kem tersebut. ( terima kasih Paklet n Team kerana memberikan layanan istimewa kepada kami ). Kisah seterusnya akan kami rungkaikan pada artikel akan datang. Gambar - gambar program boleh di dapati di laman blog http://rakanmudajempol.blogspot.com/ atau klik pada gambar Persatuan Rekreasi Jempol di bawah ni.

Bagi mereka yang tercari - cari KEM atau Pusat Latihan untuk nak buat program. Tak payah pikir panjang2 , Lawatilah http://kemlambaiandanau.blogspot.com/ . Kem ini memang best dan unik sebab ia ' Lain daripada yan lain ".

Thursday, May 28, 2009

Budak Arp Join Y2y Melaka


Cuti sekolah dah tiba. Sok jumaat 29hb - 31hb Mei 2009 seramai 20 orang budak ARP Jempol Pingat Perak akan terlibat dengan Program Y2y di Kem Lambaian Danau Jasin Melaka. Rasanya dah lama kami tidak bersama dengan diaorang nie. Sekarang pun semua dah bosa - bosa. Dulu masa tingkatan 2, masing - masing kecik - kecik jer. La nie dah bujang, Hensem dan Cun. Dengan fasilitator pun dah segan2.... macamlah kita nak gurat diaorang tu. Ok lah apa - apa pun kita jumpa di Melaka sok ok. Jangan lupa bawak baju buruk - buruk sebab di fahamkan banyak xtvt outdoor. Dengar cerita 100%..... lasak and outdoor game.... so pada mereka yang tak nak join kami..... hai rugilah....... Apapun kali ini, hanya beberapa kerat sahaja Team Dekbet join..... ( ni yang tak best nie )...

Friday, May 08, 2009

Jom Ikut Kami


Lokasi Kem Lambaian Danau
.
" Perkhemahan Komuniti Yo to Youth ( Y2Y) "


Pasti Best sebab ia bakal diadakan di Kem Lambaian Danau Jasin Melaka. Ada Camping. Ada xtvt Outdoor. Yang Paling Best Ada Jurulatih - Jurulatih Team Dekbet yang akan handle bersama program ini .So apa lagi bagi pelajar sekolah dan remaja ( 16 - 25 tahun ) yang memang dahagakan xtvt perkhemahan. Jom follow kami pada 29hb - 31hb Mei 2009 di Kem Lambaian Danau Jasin Melaka. Penyertaan PERCUMA dan TERBUKA kepada sesiapa yang berminat. Dapatkan Borang Segera dan hantar cepat atau hubungi bangmir di 012 369 4057 untuk keterangan lanjut.
Nak tau Hebatnya Kem lambaian Danau kepunyaan Pak Let. Sila klik www.infokld.blogspot.com

AWAS! Siapa Cepat Dia Dapat G !
( Biasa sambutan program cuti sekolah cepat full so jangan tunggu lama2 )

Dapatkan Borang segera di laman web www.rakanmudajempol.blogspot.com

Nak tahu program - program terkini Rakan Muda Jempol. Sila scroll ke bawah di dalam blog ni. Ada jadual Program yang boleh anda ikut serta.

Saturday, April 25, 2009

Peserta Jati Diri Bersemangat







Kem Nur Bukit Unggul Jenderam Hilir Dengkil telah menerima seramai 69 orang peserta kursus Kem Jati Diri Bangsa dari Jempol. Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini telah meninggalkan pengalaman manis buat peserta. Ditambahkan lagi, facy - facy terlibat adalah dari Team Dekbet yang memang selalu terlibat dengan aktiviti2 outdoor untuk remaja Jempol. Perangai mereka yang sporting dan giler2 telah mencoret seribu persoalan dan tanda tanya kepada para peserta " Dari manakah Asal usul Team Dekbet ini " kerana ramai mengatakan Team Dekbet memang sempoi habis. Pelbagai xtvt outdoor telah disusun buat peserta bersesuaian modul yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Ramai peserta ARP telah menyertai program ini. So bagi mereka yang tak pergi memang satu kerugian kerana ramai mengatakan program ini berbentuk Ceramah jer 24 jam. Apapun nak tahu bestnya tidak program itu, tanyalah para peserta yang pergi.

Teringat kenangan Nur Bukit Unggul. Nanyilah lagu bawah ni, secara automatik, memori tersebut akan keluar dalam ingatan anda itu- ingatkan pesanan bangmir. So tutuplah dulu radio dibawah tu kalau nak dengar lagu ini. Nak Tengok Gambar klik kat laman web Persatuan Rekreasi Jempol atau klik kat sini " www.rakanmudajempol.blogspot.com " . Untuk maklumat anda. Gambar kem ini akan di tambah setiap hari. Oleh itu selalulah lawati blog tersebut.




LASKAR PELANGI

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah,
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

.