Wednesday, November 22, 2006

XPDC MARAN PAHANG - 15-18HB DIS 2006

( Ni program kat Sek. Ren. Rokan Utara 10hb - 12hb Nov 06 )

Assalammualaikum...

Wahai kengkawan. Sapa2 yang berminat nak join Xpdc tersebut sila info ser sekarang. Mohonlah cuti. Eser bawak budak2 Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda sempena ' Kem Pra Perkhemahan Arp " Anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol . Bayaran akan kami info kemudian. Nak tau tempat dia macam mana... kauorang tgk blog nie pada bulan JUNE yer. Best tempat dia. Rugi kalau tak gi. Tapi kami ada Backup Plan...takut hujan. So kalau hujan ,mungkin kami wat Kem kat FRIM Simpang Pertang pada tarikh yang sama gak. So Jangan tak Join yer.

Monday, November 20, 2006

MASUK HOSPITAL?


Assalammualaikum dan Salam Rekreasi....

3 hari lepas, Cik Azura Penolong Pengarah Cawangan Rakan Muda SMS ser informed yang Hajjah Rohana ( MaMa ) Pegawai KBS Kelantan telah dimasukkan hospital kerana sesak nafas. Teperanjat gak. So eser pun call dia semalam
( Ahad ) bertanyakan khabar. Dia masih ditahan dihospital, sudah hampir 4 hari pun. Hai sian tul biler dengar suara MaMa tu. Ingat lagi masa eser bawa dia panjat Gunung Kinabalu tempoh hari, beliau memang kuat semangat orangnya walaupun sudah berumur 5o tahun lebih. Malahan siap beri kata2 perangsang dan motivasi kat geng2 muda yang pancit lagi. Katanya menurut kata doktor, xpdc tempoh hari tidak ada kena mengena dengan sesak nafas yang beliau hadapi kerana sudah hampir 2 minggu xpdc itu berlalu , malahan xtvt tersebut elok untuk kesihatan, tambah mama lagi buat masa ini beliau tiada penyakit2 kronik, sebab itu dia berani panjat Kinabalu. Apapun mama, kami doakan agar mama sihat walafiat hendaknya yer. Ikut nasihat Doktor dan banyak berehat..Ok.

* Gambar atas masa MaMa sedang mendaki bersama Fiqrie ( Peserta Perak Arp Tumpat ), Abng Faizam sempoi- Kbs Sabah dan En. Rosdi - Pbsd Jempol ke Laban Rata ( 11,000 ) kaki. Semangat tul dia masa mendaki tur..

* Gambar kat bawah - Mama nampak tul penat. Dari kiri Fiqrie, En. Roslan ( Pengarah Rakan Muda KBS ) , MaMa dan Syahrul )

Wednesday, November 15, 2006

GAMBAR & MAKLUMAT PESERTA XPDC KINABALU

Assalammualaikum dan salam bahagia.

Apa khabar kawan - kawan semua. Terutama kepada pengunjung tetap blog sayer dan jugak taklupa pada Atun & Ani apa khabar. Okeylah. Eser dah masukkan senarai maklumat peserta Xpdc Gunung Kinabalu tempoh hari begitu juga gambar. So klik pada " Kenali rakan kami" dan nak tengok gambar sila klik pada " Gambar arprm" pada blog ini. Apapun eser ucapkan terima kasih banyak2 pada KBS Malaysia sebab beri peluang kepada kami. Nyaris tak pergi hari tu.

Maklumlah tertinggal kat kapal terbang Air Asia. Bangun bukan main awal jam 4pagi. Siap2 jer terus tunggu bas. Jam 5pg sampai 6 pg bas masih tak muncul2. So pegawai suruh naik teksi. Siap bayar Rm90 lagi. Dalam teksi saya rasa semua macam peserta "Xplorace". Mana tidaknya belum sempat teksi berhenti kat LCC KLIA kami dah nak keluar. Malangnya time masa tu dah singkat sangat. Jam 6.45pg. Flight pula jam 7pg. Pegi jer kat' Check In' papan tanda dah tukar jadi Johor Baharu.Puas bertekak ngan pengurus Air Asia tu. Nasib...nasib...Pas tu semua bergantung pada Cik Azura' Penolong Pengarah Rakan Muda' untuk bawak jugak kami. Tah apa ayat yang digunakan oleh Cik Azura kat Pengurus Besar Air Asia tu... akhirnya pergi jugak kami ke KK walaupun jam 6 petang. Thanks Air Asia.Kami tak kisah walaupun duk kat LCC hampir 12 jam. Kalau g Amsterdam tu dah sampai kiranya.Apapun semuanya best..... Kenangan Beb !.

(Tima kasih pada En. Rosdi - Peg. Belia dan Sukan Jempol kerana sama2 bantu masa kat LCC) KLIA0

Wednesday, November 08, 2006

Cabaran Xpdc Gunung Kinabalu 29hb Okt - 4hb Nov 2006


Assalammualaikum dan Salam Rekreasi Arprm ....

Apa khabar semua. harap sihat - sihat hendaknya ya... Hai masih tak ilang lagi ker penat tur. Apapun tahniah dan syabas pada semua peserta xpdc Cabaran Gunung Kinabalu Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda 2006 kerana telah berjaya menawan Kinabalu itu walaupun anda telah sampai di Laban Rata sahaja. Sebagai Ketua Xpdc ini, eser memang respek tul kat u all sebab berjaya menawan gunung tersebut. Syabas sekali lagi. Mengenai gambar dan alamat rakan - rakan lain akan saya muatkan minggu depan. Sekarang masih di N9 lagi. Kat Kg Batu Kikir ,eser takdo streamyx. Lagi satu kalau u all ada gambar dan cerita menarik mengenai xpdc tempoh hari untuk di share bersama bolehlah di hantar kepada amir. Nanti akan amir muatkan dalam blog ini. Bagi ANI and ATUN peminat blog ini... nantikan gambar-gambar menarik ya.... Rasanya ada cenderahati wat kauorang nie... Jangan lupo TUNTUT..... ya. Asalammualaikum

Bagi Team - team sukarelawan eser yang kena handle Kem Pelajar SMDM kat Merapoh Pahang 1hb - 4hb Nov tempoh hari. Tima kasih banyak2 .Itupun nyaris2 eser kena jugak join u all kalau...... Apapun tks sebab dapat handle program tersebut dengan baik sekali. Bagi program 10hb - 12hb Nov ini di Sek. Ren. Rokan Utara please submit nama untuk join ya. ( Hai takkan bila handle budak Sek. Rendah ramai yang senyap kot)