Sunday, February 21, 2010

Lama tak menulis ARP

Free Image Hosting At ImageCows.Net
Assalamualaikum....

Kepada semua para pembaca blog Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda NS. Lama sangat bangmir tidak menulis di blog ini. Bukan malas nak coretkan tetapi tiada program atau xtvt yang boleh bangmir lakarkan di blog berharga buat bangmir ini. Bangmir pun tak tahu apa nak tuliskan... Payah pulak nak buat cerita sekarang... macam kaku pulak. pelik! pelik! pelik!

Maafkan kami.
Kami di Jempol, nampaknya ARP seperti " Biskut Yang Di Rendam, Bila Dah Lembut......" Apapun bangmir dan rakan - rakan Team Dekbet tidak pernah hilang semangat dalam meneruskan perjuangan SUKARELAWAN dalam membantu remaja. Itulah semangat juang kami. Ia tidak akan padam buat selamanya. Jangan kata ALA..... dah tua....lama2 hilanglah semangat tu... OPsss sorry beb. Jangan sangka kami begitu. Hati ini sangat rindukan suasana - suasana camping, suasana hutan , suasana kegelapan malam di hutan , suasana jeram dan air terjun , suasana hiruk pikuk peserta, suasana riuh rendah peserta serta gelak ketawanya dan paling kami rindukan ialah SUARA - SUARA budak2 ARP!!!!.

Mana pergi semua itu ya.... Itu semua kenangan kami. Tak pernah secalit pun ia padam di hati bernyawa ini. Merekalah kawan - kawan bangmir dan team dekbet. Rindunya kami pada u all. Terima kasih buat anda kerana mencipta kenangan buat bangmir dan rakan - rakan. Insyallah kami akan bangun semula. Cuma tunggu dan nantikan kemunculan kami semula. Doa anda kami perlukan...... bukan untuk seketika tetapi buat selamanya.....

Yang Benar
bangmir
Penulis blog...