Friday, July 28, 2006

JOM GI MERSING LAK

( Gambar ini diambil semasa kami sedang bersiap sedia untuk xpdc dari Perak - Pahang ) Jururawat pun join sekali dengan team kami.

Assallammualaikum...


lepas balik dari xpdc Perak - Pahang minggu lepas. Hari ni 28- 30 Julai 06, team kami ke Mersing lak sebab kena bantu handle Kem Remaja Gerakan Belia 4B Serting Ulu. Cayalah Hanip Dekbet sebab wat kat situ. Budak2 bayar cuma Rm20 untuk 3 hari 2 malam siap makan,chalet,kemudahan belajar,jurulatih dan BBQ. Tks Hanip sebab bukak sikit penyertaan kat budak2 kg bangmir Serting Tengah. So nantikan gambar2 menarik kat situ. Bangmir lak kebetulan nak balik Tioman. So bolehlah Tumpang sekali join program. TKS..... Hanip ?Dekbet.

Wednesday, July 26, 2006

SUSULAN MENU XPDC

Gambar ini semasa kami berada di Sekolah Rendah Pos Bersih Slim River Perak. Kami bermalam di sini. Petangnya ada game sumpit - menyumpit dengan penduduk orang asli kat situ. Ik man dan Doktor Aidil turut serta permainan itu. Team kami jugak menang dalam permainan masukkan bola dalam bakul. Cayalah.... Team kami jer yang tak pasang khemah. Kami lepak tepi coridor depan kelas. Sian tengok budak2 nie. Bukan apa ,khemah ada tapi semua pemalas nak pasang. Sampai urusetia2 perak siap tanya kenapa kami tido depan coridor kelas jer atas simen. Sejuk katanya.
. Baik Btul dioorang nie. Selalu ambik berat tentang peserta2. Lain2 team tidor dlm khemah kat padang. Malam tu kami wat kenduri kit sebab menag moto power root . Adik tu Ketua Jurulatih Pos Bersih. Garang!.Kami cepat tido .Jam 12.30 semua dah lolap lepas main teka lagu. Lagipun kata Dr Aidil sapa tak tidor nanti Cicak Gigit. Ambik dia...Takut! Takut !. Pagi ,lepas solat berjemaah ngan team Jempol jam 6.30 kami kena kumpul. So lepas makan barulah gerak.

Tuesday, July 25, 2006

TRANS TITIWANGSA DARI BATANG PADANG - RAUB

Pada 21hb - 23 hb Julai 06 . Seramai 3 orang kuat ARPRM dan 3 orang kuat PROSTAR Jempol telah menyertai Prostar Rain Forest Challenge 06 dari Perak ke Pahang melalui Banjaran Titiwangsa. Apapun Tahniah diucapkan kepada si Aidil sebab...bgmir rasa ini first time kau join program bercorak xpdc berbanding sebelum ini. Sepanjang perjalanan xpdc redah banjaran titiwangsa tu selama 10 jam ...nampak gaya macam hepi jer,tp tak tau lak bangmir kok ekau ado berungut dalam hati menyesal sebab terikut bangman kau tu. Bagi Nor ...mungkin kacang bagi dia sebab bab hutan nie dia memang dah biasa mcam ucop ( tak bayar yuran ). Fahmi lak...nyaris - nyaris sangkut patah balik sebab awal perjalanan dia dah mula pancit. Tapi lepas dia dah dapat makan nasi bungkus tengahari kat Batu Hidang ..amboi2 dengan kami2 nie semuanya dia tinggalkan. Laju jer jalannya. Tak tau lah kok dio ado ambil streoid kor masa dalam hutan tu ke sepam dua pam. Apapun team kami ni banyak yang dah boroi2 tapi masih kuat dan bertenaga. Nampak luaran jer macam tu.Bab Camping dan berekreasi memang bersemangat. Apapun kami respek kat orang Prostar Perak sebab bab rekreasi ni memang diaorang minat giler. Kami ingat budak sekolah yang join tapi kebanyakan peserta adalah terdiri drpd golongan veteran dan otai kesihatan. Elok bebenar lah dio orang duduk kat KESIHATAN tu. Sihat memanjang yerk. Gambar Si Aidil tu memang dah penat giler. Kami hari khamis petang dah bertolak ke perak. Sampai di Tapah, Alhamdullilah En. Isa benarkan kami tidur di Pejabat Pentadbiran Kesihatan Tapah. Aidil siap pakai kasut getah masa tido sebab nyamuk banyak kot.. sian2x....

Sunday, July 23, 2006

Prostar Rain Forest Challenge 2006

Xpdc Trans Titiwangsa Slim River ( Perak ) ke Raub ( Pahang )

Assalammualaikum.....
Bebenar letih yob berjalan dari Perak ke Pahang berjalan merentas hutan melalui banjaran titiwangsa selama 10 jam lamanya. Bayang la komer jalan dari jam 8.15 pagi tang perak sampai ke pahang jam 6.46 petang.. Macam tak caya lak, komer jalan kaki dari perak ke pahang ikut hutan. Apapun memang best..... Ik Man, Aidil,Fahmi Besar,Ucop ( Takbayar yuran ) dan Nor akhirnya berjaya gak sampai ke pahang. Cabaran tu taklah banyak sangat tapi team kami ni...memang famous sebab kami jer 6 orang mewakili n9.Semuanya tang jempol. Apapun syabas kepada En. Iser Prostar Tapah Perak dan semua jawatankuasanya kerana berjaya menganjurkan progam yang terbest nie.... Wow ramai tul yang join. Lebih 130 orang ikut.
Perjalanan memang memenatkan. Tapi kami ada bawa 3 buah radio idup tu so memang ceria jer sepanjang perjalanan kami. Agaknya team kami ni memang hiruk bebenar. Gelak jer. Sebab itulah team2 perak takleh join kami kot.Tapi hiruk2 kami nie memang suka bebenar tolong orang. Ialah sifat nie memang dah tanam dalam diri team kami semua. Ringan tulang memang prinsip team kami. Itu baru separuh jer pegi. Kami bernasib baik sebab dapat tolong buat dan angkat strecer (pengusung ) sebab ada peserta yang injured. Apalagi pantang orang meminta tolong budak2 nielah yang sanggup menebang pokok dan mengikat dan mengusung pengusung tu. Nasib baik adik tu perempuan dan ringan jer. KAlau sebesar Fahmi sure kami pk 2 kali nak angkat. Apapun bagi kami ia sesuatu yang biasa dan satu pengalaman yang bagus. Kami memang tau dah, banyak pengalaman yang kami tengok kalau bab nak angkat pengusung nie.. agak sukar nak cari orang yang tul2 sanggup. Apapun Abah dan Pakcik komando...memang kami respek. Walaupun dah senja tapi masih sanggup membantu kami. Sian kami tengok dia lak yang tolong angkat sama2 walhal ada geng lain masa tu. K lah. Banyak gmbar kat kamera Ik man. So nanti eser downloadkan. Penatlak rasanya...so nanti sambung balik story.bye...

Tuesday, July 11, 2006

XPDC PROSTAR PERAK - PAHANG

Assalammualaikum salam arprm..

IK Man info bahawa dia akan menyertai xpdc tersebut kerana ISO untuk jabatan dia dibuat lepas tarikh xpdc. So sesiapa Team Dekbet atau sesiapa yang berminat bolehlah hubungi bangmir . Tarikh 21-23 Julai nie. Xpdc dari Slim River Perak ke Raub Pahang. Bayaran untuk sertai xpdc tersebut RM20 jer. Tapi itu cuma bayaran pendaftaran kat penganjur je (Prostar Perak ).Macam pengangkutan dan belanja lain macam kita dari n9 ni kenalah siapkan duit sendiri.Dengar crita mereka akan bermalam kat perkampungan orang asli dalam hutan. Sure Best.... tu... Jangan lupa bawa kamera lak. Cepat sikit info kat bagman kalau nak g ya. 013 6050858.
( Gambar - Air Terjun Berkelah - Cantik tul lah ... )

Monday, July 10, 2006

RAKAN MENULIS

Mesej Tang Fahmi
ASsaLaM semua rakan-rakan di semenanjung..semoga muhibbah ba..saya nak review balik pasal berkelah hari tu..walaupun dah dkt 3 minggu berlalu, tapi ada satu cita menarik untuk di kongsi..tajuknya"MIMPI FAIZAL" namun begitu, masa tak menginzinkan untuk cite pada b.mir dan rakan-rakan dalam blog ni. insyaALLAH dlm masa terdekat nie untuk kita kongsi bersama dan hayat..ws

Sunday, July 09, 2006

JOM SMS

Assalammualaikum......
Kak Ani Maybank ...... ( Cap Gimau )... sebab kau punya pasal, so bangmir pun masukkanlah ruangan untuk Chat Sms. Tapi kalau nak kutuk kena tulis pendek - pendek je. Nak kutuk panjang kenalah gunakan ruangan komen tu.Hairan gak macam mana kau seorang jer tak leh masuk bagi komen...Ada niat jahat kot. Wah semenjak akak Ani kau bertukar kerjaya nie .....lama tul dia tak jengok arprm jempol. Last cuma masa hantar kami xpdc dabong kelantan tu. Pastu manjang BC jer. Kak Atun pulak jangan harap nak jenguk kami nie. C Buk dengan menziarahi kawan kawin jer....ehem3x.... Renjer ucop pulak .....la...hai lama tul kau duk dalam hutan tu... langsung tak nampak2. Apapun tks walaupun u all dah kurang kit join program arprm jempol tapi selalu call bertanyakan program and aktiviti kami..... Oh ya mengenai xpdc Perak - Pahang tu... Comfirm takleh ikut sebab kepala kantor Prostar Ik Man tah leh join sebab ado ISO... So ser balik ke N9 nie...sure lepak jer sambil menyapu sampah ,potong gumput dan berkemas rumah ( macam nak Rayalak ). Apapun insyallah eser akan buat perjumpaan untuk anak2 ser arp tu. Lama tul diaorang tak jumpa saya. Makumlah anak2 baru kesemuanya. Bagi peserta Arprm jempol yang lama rajin2lah datang ke kompleks... tgk2 program kot2 leh join. Memang di akui semenjak ser tercampak kat sini memang susah saya nak wat perjumpaan bulanan atau aktiviti mingguan macam dulu2. Semoga u all suksess dengan pelajaran. Exam nak dekat nie.... Jangan asyik c buk AF jer.... K... Assalammualaikum....

Saturday, July 08, 2006

Program Xpdc Perak - Pahang Prostar Ipoh

Assalammualaikum....
Wah ada dengar Prostar Daerah ***** Perak nak wat xpdc dari Perak ke Pahang ikut Hutan. Syok tu. Dengar cerita pada 21hb - 23hb Julai 2006. Sure mencabar tu... Nak jugak follow program2 orang nie. Nampaknya kena jogging + senam2 kalau nak join xpdc nie. So Ik Man macam mana. Kau pun nak join tak . Dongar cerito kau berkursus berhampiran ngan tempat eser nie. Tapi eser bercuti hujung bulan ni la pulak....emmmm macam mana tu... Takleh anjakkan ke tarikh xpdc tu... Bukan apa kebetulan bulan julai ni kita takdo program. So bolehlah bantu program orang pulak.... Sebelah tu adalah gambar Air Terjun Berkelah Maran yang kami pergi tempoh hari. Baru2 ni Faizal n Fahmi sms ...diaorang kata kat batu2 tu ada satu tulisan macam ALLAH ( Jawi ) semulajadi. So kebetulan lak 2 gambar yang dimaksudkan tu takda pulak dalam simpanan ( No 54 & 55 ) saya. Hairan gak. Macam mana eser boleh miss dua gambar tersebut. So bila bangmir balik N9 sok barulah bangmir akan downloadkan untuk sama2 kita hayati kebesaran tersebut. Manakala gambar bawah nie ialah semasa kursus PRS Prostar Jempol kat Hutan Simpan FRIM Pasoh 2 NS. Nanti bangmir akan ceritakan sedikit mengenai keindahan dan keistimewaan FRIM ini. Paling yang best u all boleh mendaki Jambatan Gantung terpanjang di ASEAN. Lebih panjang dari Jambatan Gantung kat Taman Negara Pahang. So u all boleh capai pucuk2 kayu hutan..... best tul lah....

Thursday, July 06, 2006

SIAPOLAH KITO

Assalammualaikum dan salam ARP....

Ado jugak yang tanyo kat ser... Apa itu arp dan siapakah team ini. Oklah bagi menjawab soalan ini eser rasa seeloknya bangmir yang jawab ya.( bagi mic to kat bangmir )... Arprm ini adalah satu badan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Ia adalah satu komponen dari matlamat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi melahirkan lebih ramai remaja yang aktif secara sukarela. Sonang cerito. Kat sekolah ada kalanya ramai pelajar yang aktif tapi tak menonjol sangat. Bila time bersukan,berpesatuan,berkelab,bantu buat kerja - kerja gotong royong , dia ni mesti tak miss, selalu datang join. Tapi yang tak bernasib baiknya dia nie taklah menonjol sangat di kalangan yang menonjol dan terkenal di sekolah.. oleh sebab itu KBS mewujudkan Anugerah bertaraf Antarabangsa ini di malaysia agar dapat memberi peluang kepada mereka2 yang rajin nie. Sebenarnya banyak tempat dah menubuhkan badan ini. sila lawat ruangan PATUT TENGOK kat slot ARPRM. Badan ini ditubuhkan bagi mengiktiraf kebanyakan remaja yang suka melakukan kerja-kerja sukarelawan macam kami ini. Ia terbahagi kepada 4 komponen yang mesti dibuat oleh peserta seperti sukan,khidmat masyarakat,kemahran inovasi dan penjelajahan xpdc ( rekreasi ) .Peserta mesti berumur 14 - 25 tahun. Nak tau lebih lanjut, bolehlah berkunjung ke Pejabat Belia dan Sukan yang berhampiran tempat anda. So macam kami ni dah terlepas. Sebab ramai dah over age. ado tu maleh nak wat sebab malu kot nak join arprm. So diorang pun joinlah team eser ini. Kami nie selalu gak wat program untuk remaja. Buat suka2 jer. Penat, letih, berhabis duit, itu dah perkara biasa. Ado kalonya sanggup gadai cuti sebab nak join sama2 bantu arrange program. Kami wat program sebab tau remaja dan pelajar inginkan aktiviti2 yang berfaedah. Mereka tak tau arah mana nak join program2 begini. Kat sekolah katanya banyak program berlandaskan kedisplinan dan undang2 ketat. So program kami bebas ker?.... Tak !...jangan harap ler...Solat dan hormat menghormati adalah panduan program kami. Cuma kami ini kebanyakannya jurulatih dan Fasilitatornya terdiri dari remaja dan abang2 dan akak2 yang muda dan giler2 sikit. Sporting dan mudah teman tapi mesra. Kami lakukan kerja2 ini secara sukarela sahaja. Rasanya selama ini belum pernah geng2 kami dibayar. Malahan selalunya kami yang bayar bila nak join sesuatu program tu. Kami biasanya meng ofer kat sekolah2 dan sesiapa sahaja yang nak join program kami. Kami selalu berkerjasama dengan PROSTAR ( Program Sihat Tanpa Aids untuk Remaja ) daerah jempol. Malahan penasihat kami En. Rosdi B. Mahmud Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol sentiasa memberi kerjasama dan menyokong segala program2 kami. Selama hampir 1o tahun ini terlalu banyak program dan aktiviti telah kami bantu dan anjurkan. So bagi sekolah2 yang nak wat program tetapi takda sokongan dalam bentuk tenaga kerja,perancangan program,pelaksanaan dan jurulatih bolehlah memanggil kami untuk bantuan. Kami buat kerja2 ini secara ikhlas dan tuhan sahaja yang tahu keikhlasan kami tu selama ini. Kenikmatan, keindahan dan kepuasan membuat kerja2 ini hanya orang2 macam kami nie jer yang tahu rahsianya. Prinsip kami apabila menyertai team ini... ialah jangan berkira sangat bila berkerja, rajin dan ringan tulang,tak tau penat, hormat menghormati, peka terhadap peserta, jangan berlagak sebab ilmu kite bukannya banyak sangat,jangan sombong,sama-sama mula dan sama2 mengakhirkannya. Insyaallah peralatan kami sudah cukup untuk menampung seramai 100 orang peserta kalau nak bercamping,ber xpdc dan mengadakan kem. Apapun abangmir begitu berbangga dengan rakan-rakan sukarelawan ni yang banyak membantu menjayakan program bangmir mahupun Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol khususnya secara FREEEEEE jer.....

Saturday, July 01, 2006

CORETAN DARI RAKAN

Aslam, bang mir, kul bape sampai TIOMAN? mesti sengal-sengal punggung sebab duk atas bot dari Mersing ke Tioman kan?apa taknya 2 jam lebih....kalo nak dibandinglkan, dari batu kikir ke Air tejun Berkelah...hahaha..Hmmm.. minggu ni cite pasai Bekelah je..tapi ese pun tak tak tau ada mamat 4 org dari bangi datg camping kat situ. dia pun x call,sms ke,mms ke sebab diorang x kenal pun kite..hehe..ha Atun xde nk join ke(tanya abah)..ha last mesti g g.Ledang dengn dgn en.rosdi,b.lan,b.mir, hanip,ani kan? ente tau suma tu..hehe..untuk pengetahuan blog ni leh g jauh, lepas ni mintak b.mir masukkan cite macam cite,kelakar,detik cemas,mcm2 lailah, (ese asyik bg cadangan je, buat x nak he)line up sukarelawan n biodata(single ramai lg),modul2, dll)..lepas ni nampaknya b.mir bawa org putih lak g camping,yg dr australia,amerika,pn dah telajak masuk cni..nsb baik doirang x pham..kpd b.man(en. danial) tahniah sebab jmpa blog ni..(rajin2lah bw ktaorg g camping) wlaupun kami ni bkn adik kandung hehehe.. Ha faizal plak, bawk2lah reply coment kt blog ni, jgn asyik begayut jo...sampai minah kt BErkelah tu pun dia nk kebas..( sori zuzanty kalo tebaca) mu nie moku supo liza la kawe tengok..pasa liza ado spare tyre je,kalo dok sebijik mu...k la b.mir kim salam KAD Usop renjer....(bang Mirrrr erkkk)

(From Fami Dekbet )