Monday, June 25, 2007

CD PJKN DALAM PASARAN

Naik muak bangmir kau mengadap komputer seminggu ini. Ini semua gara2 VCD PJKN tu la. So sekarang dua - dua VCD ( VCD PJKN kat KRMJ & VCD Keluarga Angkat ) dah mula dijual. So harga RM8. Bukan apa sebahagian duit akan di sumbangkan ke dalam tabung ARP macam biasa. Bukan apa ura- ura mengatakan ARP akan wat Camping sebelum pelajar - pelajar sekolah exam. Tapi camping suka2 macam sebelum ni dah takdalah tapi kami nak wat Camping Exam la pulak. Lama tul Team Dekbet tak wat kem kecemerlangan pelajar . So Lokasi sudah di kenal pasti. Kami nak sponser cuma 30 orang jer budak2 ARP yang aktif. Perjumpaan untuk bulan depan ( Julai ) mungkin akan di tunda tapi tak comfirm lagi. Tunggu jerlah...sebab ramai Team Dekbet yang sibuk rasanya. Apapun latihan kompang macam biasa tetap ada. Untuk maklumat anda , Badan Operasi ARP Seremban akan wat kursus untuk peserta2nya di Kompleks Rakan Muda Jempol pada 6hb- 8hb Julai ini. Selamat datang ke Jempol di ucapkan..

Wednesday, June 20, 2007

CD PJKN JEMPOL 2007 DAH SIAP


Gambar ni di ambil masa kami gotong royong
di Kg Pachitan. Syok tengok gambar nie, Cuba u all
klik kat gambar nie. Leh tgk saiz besar2
.
Kali ni wat CD untuk PJKN memang merugikan. Kos semuanya untuk buat lebih kurang RM367.00. Kena beli hardisk baru, wayar penyambung baru, tape 4 keping, then kena baiki Laptop sebab format lari ...hai macam2 lagi. Itupun nasib baik IK Man beri pinjam VideoCam dia sebab Videocam bangmir dah rosak masa akhir PJKN kat Kg Pachitan sebab ramai sangat yang menangis masa hari tu. Malangnya sepatutnya hari rabu dah siap dan2 bila cuba nak edit dekat komputer rumah kat kg En. Virus pulak hentam bangmir punya software Pinnacle. So kena bawa balik ke KL dengan Video2 Cam Ik Man semula untuk copy balik. Sebab terlalu banyak sangat gambar dan video menarik so bangmir tak tau nak cut. Kalau cut nanti jadi tak best. Banyak betul memori indah bila tengok CD tu. Wat masa ini kami ada 3 CD. 2 CD untuk Video ( PJKN kat KRMJ dan PJKN kat Pachitan ) dan 1 lagi CD untuk gambar2 sahaja yang di ambil mengunakan Kamera Digital. Ada 700 image/gambar tu beb. Harga CD Video satu RM8 dan CD Gambar RM5. So kalau nak hari SELASA 25hb Jun 2007 ingat siap kot. Kalau nak calling2 bangmir yer. Separuh duit tu kami masukkan macam biasa ke Tabung ARP. Bukan apa senang nak wat camping lain kali. Ok

Monday, June 11, 2007

Kolokium dan Konvensyen PROSTAR Kebangsaan 2007


Pada 8hb - 11hb Jun 2007 berlangsungnya Konvensyen PROSTAR Kebangsaan 2007 di UPM Bangi Selangor. Kali ini, PROSTAR Selangor menjadi tuan rumah untuk acara tersebut selepas Kuala Lumpur pada tahun 2005. Bagi PROSTAR N9 kami bersyukur kerana Peserta PROSTAR N9 ( PROSTAR Jempol ) telah memenangi Anugerah Bintang PROSTAR Kebangsaan 2007. Anugerah itu sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan PROSTAR MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia kepada ahli yang aktif dalam melakukan kerja2 kesukarelaan tanpa ada had sempadannya, manakala PROSTAR Seremban pula telah mendapat Juara dalam kategori Anugerah Inovasi Pendidikan Kesihatan Remaja 2007. Apapun untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang masam manis dan cerita - cerita sensasi Konvensyen tersebut jangan lupa klik pada www.kelabprostarjempol.blogspot.com . PROSTAR N9 mengucapkan ribuan terima kasih kepada PROSTAR Selangor kerana memberikan layanan baik kepada kami sepanjang program itu berlangsung.

Friday, June 08, 2007

Komen Bekas Peserta PKSN 2003

PJKN tue ingatkn saya pd PKSN yg dulu.. memang tak rugi bg sesiapa yg pergi., buktinya saya still gunakn ilmu yg saya dpt dr PKSN hingga kini.. mmg terbuktila program ni mmg meninggalkan kesan kpd setiap peserta.. pengalaman, ilmu dan pengajaran yg diperolehi mmg amat bererti. terima kasih utk semua tenaga pembimbing, pengajar dan boleh jg dikatakan sbgi pendidik yg tdk pernah rasa penat dlm melakukan program2 yg begini. Harapannya, semangat mcm ini tidak pernah padam dan akan ada lebih bnyk lg program2 yg lbh menarik di masa hdpn.. apa yg saya pasti, saya amat berterima kasih kpd PKSN untuk kenangan, pengalaman dan ilmu yg amt berguna walau saya berada di mana pun jua.. Allah mempertemukan saya dgn sesuatu yg bermanfaat dan amt berguna.. semestinya amy bersyukur. semoga sentiasa success dlm apa jua perkara. salam untuk semua.
From,
Bekas Peserta PKSN Lui Barat...

Klik pada http://gstarzarm.multiply.com/ ruangan dari abang SAM pasal PJKN