Sunday, December 30, 2007

Klinik Memanjat Tembok Tiruan Arp

( Kibal bakal kontraktor Lap Cermin Tingkap Bangunan Yang Kaya 2015 )

Assalammualaikum,
Wah agak lama juga , bangmir tidak menulis cerita- cerita sukarelawan mahupun program Arp ataupun Rakan Muda Jempol. Apapun ARP Jempol macam biasa memang sibuk dan sentiasa aktif dengan program2 untuk pesertanya. Tambahan pula semenjak hujung2 tahun ini, banyak pula kerja2 sukarelaan yang hendak di buat. Semalam juga beberapa orang budak ARP terlibat membantu secara sukarela menyediakan persiapan Program AutoShow Jempol dekat Kompleks Rakan Muda Jempol. Itulah bertuahnya budak2 ARP Jempol yang memang tidak ketandusan program. Manjang ada jer xtvt setiap bulan. Rasanya dah naik muak budak2 Arp join program2 Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol kan. So bagi yang belum join lagi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di tempat anda. Apa lagi beb, sekiranya anda berumur 14 - 25 tahun , Jangan berlengah lagi, cepat pergi ke Pejabat Belia Dan Sukan Daerah masing - masing atau Kompleks Rakan Muda yang berhampiran dengan anda. DAFTAR !. Bukan apa, kalau u all dah Join ARP di tempat masing - masing, Anda akan senang mengetahui program-program terkini Rakan Muda.Macam di Jempol. Kalau takda program dari Pejabat Belia dan Sukan Jempol, Badan Operasi Arp Jempol pulak yang buat program. Bosan kalau takda program ini. Sebab itulah bangmir selalu buat program untuk u all. Hari ini 30hb - 31hb Disember 2007 , Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol pula telah menganjurkan Klinik Memanjat Tembok Tiruan Siri 2 yang pesertanya adalah budak2 ARP Jempol sahaja. Yang bertuahnya klinik kali ini, peserta dapat mencuba abseiling dari Tangki Air kat Kompleks Rakan Muda dan rasanya inilah pertama kali abseiling di buat di situ. Ini semua cetusan idea daripada En. Rosdi pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol yang memang gemari xtvt2 lasak begini. Wah bertuah yer u all ya dapat main abseiling tu. Mesti best dan ada yang gayat. Tambahan pula ramai yang belum pernah merasai xtvt abseiling ini. Itu kira satu bonuslah pada u all kan. Peserta juga bukan didedahkan dengan xtvt abseiling malahan mereka diajar tentang alatan2 mendaki,tips2 berguna, cara2 mendaki tembok tiruan dan sebagainya. Lagipun instruktor yang mengajar, bangmir tengok memang sempoi dan best. Tak silap Bangmir antara nama pendek jurulatih ialah Jimy, Botak , Wan , oi n dan Chat. Difahamkan juga selepas makan tengahari dan solat zuhor, mereka akan belajar cara2 mendaki tembok tiruan pula. Wah rugilah bangmir takdapat join sebab terpaksa balik ke KL petang itu juga kerana esok ada kelas exam untuk para peserta kursus bangmir. Kalau tidak, nak jugak join.Apapun syabas pada yang join program tembok tiruan kali ini. Apapun bangmir perasan juga ada beberapa orang budak ARP yang selalu aktif dengan kami yang tak join program kali ini macam Nawi, Izan,Izat,Aslam,Farah,firdaus,liza dan Chikin. Entah manalah diaorang pergi agaknya. Susah betul kalau nak kumpulkan budak2 nie sekali. Rasanya pergi rumah kenduri kot. Takpalah lain kali boleh join ok. Rasanya dengan adanya Klinik Tembok Tiruan ARP maka berakhirnyan xtvt ARP Jempol untuk tahun 2007 sekaligus ia penutup diari dan tirai 2007. Bagi bangmir, jutaan terima kasih diucapkan pada semua peserta2 arp ,remaja dan belia Jempol yang telah menyertai program ARP , Rakan Muda mahupun Program2 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol. Harap tahun depan kita rangka banyak lagi program yang best2 ok. Pada budak2 ARP Jempol pula harapan bangmir engkau orang jangan pulak hilang lepas nie yer. Selalu - selalulah jenguk kami kat Kompleks Rakan Muda Jempol. Insyallah kita akan stat semula perjumpaan pada bulan Februari 2008.Bangmir dan rakan - rakan Dekbet dah plan banyak program2 menarik untuk tahun 2008. Tambahan pula En. Rosdi dah beri lampu hijau untuk buat xpdc di Gunung Ledang ataupun Gunung Irau Brincang Cameron Highland. So jangan tak join. Assalammualaikum.

Saturday, December 29, 2007

Salam Takziah Kpd Pengarah Belia & Sukan NS

Assalammualaikum,

Semalam,bangmir telah menerima SMS daripada En. Rosdi Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol. Dalam SMS tu , beliau memberitahu bahawa anak lelaki En. Baharuddin Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sembilan iaitu Syafiq telah meningal dunia di Singapura kerana penyakit Leukimia. Sedih juga kami di sini mendengarnya. Rasanya bangmir pernah terserempak dengan syafik masa dulu2 kerana aruwah selalu juga follow ayahnya. Apapun bangmir dan rakan2 Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol ingin merakamkan Ucapan Takziah kepada En. Baharuddin atas kehilangan anak yang di sayangi itu. Semoga rohnya di cucuri rahmat hendaknya. Bagi semua pembaca blog ini, marilah bersama2 bangmir sedekahkan AL-Fatihah kepada Aruwah Syafiq semoga beliau di tempatkan bersama2 orang yang beriman. AL - FATIHAH.....

* Kejadian ini juga telah mengingatkan bangmir peristiwa 6 tahun lepas, di mana setiap hari, rakan sekerja bangmir iaitu Akak Mai selalu membawa anak buahnya ke tempat kerja. Wajah budak lelaki yang berumur 12 tahun tu memang berseri2 kalau dipandang.Bangmir pun tak tau kenapa.Setiap kali bangmir hendak solat, mesti Kak Mai akan menyuruh anak buahnya itu berjemaah dengan bangmir bersama2.Anak buahnya itu memang suka bersolat dengan bangmir setiap kali tibanya waktu sembahyang. Tapi bangmir masa tu hairan setiap kali beliau rukuk' dan sujud mesti ada kedengaran sesuatu bunyi yang pelik. So bangmir pun tanya pada beliau Kenapa tulang Arif ada bunyi2?. Dengan wajah seri dan senyumnya itu , beliau mengatakan dia ada penyakit. Tapi diapun tak tau. Beliau juga selalu bertanya pada bangmir , apakah yang kita dapat kalau kita selalu bersolat. Tapi yang paling bangmir ingat sekali dia mengatakan sekiranya Arif mati nanti , Arif kalau boleh nak dalam kubur sejuk. So bangmir pun bertanyakan kepada Kak Mai kenapakah tulang Arif ada berbunyi2 setiap kali rukuk masa bersembahyang. Kak Mai dengan nada perlahannya memberitahu bahawa Arif tidak lama hidup kerana beliau mengidap Leukimia. Arif pun tidak tahu perkara itu. Tersedu bangmir mendengarnya. Rasa mcam nak rebah. Kenapalah budak yang sebaik macam ini, tuhan sangat sayang padanya. Namun sekarang , Arif yang 6 tahun lepas sudah tiada lagi untuk selama - lamanya. Maafkan bangmir Arif kerana bangmir tidak dapat melawat Arif di saat Arif dalam keadaan Nazak pada penghujung Februari 2001. Semoga Arif dan Syafik di tempatkan bersama2 orang yang beriman.

Monday, December 24, 2007

Jom Kenali Team Dekbet

Kami di Pusat Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol ingin merakamkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2008. Semoga u all rakan2 Unit sukarelawan Rakan Muda Jempol tidak putus - putus berganding bahu bersama2 Team Dekbet membantu menjayakan program - program Rakan Muda dan Program Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol bagi tahun 2008 pula. Tak lupa juga bangmir ucapakan ribuan terima kasih kerana banyak membantu menjayakan segala aktiviti2 Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol. Harap tahun depan kita dapat menghasilkan lebih ramai lagi penerima Gangsa , Perak dan Emas pula okey. Terima Kasih Buat Semua Rakan - Rakan Sukarelawan Bangmir. Bagi budak2 ARP Jempol , anda juga boleh menjadi Team Dekbet. Syarat2 untuk join, rasanya bangmir dah info kot. Yang Penting rajin dan tidak bekira apabila melakukan sebarang tugas yang diamanahkan. So nak kenal kawan2 Dekbet bangmir. Jom klik kat bawah tu yer

Sunday, December 16, 2007

Kem Gaya Hidup Rakan Muda

Alhamdullilah.... syukur akhirnya program yang dihadiri oleh Penerima Gangsa dan Perak ARP 2007 ( sebagai hadiah ) dan remaja Serting Ulu dapat juga dilaksanakan. Memang pada permulaanya program ini sepatutnya diadakan di Pantai Pasir Lanun, Peyabung Mersing Johor tapi disebabkan banjir besar pada 12hb di Muadzam dan beberapa jalan raya untuk ke kawasan tersebut maka program telah di alihkan di D' Nelayan Beach Resort Sg. Tuang Melako. Masih ingat lagi bangmir , raut wajah budak2 nie muncung jer apabila program di Pantai Pasir Lanun dibatalkan dan rombongan terpaksa berpatah balik ke Jempol. Masam jer. Takdo yang senyum. Bayangkanlah masing2 dah happy nak pergi ke situ akhirnya terpaksa balik ke Jempol. Sapa tak tension. Namun, Cikgu Azman ( penyelaras program ) tidak mahu menghampakan peserta, maka beliau dan semua facy2 telah menelefon mana2 pusat latihan yang masih ada kekosongan terutama di Port Dikson dan Melaka sebagai plan alternatif. Bangmir pula tak berani nak info kat para peserta mengenai planning tersebut di khuatiri plan alternatif itu tak jadi , maka kami yang di dalam bas itu hanya berdiam diri sahaja. Tapi para peserta dah rasa lain macam jer sebab kenapa bas menuju ke Palong sedangkan bangmir memberitahu bahawa program akan di adakan di Kompleks Rakan Muda Jempol sebagai alternatifnya. Namun apabila mereka dah nampak papan2 tanda yang menunjukkan arah ke Melaka, Wah muncung yang panjang dan wajah yang masam tu dah bertukar ceria sedikit walaupun mereka tak tahu kemana bas ini akan membawa mereka pergi. Namun akhirnya impian mereka menjadi kenyataan untuk berkursus di tepi pantai kerana akhirnya bas telah berhenti D' Nelayan Beach Resort Melaka. Semua happy macam tak percaya jer. Apapun terima kasih kepada Pegawai Belia dan Sukan Jempol En. Mohamad Rosdi kerana telah mengaturkan perjalanan kami ke situ..... Syoklah mereka. Pada hari akhir sebelum kami balik ke Jempol, Bangmir dan barisan urusetia telah membawa mereka berjalan2 ke Zoo Melaka di mana kos tiket ditanggung oleh Cikgu Azman dan ARP Jempol. Terima kasih diucapakan kepada Gerakan Belia 4B Serting Ulu dan semua fasilitator terlibat iaitu Abang Hanip Dekbet, Abang Fami ( B ), Kak Rosma , Pak Kom Asu ,Abu Hensem, Hanip Arp, Kak Nurul, dan Urusetia 4B Serting Ulu kerana sama2 membantu menjayakan program ini dengan berjaya. Apapun kami barisan urusetia terhibur dengan semua program2 dan acara yang dirancang dan dibuat sendiri oleh para peserta kerana kem ini melatih para peserta menguruskan program2 dan slot Rakan Muda sebagai praktikal amali untuk di praktikkan di tempat anda nanti. Maaflah kalau kami ni, kekadang macam budak2 okey. Maklumlah facy2 pun terpaksa jadi peserta apabila kebanyakan slot diambil alih oleh para peserta. Maka inilah masa untuk mereka membuli facy dan Pak Kom diaorang. Memang kami kena cukup2 dengan diaorang nie. Apapun kami terhibur dengan slot yang u all handle tu. Nak tengok xtvt program klik kat ' xtvt terkini arprm '

Perhatian kepada Penerima Gangsa / Perak 2007 :
Satu perjumpaan kepada semua Penerima Gangsa/ Perak ARP 2007 akan diadakan pada hari Isnin, 17hb Dis 2007 jam 10.30 pagi di Kompleks Rakan Muda Jempol. Sila info pada semua penerima Gangsa/ Perak. Oh ya, hari ini juga Ahad 16 Dis 2007 peserta ARP Jempol satu bas buat Khidmat Masyarakat kat Kampung Tengkek. Kerja baik2 okey. Sori bangmir tak dapat serta sebab ado program lain.

Sunday, December 09, 2007

Tahniah ! U Are The Best

Bangga ! Bangga ! Bangga !. 3 perkataan ini sudah cukup untuk bangmir gambarkan betapa gembiranya bangmir apabila anak2 buah bangmir yang memang disayangi di kalangan Rakan Muda Jempol akan menerima Pingat Perak dan Pingat Gangsa Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Malaysia. Terima kasih banyak2 bangmir ucapkan pada adik2 bangmir sebab hampir 8 bulan u all bertungkus lumus menyiapkan kesemua komponen ARPRM yang telah disyaratkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Puas hati bangmir bila dengar u all akan dapat pingat tersebut . Tetapi malangnya ini adalah kali ke 2 bangmir tak dapat tengok u all naik ke pentas pakai baju cantik2 terima anugerah tersebut. Sayang seribu kali sayang sebab bangmir kerja. Lagipun majlis ini di buat terlalu cepat sangat hinggakan tak sempat nak minta cuti. Mana tidaknya dan2 jer ada majlis penyampaian anugerah. Takpalah yang penting u all dapat pingat tersebut. Buat Naim dan Izat terima kasih banyak2 untuk Pingat Perak tersebut. Mr Ong, ARPRM Bahau. Bangmir ucapkan Syabas dan Tahniah sebab dapat hasilkan seramai 40 orang Pingat Gangsa. Terima kasih buat Dekbet Team, Cikgu2 Sekolah, Mentor2, dan semua yang terlibat. Inilah hasil yang kita perolehi setelah bersusah payah bersama budak2 ini untuk berikan mereka satu kejayaan. Pada semua penerima Anugerah esok 10hb Dis 2007 di Seremban 2 iaitu peserta ARP Negeri Sembilan. Tahniah bangmir ucapkan. Untuk budak Jempol pula yang akan mengambil Anugerah tersebut atas pentas nanti , jangan lupa ukirkan secebis senyuman untuk bangmir ya masa ambik anugerah tersebut walaupun bangmir takda Ok. Kauorang memang best lah.....Tahniah sekali lagi daripada bangmir , Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dan rakan2 Dekbet Team.

Berikut adalah senarai nama peserta yang menerima Anugerah Rakan Muda Malaysia.

Penerima Pingat Perak Anugerah Rakan Muda
1. Mohd Naim B Zahari - SMKASM
2. Muhammad Izzat Abu Zaharian - SMKBBS

Penerima Pingat Gangsa Anugerah Rakan Muda

Sek. Men. Keb. Bandar Baru Serting
1. Putra Mohd Zakir
2. Dzul Fahmi Ahmad
3. Zul Kamal Md Azahri
4. Mohd Saffrizain
5. Amirol Zaiery Nazari
6. Nas Mustaqim Walad
7. Farah Wahida Bt Hasbullah
8. Mohd Zulfadzli B. Mohd Nordin
9. Shairazi Aslam
10. Nurizzati Hassan
11. Nurnabilah Miskam
12. Puteri Aishah
13. Nurhafizah
14. Mohd Shah Rizal B. Md Zamri
15. Muhammad Izzahier
16. Nooraida Farain
17. Irma Suzana
18. Siti Fairus Md Ali
19. Nor Adha Fatihah
20. Nurul Aiman
21. Siti Nor Fatehah Kamarul Baharin
22. Nor Asnawi Anas
23. Norsidah Mohd Amin
24. Norazlina Mohamad

Sek. Men. Kebangsaan Lui Barat
25. Norashikin Bt Zulkifli
26. Norsuhana Bt Buyong
27. Nurhidayu Bt Sulaiman
28. Siti Fatimah
29. Siti Salwa
30. Lily Hamizan
31. Suzana Johari
32. Norazura Ismail
34. Norliza Abbas

Sek. Men. Kebangsaan Bandar Baru Seri Jempol
35. Noorizan Bt Zulkepli
36. Firdaus Shhariman


Sek. Men. Kebangsaan Batu Kikir
37. Muhammad Zulhusni

Sek. Men . Teknik Juaseh
38. Mohamad Iqbal Asyraf B. Tajudin

Saya bagi pihak Pusat Operasi Anugerah Rakan Muda Jempol dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol NS mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada pengetua dan guru - guru yang terbabit dalam menjayakan program ini terutama Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting, Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat , Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol , Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir dan Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Juasseh. Tak lupa juga juga kepada Mr Ong( wakil Bahau ) yang dapat melahirkan ramai pemegang Gangsa.Tahniah .

Saturday, December 08, 2007

Majlis Penganugerahan Anugerah Rakan Muda 2007

Yahooo.....lega hatinya apabila Majlis Anugerah Rakan Muda ini akhirnya diadakan juga pada 10 hb Dis 2007 di Seremban 2. Bangmir dan rakan2 di Pusat Operasi ARP Jempol ini amat berbangga atas kejayaan anak-anak buah bangmir yang dapat membuktikan bahawa hasil usaha mereka selama ini di iktiraf juga oleh satu Anugerah Berprestij Rakan Muda Malaysia. Terima kasih buat semua anak-anak buah bangmir kerana dapat menaikkan nama Jempol. Tak lupa juga pada Mr Ong ARP Bahau kerana telah dapat menghasilkan seramai 40 orang Gangsa pada tahun ini. Alhamdullilah Jempol dapat menghasilkan seramai lebih 80 orang Gangsa dan 2 orang Pemegang Perak. Doa untuk mengeluarkan ramai pemegang Gangsa pada tahun ini di Jempol yang berkualiti akhirnya dimakbulkan juga. Untuk maklumat semua, Pusat Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol hanya memilih mereka yang betul2 berkualiti sahaja untuk layak menerima Pingat Gangsa . Kami mahu mereka puas hati dengan hasil dan usaha kerja keras mereka untuk mendapatkan anugerah ini. Kami mahu Anugerah ini berkualiti dan bukan tangkap muat atau mudah sahaja untuk mendapatkanya kecuali Anda Sendiri Yang Yakin ANDA BOLEH ! Terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Pada adik-adik bangmir yang tidak disenaraikan penerima Gangsa ARP pada tahun ini walaupun sudah menghantar Diari Gangsa, kami jawatankuasa ARP Jempol mohon maaf kerana anda masih lagi kekurangan komponen yang sepatutnya anda siapkan. Pada penerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Malaysia, Bangmir sangat bangga dengan anda . Mana tidaknya u all telah dapat buktikan pada bangmir bahawa anda juga boleh berjaya sekiranya ada kegigihan. Sebab itu u all menjadi anak kesayangan DEKBET Team. Kemana sahaja kami pergi pasti kami akan bawa anda. Pada Izat dan Naim U are my best anak buah. Thanks Pingat Perak for Jempol. Pada semua penerima anugerah sila berkumpul di Kompleks Rakan Muda Jempol pada Isnin 10hb Dis 2007 jam 11.30 pagi. Bas akan bertolak jam 12.00 tghr di lokasi berbeza. Pada peserta ARp Mrs Ong pula diharap berkumpul di Pasaraya Sakan Bahau.Sila berpakaian baju formal dan kemas. U are my Best dik. Tks.....

Tuesday, December 04, 2007

Senarai Peserta Ke Rompin Pahang

Bangmir menerima banyak pertanyaan mengenai trip ke Rompin Pahang. Untuk maklumat semua. Abang Hanip cuma beri seat seramai 15 orang sahaja budak ARP untuk ke Program Kem Gaya Hidup Rakan Muda di Tanjung Penyabung Rompin Pahang pada 12hb - 15hb Dis 2007 ni. So bangmir hanya memilih peserta ARP yang telah menyiapkan semua komponen dan menghantar Buku Diari Gangsa kepada kami sebelum bulan Oktober. Lagipun bangmir dah info awal2 lagi kan mengenai keistimewaan siapa yang dapat menyiapkan awal Buku Diari Gangsa ARP tu. Nak jelas lagi sesiapa peserta yang mengikuti Kem Motivasi ARP 2 bulan lepas dan telah menerima Baju Rakan Muda warna hitam tu, peluang untuk mereka sertai program ini adalah cerah. So bagi yang lain janganlah berkecil hati, lain trip mungkin nama anda pula akan naik. Bangmir terpaksa gilir2kan kerana nak adil okey. Bagi yang dapat pergi, tahniah. ( Hai semenjak PBSD Jempol buat banyak2 kursus ni, ramai pulak mat & minah gian kursus wujud kat Jempol ni. Hari2 tanya program ) sila klik di sini untuk mengetahui senarai peserta yang terpilih " Senarai Peserta Ke Kem Gaya Hidup Rakan Muda "

Program Y2Y Rakan Muda Dun Jempol

Pada 25hb - 27hb Nov 2007 selang sehari kami buat xplorace maka berlangsung pula Program Y2Y Dun Jempol yang di sertai seramai 126 orang. Program ini masih di buat di tempat yang sama tetapi pihak PBSD Jempol telah menyewa 2 tempat berasingan iaitu bagi dewasa 20 tahun keatas, peserta di tempatkan di Kemunting Beach Resort dan Peserta bawah 20 tahun mereka akan menginap di D' Nelayan Beach Resort Pengkalan Balak. Banyak slot di kendalikan oleh konsultan yang telah dilantik oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan ( lupa pula bangmir apa nama konsultan tu ). Mereka adalah pakar2 kaunseling. Apapun pada Paklong ( juruhebah Radio NS - Suara Felda ) dan Cikgu Azmanmewakili facy Pejabat Belia dan Sukan Jempol u all pun hebat juga sampai terbahak2 budak di buatnya.Apapun tahniah kepada peserta kerana menunjukkan minat pada kursus tersebut. So kalau ada program jangan lupa join . Selalu2 lawati web ini untuk mengetahui program2 terkini okey. Oh ya bagi buat masa ini bangmir tak dapat menyediakan laporan Y2Y Dun Palimen yang diadakan pada 17hb- 21hb Nov 2007 di tempat yang sama kerana kebanyakkan gambar tidak dapat di muatkan ke blog bangmir kerana teknikal.Mungkin u all boleh baca laporan di Web Bdk2 Arp , itupun kalau mereka ada kesempatan untuk tulis. Harap Maaf. Lagi pun minggu ini , bangmir dan Team Dekbet akan ke Langkawi bermula hari ini hinggalah 8hb Dis 2007 sempena Program Lawatan Belia. So kebetulan pula LIMA DE LANGKAWI berlangsung masa tu. So kami akan berehat seketika dengan laporan2 Rakan Muda Jempol. Jumpa Lagi...Chau....

Xplorace Cabaran Rakan Muda Jempol

Tahniah kepada pemenang Xplorace Cabaran GayaHidup Rakan Muda pada 24hb Nov 2007 tempoh hari. Ganjaran RM500 tempat pertama rasanya berbaloi setelah berhempas pulas mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan untuk menghabiskan 7 cabaran Gaya Hidup Rakan Muda yang telah disusun oleh jawatankuasa xplorace Pejabat Belia dan Sukan Jempol. Setiap checkpoint telah disediakan ujian dan penalti. Mula2 u all kena susun paper, then kena panjat tembok tiruan , berlari macam orang tak betul untuk pergi ke petunjuk 7-11 sambil mengangkut sampah2 mengikut 3 komponen alam sekitar, then bersukan, terpaksa pulak bersilat dekat supermarket sememangnya pagi itu orang ramai, di ikuti menari zapin dengan berpakaian perempuan di pasar - sure malu giler kat situ sebab makcik2 ramai beli sayur. Bukan setakat itu sahaja u all kena masak burger dah habiskan serentak, then berlari lagi ke Kebun Buah Naga untuk buat khidmat masyarakat dan akhir sekali terpaksa pungah taik kambing manakala separuh ahli pula terpaksa perah susu kambing....he..he..he.. Sebenarnya kalau nak diikut perancangan awal, bangmir nak buat lagi teruk daripada itu tapi disebabkan peserta terlalu ramai hampir 100 orang, maka dengan nasihat Pegawai Belia Dan Sukan Jempol En. Mohamad Rosdi maka bangmir dan abang aidil memendekkan perjalanan dan ujian tersebut. Terima kasih kepada semua urusetia Dekbet iaitu atan, intan, edie, piloi, naim, izat, Fahmi B, Kakngah, Moja, CT, Bangman, dan Kak Ani. Tak lupa juga pada rakan2 lain iaitu Makcik Normah ,Penari Profesional kami iaitu Aslam ARP dan kawannya itu dan Jurulatih2 Silat Undangan kami. Oh ya kepada Pakcik Anoi dan team ...Tima kasih banyak2 kerana benarkan kami menggunakan Kambing dan Kebun Naga. Akhir sekali pada Penyelaras Cabaran Rakan Muda Jempol iaitu Penggerak Rakan Muda PBSD Jempol, Kak Rosma terima kasih banyak2 kerana benarkan bdk2 ARP bangmir join. Tahniah diucapkan pada pemenang kerana bersusah payah namun lega kerana menang . Hadiah tempat pertama ialah RM500, Kedua RM300 dan Ketiga RM200. Setiap pemenang juga akan menerima Pingat dan T-Shirt.
( Pada Geng Naga Berasap - Tahniah sebab u all berjaya mengalihkan Sotong2 Busuk ke bekas2 yang disediakan menggunakan mulut disebabkan u all kena penalti )

Sunday, December 02, 2007

Kursus Asas Kesukarelaan Jempol 2007



Apa khabar semua warga Rakan Muda Malaysia. Bangmir mengucapakan jutaan terima kasih kepada u all semua kerana dengan adanya blog ini, maka banyak program2 Rakan Muda Jempol dapat di war2kn di Negeri Sembilan terutama sekali Daerah Jempol. Ranking pelawat pun semakin hari semakin ramai. Malahan ramai remaja luar daripada NS pun nak join sekali program2 anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol. Tapi bangmir dah info kat diaorang agar menghubungi Pejabat Belia Dan Sukan daerah masing2 kerana kebanyakan program adalah sama. Tapi kalau ada pejabat2 belia dan sukan daerah lain yang nak info program2 mereka di web ini, bangmir sangat mengalu - alukan. Oklah hari ini maka berakhirnya program Kursus Asas Kesukarelaan di Kompleks Rakan Muda Jempol yang bermula 28hb Nov - 2 Dis 2007. U all nak tau pada mulanya program ini terbuka kepada 120 peserta saja tapi tah macam mana pada masa hari pendaftaran hampir 200 orang datang nak sertai program tersebut. Apa lagi peninglah Pegawai Belia dan Sukan di buatnya. bangmir masih ingat lagi Makcik Normah menjerit masa tengok berduyun2 remaja sekitar Jempol datang walhal masa pendaftaran dah tutup. Itu pun kami dah reject ramai peserta . Sampai ada parent yang bengang ngan bangmir sebab tak benarkan anak mereka join program tersebut ( Sori yer makcik ) . Namun, atas keperihatian En. Mohamad Rosdi Pegawai Belia Dan Sukan Jempol yang tidak mahu menghampakan peserta yang berlebih2 tu maka beliau pun telah beri lampu hijau kat kami agar terima sahaja peserta2 tersebut walaupun semua peralatan dah habis di beri pada 120 peserta terawal. Bukan apa, kesian tengok diaorang datang dari jauh bawak beg besar2, dengan penuh bersemangat , kalau kita reject sian la pulak. Apapun syabas pada semua urusetia dan facy terlibat kerana berjaya menguruskan perjalanan program tersebut. Pada peserta Kursus Asas Kesukarelaan Jempol, Sorilah bangmir tak dapat join sepenuhnya di sebabkan bangmir ada tugasan di luar NS. Apapun insyallah kalau takda arah melintang bangmir akan join Program Kem Gaya Hidup Rakan Muda di Tanjung Penyamun Peyabong Rompin Pahang pada 12-15hb Dis 07 ini okey. So jom kita gegarkan pula suasana di situ ya. Dengar khabar ramai Team Dekbet ikut serta. Lagipun ini Projek Bang Hanip. Jumpa Di sana yerrrrrrrrrrrrr...........
.
( Bangmir terima banyak sms yang memberi komen tentang program Kursus Asas Kesukarelaan ni. Terima kasih di atas pandangan dan komen yang diberikan itu. Pada Apeng bekas peserta PJKN : Cikgu! katakan itu tidak benar!!!! terima kasih kerana join kami lagi)

Monday, November 12, 2007

Program Rakan Muda Jempol 2007

Image Hosted by ImageShack.us

Cepat Daftar Program - Program Rakan Muda Jempol Sepanjang November - Disember 2007 . Macam - macam program telah kami sediakan untuk anda. Semuanya Best - Best..... FREE jer takda di kenakan bayaran. Program2 Rakan Muda Jempol Memang Best Giler..... Rugi Tak Join. Cepat Daftar Kat Kompleks Rakan Muda Jempol atau Hubungi 06 4581 399 / Abang Amir 012 369 4057.....
Nak tau program - program Rakan Muda Jempol sila scroll ke bawah sikit jer atau klik kat kain rentang atas tu. Rugi sapa tak Join kami.....
Program - program ini di selia oleh Pejabat Belia Dan Sukan Jempol NS

Bersama ini, bangmir muatkan Video Clip Pjkn Jempol 2007. Terima kasih pada semua peminat2 blog ini kerana setia bersama kami. Sebelum u all nak buka video klip ini, tutuplah radio di blog ini dengan scroll kebawah , tengoklah kat ruangan radio tu. Then klik stop pada WMP tu.

Dapatkan Haruman Minyak Wangi Hebat 2008. Wangian kekal berhari - hari. Original, mengkagumkan , Murah dan mampu dimiliki oleh remaja dan anda.

Tuesday, November 06, 2007

Kad Keahlian Rakan Muda




Kad rakan muda ?. Wah dah apply ker belum. So bagi remaja Malaysia berumur 15 - 25 tahun tu yang belum apply Kad Keahlian Rakan Muda ini cepat daftar cepat. Ini kerana buat masa sekarang , Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ) bawah Cawangan Rakan Muda sedang sibuk mempromosikan Kad Ahli Rakan Muda ini. PERCUMA jer. Macam - macam kelebihan yang akan anda perolehi. So apa lagi cepat daftar menjadi ahli rakan muda sekali gus dapat Kad Keahlian Rakan Muda ini secara percuma. Untuk mengetahui selanjutnya kliklah kat sini k. Budak ARP Jempol jangan lupa pulak daftar untuk dapatkan Kad Rakan Muda tu yer. Klik Untuk Tempah Kad rakan Muda Percuma

Dapatkan Haruman Minyak Wangi Hebat 2008. Wangian kekal berhari - hari. Original, mengkagumkan , Murah dan mampu dimiliki oleh remaja dan anda.

Thursday, November 01, 2007

Minyak Wangi Egyptian Potion


Best Perfumes. Dapatkan Minyak Wangi Egyptian Potian. TERHEBAT DI PASARAN. Ia bukan sebarangan minyak wangi tetapi ia adalah PATI TULEN minyak wangi Asli berjenama Antarabangsa Pilihan Yang Terbaik. Tiada campuran Air atau Alkohol. Ia adalah PATI TULEN. Sekali titik boleh tahan 2-3 hari. 10 kali lebih hebat dari yang lain. 5 kali lagi MURAH ! BERKUALITI dan MAMPU DIMILIKI berbanding yang ada sama di pasaran. Yang Penting ia kekal wangi selama beberapa hari. Susah nak dapat di pasaran. Cuma Setitik Haruman Kekal Sepanjang Hari. Dapatkan secara ONLINE. Cepat Order Sekarang ! Klik di sini "Sesuatu yang istimewa buat anda"

Program Terkini Rakan Muda

Assalammualaikum dan Salam Rakan muda Semua,

Semalam petang, Kak Rosma ( Aweks famous dikalangan rakan muda Jempol ) telah berjumpa bangmir di Kompleks. Dia info bulan Nov dan Dis 07 , banyak program telah diatur khas untuk budak2 ARP dan Rakan Muda yang berumur 15 - 25 tahun. So kami memerlukan anda untuk join program2 yang diatur. Semuanya PERCUMA. Harap dapat war2kan program ini pada kawan2 ya. Maklumlah cuti sekolah kalau takda xtvt nanti boring pulak. Oleh sebab itulah Pejabat Belia dan Sukan Jempol telah merancang beberapa program yang menarik untuk anda. Antara programnya ialah :


(1) Perjumpaan Arp Jempol macam biasa hari Sabtu 3hb Nov 2007 . Cuma jam telah di ubah jam 10.00 pagi. Sila pakai baju merah. Bawa Buku Diari dan Buku Log. Perjumpaan kali ini cuma sejam sahaja sebab jam 11.00pagi pihak dekbet team ada meeting dengan pegawai belia dan sukan jempol mengenai Xplorace yang bakal diadakan. Jurulatih terlibat - Abang Amir & Aidil .


(2) 17hb - 21hb Nov 2007
Program Y2Y. Program menarik untuk disertai oleh remaja berumur 15 - 18 tahun. Akan di adakan di Resort PNK Pantai Kelebang Melaka. PERCUMA. Sesiapa yang berminat sila hubungi kami cepat. Boleh ajak kawan2 lain. Budak2 ARP diwajibkan pergi..... (Ditutup !)

(3) 24hb Nov 2007
Xplorace Rakan Muda Jempol ( Tarikh Baru)

Kepada yang berminat untuk menyertai Xplorace ini, Sila hubungi Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol untuk mendapatkan Borang Penyertaan. Program anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Jempol ini akan di adakan pada 24hb November 2007 ( Sabtu ) di Bandar Baru Serting. Kepada Peserta ARPRM Daerah Jempol pula anda diwajibkan untuk menyertai Xplorace ini. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Cik Rosma 06 4581 399. Penyertaan ini terbuka kepada sesiapa yang berminat... ( Tutup ! )
m

(4) 25hb - 27hb Nov 2007
Program Y2Y DUN Jempol. Program menarik untuk disertai oleh remaja berumur 18 -25 tahun. Akan di adakan di Resort PNK Pantai Kelebang Melaka. 2 hari 1 malam di Resort manakala selebihnya Camping Beb. Best Giler. PERCUMA. Sesiapa yang berminat sila hubungi kami cepat. Banyak xtvt menarik diselitkan dalam program ini. Kami memerlukan seramai 160 orang. Jom ikut !. Ambik borang cepat....( Tutup )


(5) Pada 28hb - 2hb Dis 2007
Kursus Kesukarelawan Rakan Muda Jempol 2007
Tarikh 28hb Nov - 2hb Dis 2007. Terbuka kepada berumur 18 - 25 tahun. Penyertaan dialu - alikan kepada sesiapa yang berminat. Percuma. Banyak aktiviti bersangkutan RESCUE dan pertolongan cemas seperti renang,perubatan,keselamatan,rentas tali, searching dan xtvt2 lasakdan mencabar. Tempat Kompleks Rakan Muda Jempol NS dan sekitar Jempol. Dapatkan borang penyertaan sekarang. kami perlukan 120 orang. Ajaklah kawan2 okey. (Mcm Goreng Pisang Panas - nak 120 tapi datang 180 orang )

(6) Pada 4hb - 8hb Disember 2007
Macam biasalah setiap tahun, kami akan bawa sukarelawaan2 Jempol pergi ke berjalan2 sebagai satu bonus. Tahun lepas bangmir bawak pergi ke Gunung Belumut Kluang Johor tapi kali ini kita ke LANGKAWI. Program ini adalah satu bonus bagi sukarelawan2 Rakan Muda Jempol yang selama ini tak penat2 memberi khidmat secara percuma bagi menjayakan program2 Rakan Muda Jempol secara. Oleh itu sebagai bonus, Pejabat Belia dan Sukan Jempol akan membawa anda ke Langkawi. Di fahamkan juga budak2 Perak pun akan dipelawa join sekali....( Program Khas! )

(7)Kem Gaya Hidup Rakan Muda
Terbuka kepada Geng2 ARPRM yang dapat Gangsa dan Perak. Ini macam satu bonuslah juga pada u all kerana dapat menyiapkan komponen2 Anugerah Remaja Perdana.Pelbagai xtvt lasak diselitkan dalam program ini. Diadakan pada 12hb - 15hb Disember 2007. Keutamaan diberikan kepada budak2 ARP Jempol khususnya. Program akan diadakan di Penyabung Endau Rompin . Penyertaan adalah PERCUMA... ( selesai ! )

(8) Kursus Panjat Tembok Tiruan Siri 1
Diadakan pada 15 - 16hb Disember 2007 .Terbuka kepada mereka berumur 15 - 25 Tahun. Memperkenalkan asas pendakian. Program ini akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Jempol. Percuma !. Ajaklah kawan2 K.
(Selesai ! )

(9) Klinik Panjat Tembok Tiruan Siri 2
Program ini adalah program kesinambungan dari siri 1. Ia akan diadakan pada 22hb - 23hb Dis 2007.Sesiapa yang berminat boleh call kami okey. FREE. ( Kosong utk dak ARP! )

(10) Program AutoShow
Diadakan pada 31hb Dis 2007.


So kesimpulanya bulan November dan Disember takdalah perjumpaan ARP okey. Ini kerana dua bulan tersebut telah di penuhi dengan pelbagai program untuk anda ARP Jempol dan Remaja Jempol khususnya. Untuk maklumat anda program2 ini bukan di khaskan sahaja kepada peserta ARP Jempol malahan ia terbuka kepada sesiapa yang berminat.Bagi anda di luar sana yang bukan ARP sekiranya
berminat sila hubungi Pejabat Belia dan Sukan Jempol 06 - 4581 399, Akak Rosma 06 4585 000 atau abangmir sendiri 0123694057.

WOW BANYAKNYA PROGRAM. SEMUA INI UNTUK ANDA! PERCUMA. KAMI PERLUKAN ANDA. WAR2KAN LAH PROGRAM2 KAMI INI. ANDA LAYAK SERTAI PROGRAM RAKAN MUDA JEMPOL.

Friday, October 26, 2007

Dekbet TeAm RaYoR SaKaN

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.Rasanya belum terlambat bagi bangmir mengucapkan Salam Aidilfitri terutamanya pada semua pelawat web ini , budak2 ARP dan Rakan Muda Jempol . Wah tahun ini boleh dikatakan selama 6 Hari Raya berturut - turut , Team Dekbet dapat berjalan raya secara bersama2 walaupun tidak semuanya dapat ikut serta. Bangmir jugak mohon maaf sekiranya ada rumah yang tidak dapat kami kunjungi secara menggejut disebabkan jadual kami terlalu padat sangat hinggakan ada rakan2 bangmir yang dah tak larat nak ikut bangmir. Apapun pada yang datang ke rumah bangmir , Tima Kasih banyak2 ...jauh u all datang.... Tima kasih banyak2 ya.Boleh dikatakan mana2 rakan yang beraya ke rumah bangmir, bangmir mesti beraya pulak ke rumah mereka pula... rasanya takda yang tertinggal kot. Tentu budak2 nie dapat collect duit raya banyak yer. Oh ya mana2 budak ARP yang datang beraya ke rumah bangmir pada raya tu,tetapi bangmir terlupa nak bagi duit raya...Jangan risau duit itu masih ada lagi... So lepas ini kalau jumpa bangmir, jangan lupa claim kat bangmir okey. Oh ya! Raya! Raya jugak ...Macam mana dengan Buku Diari Gangsa dan Perak. Rasanya ramai dah hantar pada KRMJ. Pada yang belum hantar tu...maka cepat - cepatlah hantar yer kerana kami nak semak dan menyiapkan laporan setiap diari tu. Ambil masa lama tu. Kami jugak akan buat Perjumpaan ARP pada hari Sabtu 3hb November 07 jam10 pagi. Macam biasalah bila datang tu jangan lupa bawa buku Log, Diari , alat tulis dan pakaian mestilah warna merah. Rasanya tentu raya tahun ini ramai yang beli baju warna merah kan. Bukan apa senang nak pakai masa program2 ARP nanti. So harap bolehlah datang. Jangan lupa Infolah pada kawan2 yer. Di sini juga bangmir ada sertakan beberapa keping gambar semasa kami berjalan raya tempoh hari. Banyak gambar , bangmir lupa nak ambil sebab manjang jer kamera tertinggal. Budak - budak ARP pun ada jugak yang follow kami... ada tu siap telipun bangmir ajak pergi sama - sama berhari raya lagi....terasa macam dak schoolllah lak rasanya..... Apapun sekali lagi terima kasih bangmir dan rakan - rakan ucapkan pada u all dan keluarga kerana melayan kami dengan istimewa sekali.Mana tidaknya siap call ajak datang beraya ke rumah lagi tu... Pada yang nak datang ke rumah bangmir...silakanlah... raya sebulan beb..... Okeylah...Kita jumpa pada hari Sabtu 3hb Nov ini kat Kompleks Rakan Muda Jempol okey....

Tuesday, September 25, 2007

HANTAR UCAPAN HARI RAYA

Bagi sesiapa yang nak menghantar Ucapan Selamat Hari Raya secara EXSKLUSIF ke dalam web ini. Sila hantarkan ucapan tersebut kepada alamat email saya iaitu kembara_dca@yahoo.com . Setiap ucapan akan di siarkan di laman web ini. Kalau nak hantarkan kad siap ngan gambar anda sekali pun lagi baik.Nanti saya downloadkan ke sini. Kalau pandai reka kad2 raya lagi cantik. Ucapan tu janganlah terlampau panjang ok. Informlah kat kawan2 lain yer.

Satu lagi nak mudah , anda cuma pilih jer kad - kad yang terdapat dalam web kawan2 kita ini dan hantarkan ke email saya kembara_dca@yahoo.com . Antara web2 yang menyediakan Kad Raya Elektronik ada saya sediakan dibawah. Anda cuma klik dan pilih jer.

Antara Kad - Kad Elektronik Hari Raya :


1. Jom Hantar Kad @ 2. Meh Send Kat Yop @ 3. Hantarlah Kad Dik @ 4. Kad Gayor Sapo?

* Ada jugak yg komen bahawa diaorang takda Email la pulak masa nak isikan maklumat penghantar kad raya . So bagi yg x da Email jangan risau kauorang pun boleh join dengan belasah jer apa2 email ( penghantar ) asalkan ada @yahoo.com atau apa2 pun. Kalau tak dapat jugak , Ini paling senang kauorang isikan ( Klik Borang Ini) , lepas taip ucapan terus send. okey. ( kalau susah sgt, hantar jer SMS kat bangmir , jgn lupa nama pengirim ) Selamat Hari Rayer.....
* Di laman web ini bangmir selitkan 11 buah lagu2 hari raya ...Selamat Mendengar )

Monday, September 24, 2007

MAAF ZAHIR BATIN DARIPADA:


"Sempena Syawal yang bakal menjelang tiba ini, saya dan keluarga saya ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Fitri' dan 'Maaf Zahir dan Batin' kepada semua belia-belia yang berada di Daerah Jempol, terutamanya kepada semua rakan2 Sukarelawan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol (Amir, Haidil, Anip, Fami Kecik, Abu, Fazrul, Nor-Kawan Bang Amir, Musa,Zack,Intan,Kak Ngah,IK Man,Usop Renjer yg lama menghilang,Edy Gym dll -maaf jika x tersebut) , pemimpin2 persatuan belia, pemimpin2 persatuan sukan dan peserta2 ARPRM Daerah Jempol. Berhati2 di jalanraya dan berwaspada selalu."Salam Aidilfitri daripada :
.
En. Mohamad Rosdi Bin Mahmud
Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Jempol
Kompleks Rakan Muda Jempol NS


Kepada Bangmir, Abang Aidil dan Abang Man !

Slmt hari raya...klu ser ado wat ado slh n silap atau t'kasar bhs minta ampun dunia akhirat yek...kasi halalkan t'mkn n t'mnm..huhuhu.......
daripada : Kak
Ani Sukarelawan Jempol

.
.

Saya Naim ( Pemegang Perak Arp Jempol ) nak ucpkan Selamat Hari Raya wt smua Fc,urusetia dan jga bdk2 Arp Jempol dan seluruh Malaysia....mkn kuih raya bnyk2 sikit smp perut boroi...kalau sdi dtg la rmh. Ok slmt hr ry maaf zahir batin.
.
.

Slmat ari raya aidilfitri kpda team dekbet n dak2 arp...ampun dn maap jika ade t'ksr bhsa dn salah silap arap d maafi Iklas dripada : Abu Ubaidah

.

.

Askum semua,saya farah dari smkbbs ingin mengucapkan hari raya aidilfitri kepada semua budak arp,abang amir,team2 dekbet,dan semua rakan yang mengenali diri farah.raya-raya gak duit raya jangan lupa bagi kat farah. frm sweetcapricorn_gurlz@yahoo.com
.
.
Askum, slamat b'hari raya. Jgn lupe saya kat sini. Semoga sihat slalu. Bagi saya duit raya banyak sikit.
frm : Anak Kakngah (2)


.
Slamat ari raye bt rakan2 arp..Sy Iqbal dn Amar m'mohon ampun dn maaf zahir dn batin ...ryo jompt la dtg umh...bley ko ucp mcm ni bang?..



.
sye muzalifa kamaruddin mengambil ksmpatan ini ingin ucpkan slmt hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin kpd team dekbet,geng2 arp jempol n seluruh umat islam...


.
Aslamualaikum..saye izzat ingin mengucapkan selamat hari raya n maaf zahir dan batin kpd sume team2 dekbet, budak arp..salah dan silap arap dimaafkan..sila la dtg ke rumah abis kn kueh raye yer...
.
.

AsKom..faten kat sni nk ucapkn selamat hari raya aidilfitri pade sumer warga ARP JEMPOL trutama team2 dekbet,n dak jempol....raya ni,jemput2 lah dtg ke rumah yer..drpd= fateen mRs93 Jangan lupa lawatlah laman web saya di http://www.dakjempol.blogspot.com/

.
.

salam lebaran dihulurkan, tangan bersambut memohon maaf...andai ada yang tak dapat diselesaikan, ampunkan diriku kerana kekurangan. Jangan lupa lawat web saya yer http://umajakall.multiply.com/ Ikhlas daripada Akak Atun

.

Kepada Semua ahli Arp
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KEPADA SEMUA AHLI ARP JEMPOL. SAPA-SAPA YG X KENAL AKU BUAT KENAL JE LA
frm Yuri_Shibuya1993@yahoo.com


.
.
Selamat ari raye wat dak ARP dan urusetia
selamat hari raye, daripa Norsidah




.

assalamualaikum...di kesempatan

ini saya nak ucapkan selamat ari rayer wat sume dak2 n faci arp.. kalau
saya ada wat salah sya mintak maap banyak yo..!! rayer nanti jemputlah
la datang umah kalau tak malu.. k
daripada : put3 aishah



.

s
aye nak ucapkan selamat ari raye untuk semua warge arp....
saye mintak maap dari ujung rambut smpai la ujung kaki....
k, akhir kate dari sye..'SELAMAT HARI RAYE'....=D
daripda : ASLAM!!!(smkbbs)
.
Assalammualaikum,
Bangmir mewakili rakan - rakan diatas yang dikenali sebagai Sukarelawan Kompleks Rakan Muda Jempol, Facy2 Arp Jempol, Team Dekbet dan Fasilitator PROSTAR ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini pada semua orang yang tengah baco BLOG ARP ini dan tak lupa juga pada budak2 ARP JEMPOL yang sangat kami sayangi, ( itu paling utama ), peserta2 kursus yang pernah berkursus dengan kami, rakan2 dekbet, dan rakan2 yang mengenali kami.Kami juga memohon Ampun dan Maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita ada berlaku salah faham,perselisihan kata,gaduh2 ke,marah2 ke, bonci2 ker, ada bengang2 sikit ker kat kami, Harap Di maafkan yer ( rasanya takdo kot ). Bila makan kueh gayor atau lomang sambil cocah gondang tu jangan lupakan kami di perantauan ini yer ( mcamlah duduk oversea). Ada kesempatan , Singgahlah ke rumah kami . Nanti kami bagi duit ghayor. Akhir kata Maaf Zahir Batin ampun salam cium tunduk sopan kepada kengkawan semua, ikhlas daripada Bangmir, Fahmi( Seam ), Abang Man dan Abang Aidil ( Baru jadi PaPa).

*Oh ya di kesempatan ini kami di Pusat Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol mengucapkan Selamat Hari Raya juga pada Semua warga ARP di seluruh Malaysia, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan NS, Pejabat Belia dan Sukan Jempol dan semua warga ARP di Seluruh Dunia.....Maaf Zahir Dan Batin...
Assalammualaikum
.
* kalau nak beraya rumah bangmir, datanglah hari raya ke dua yer, sebab raya pertama bangmir masih brtugas di perantauan ( Saya Yang Menurut Perintah )

.

Akum kpd sume rkn arp dan juga
faci2 yg mengenali diri saya dan juga yg x mgnali diri saya.. saya ingin mgcpkan selamt berpose dan juga slmt ari rayee yg bakal menjlng xlme g.. drpd : nabilah (smkbbs)



.
Sempena bln mulia hr bahagia ini,Induk mohon maaf kpd semua yg mengenali jika selama ini ada kesilapan dan terlanjur kata. Dgn ucapkan Slmt Hr Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Salam Aidilfitri daripada Induk .


.
Ha raya datang lagi.... selamat menyambut hari raya.... ampun maaf zahir dan batin.... halalkan mkan minum ye.... adaa program infom ye.... okla hope taun ni adop la yang nak bg angpow ken.. heheh... selamat hari raya...HA RAYA DATANG LAGI..... HA TELANJUR KORANG BACO NI ESE NK UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI... JOMPOT2 LA DTG UMAH.... GAYO NI XDO PROGRAM KO... AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN JIKO ESE ADO BUEK SALAH KEK KWN2 YG KONAL FAMI KEM KOM NI YO... OK LA SEKALI LAE SELAMAT HARI RAYA AIDILFILTRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.... BABAI.. DARIPADA FAMI KEM KOM buat budak2 Arp,Team Dekbet,warga KRMJ dan sesiapa mengenali saya okey.
.

Salam Aidilfitri .Pejam celik, pejam celik.. next week dh nk rayer.. so dikesempatan ini, ingin sy ucapkan slamat hari ryer wat family,kengkawan, team dekbet, senang kte smue r..rayer ni jemput r ke rmh ae...Ikhlas daripada annyss Arp Bandar Baru Serting.



.

Selamat berpuasa kapada semua budak2
arp,jangan x puase plak.raye nanti jemput lah datang rumah terutama sekali budak arp dan abg amir Ikhlas daripada Mohd Zulfadzli



.


smek0m...saye ingin mengucapkan seLamat arie raye kepada sume dak2 arp,fesi2,team2 dekbet,abg2 6jahanam...saye ingin mem0h0n maap sekire nyer terase ati ngan saye.....
Siti Aishah bte Daud/ Email ai_shah93@yahoo.com



.

Askum.. sempena di kesempatan ini, saya mengucapkan SELAMAT BERPOSE DN SELAMAT HARI RAYA yang akan menjelang tak lame lagi.. ye! ye! nak raye..!! saya ingin mohon maaf sekiranya selama ini ade terkasar bahase dan jika ade tersakitkan hati korang2.... maafkan lah ye..!! raye ni jemputlah datang rumah, habiskan kuih raye..
Nur Nabilah bte Miskam


.
Ser ucapkan slmat hari rayo kek bang mir sekeluarga..xlupo gak kek team debet,lopeh rayo kto pnjt gunung berinchang,cameron diaz...yuuuhhhhhuuuuuuuuu Frm Pezal ARP Jempol




.

Daripada Kakngah Arp / Prostar Jempol,

" Tiada hari seindah JUMAAT,tiada kata seindah ZIKIR,tiada ibadah seindah SOLAT,tiada BULAN seindah RAMADHAN, salam RAMDHAN AL-MUBARAK dan SELAMAT BERPUASA ! Selamat Hari Raya Kakngah ucapkan kepada semua ahli ARP dan semua sukarelawan KRMJ. Maaf dipinta jika ada terkasar bahasa dantingkah laku...sepanjang kite bersama"



Saya Izan dan Cikin dari ARP Jempol ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua peserta ARP dan abang2, kakak2 Dekbet, staff PBSD dan warga KRMJ Jempol. Maaf Zahirdan Batin di pinta sekiranya ada kesalahan dan kekasaran tanpa kami sedari selama persahabatan kita ini okey.

.


Hai..juju nie..saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri & maafzahir n batin..raya nie datang ar rumah makan kuih raya..sape2 yang x posepenuh tu ganti la copek ye..okey r..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI& MAAF ZAHIR DAN BATIN yerutama kepada budak arp..bye3..




PERHATIAN PADA PENGIRIM :


* Abang Amir mintak maaf, sebab ada ucapan yang bangmir tak masukkan disebabkan tiada alamat pengirim dan ia tidak tditujukan kepada sesiapa. Sekadar ucapan yang umum sahaja. So tak tau siapa. Pada yg gambar takda tu, bukan apa, Bangmir tak da gambar u all..Sori yer...hantarlah gambar. So bangmir mengucapkan " Sir lum mad hurry rare year ideal fit tree moo lee year,ma half za hair bar teen, two loose dairy hearty young eek class. Sorry i baroo ball leak dairy London"...

JOM SERBU RUMAH BDK2 ARP

Mungkin raya ke Tiga hari Isnin insyallah bangmir dan rakan - rakan DEKBET akan meyerbu rumah anda. Ini dah menjadi kebiasaan kami. Tahun lepas pun kami dah serbu ramai rumah2 budak ARP. Ada yang tergaman la pulak bila tengok kami ramai2 muncul depan pintu rumah masing2.So nanti jangan teperanjat lak. Bagi sesiapa yang nak join Team Dekbet buat Operasi ini, sila info bangmir yer....Moh kiter kutip duit gayor...he..he..he...