Friday, May 23, 2008

Selamat Pengantin Baru Abang Hanip dan Akak Z

Pendaftaran Masuk Peserta ARP Baru 2008. Sesiapa berminat nak join kami, Jom datang pada 26/5/08 Isnin Jam 10 pagi di Kompleks Rakan Muda Jempol.



Pada hari Sabtu lepas 16hb Mei 2008 satu lagi catatan sejarah telah di lakarkan oleh dua orang jurulatih ARP Jempol iaitu Abang Hanip dan Akak Z kerana mereka telah di satukan di atas pelamin. Rasanya budak - budak ARP dan Rakan Muda sekitar Jempol khususnya ramai mengenai siapa itu abang hanip yang comel lotey tu kan.Alhamdullilah pada 16hb Mei 2008 abang hanip telah pun dinikah kan di Lui Barat iaitu di rumah pengantin perempuan tak lain tak bukan Akak Z. Walau bagaimana pun bangmir tak dapat pergi ke rumah Akak Z di sebabkan bangmir bertugas atas arahan Jabatan pada hari Sabtu tersebut walaupun sebelum itu cuti bangmir memang telah diluluskan. Rugi rasanya apabila tak dapat pergi Akak Z. Apapun Ahad tu , Bangmir , Team Dekbet dan dibantu oleh beberapa budak ARP bergotong royong bersama - sama di majlis kenduri di rumah abang hanip. Syukur ke hadrat ilahi semuanya berjalan dengan lancar walaupun hujan seketika. Kami di ARP mengucapkan Selamat Pengantin Baru Pada Abang Hanip dan Kak Z. Semoga berbahagia keakhir hayat dan di kurniakan cucu - cucu yang ramai. Harap lepas nie jangan lak STOPPPPP.......join program kami pula ya.... ( harap2x)

( Hanip sorilah ya...terpaksa masukkan cerita kau nie kat laman web sebab ramai yang tanya... Harap saham tak turunlah kot...he..he...he..)

* Nak tengok gambar - gambar dan cerita Kenduri Kawin Abang Hanip klik lah di laman web TEAM DEKBET di sini ya.

Thursday, May 15, 2008

Kad Rakan Muda untuk Jempol

Wow... Kami dah dapat kad rakan muda. Anda bila lagi. Semalam bangmir wat perjumpaan anak - anak buah bangmir. So sesiapa yang datang tu dan pernah mohon kad rakan muda melalui kompleks rakan muda sebelum ini , maka mereka layak menerima kad tersebut. Budak - budak ARP yang mendapat Gangsa pun , secara automatiknya bangmir pun bagi diorang sekali. Itulah keistimewaan mereka. Untuk maklumat anda Kad rakan muda yang ada dalam simpanan bangmir agak terhad. Pembahagian kad ini, cuma dibuat semasa perjumpaan ARP sahaja ok. So sesiapa nak kad tersebut ..... cepat jumpa bangmir masa perjumpaan ARP sahaja yer.

Oh ya. Tujuan kami buat perjumpaan semalam adalah nak menerangkan tentang xpdc yang bakal dibuat pada hujung bulan ini selama 4 hari 3 malam ke Cameron Highland dan mendaki Gunung Brinchang sempena cuti sekolah. Rasanya ramai tak dapat pergi kerana MAHAL!.... katanya. Pening bangmir. Bukan apa...rasanya rugi betul kalau u all tak pergi trip ini. Program ini bersifat santai dan sempena cuti sekolah. Malahan jadual yang dibuat taklah macam kursus disebabkan program ini anda yang bayar. So tempat masih ada kosong. Kalau nak cepat info. Kalau nak di ikutkan Kos RM 70 yang kami tawarkan itu memang tak cukup. Kami dah kira budjet seorang hampir sampai RM98 tapi itupun kami ada gunakan dana - dana sikit yang kami ada untuk tampung xpdc tersebut. Oklah.... C u again kat Cameron ok. Rugi sapa tak ikut.

Tuesday, May 06, 2008

Program Arp Cuti Sekolah

Perjumpaan ARP Bulan Mei 2008
" Rabu 14hb Mei 08 Jam 3.30 ptg di Kompleks Rakan Muda Jempol "
.


BOSAN CUTI SEKOLAH MEI INI . JOM KITA PEGI CAMPING!!!!

Wow dah lama tak pergi xpdc. Last sekali kita pergi ke Gunung Belumut naik keretapi ramai - ramai anjuran bersama Kelab Prostar Daerah JEmpol. Best masa tu sebab kami bawa lebih 100 orang peserta. Hiruk pikuk dalam keretapi hinggakan keretapi tak singgah di kebanyakan stesen - stesen kecil disebabkan keretapi dah penuh dengan u all jer.

BOSAN CUTI SEKOLAH NI?. So apa lagi. Jom ikut kami XPDC CAMERON HIGHLAND yang akan diadakan pada 30hb Mei - 2 Jun 2008. Program anjuran Kelab PROSTAR Daerah Jempol dengan kerjasama Persatuan Rekreasi Jempol membuka penyertaan kepada Peserta PROSTAR JEMPOL, budak- budak ARPRM , Ahli Persatuan Rekreasi Jempol dan sesiapa sahaja yang berminat dengan xpdc ini. Program ini adalah bersifat santai dan rekreasi. Just nak relax dan sempoi - sempoi sambil kita dapat mengenali diantara satu sama lain. Facy - facy pun nak berehat. Malas nak mengajar - ajar nie ataupun nak bukak kelas. Maklumlah rekreasi. Relies Tension katakan. So tak payahlah kauorang nak bawak buku ker, nota ker, Kasut hitam siap kilat ,baju kurung siap iron dan ada hanger, ataupun baju masuk dalam siap SKEMA. Just bawa keperluan makanan, barang dapur dan harian serta pakaian solat ( ingat tu ). Kita relax2 sambil masak - masak dan menghayati alam sekeliling hijau lagi nyaman.Kat tapak perkhemahan tu ada jeram. Bestnya.

Mengikut Abang Man ( Ketua Xpdc) , kita mungkin akan naik Gunung Brincang dan raund satu Cameron secara trekking( bolehlah curi strawberi ). Berkhemah di Tapak Perkhemahan Perhutanan Cameron. Dengar cerita budak PROSTAR Cameron pun akan join sekali. WAH Happening lah sikit....Bayaran sure lah dikenakan. Ia meliputi Kos pengangkutan dari Bahau - Cameron highland, Sewa Tapak khemah, Guide, ansuran, Solid fuel, khemah, Sewa Van , Bayaran masuk dan macam - macam lagi. Kami anggarkan RM70.00 ( tak termasuk makanan ) dulu ya tapi taklah sampai RM100. Kami bukan buat bisness.

So Adakah Anda Berminat?. Cepat dapatkan borang penyertaan. Kami cuma nak bawak 40 orang jer. Malas nak angkut ramai - ramai macam gi Belumut dulu atau pergi ke Gunung Ayam Kelantan. Siapa cepat bayar, dia dapat pergilah. Tarikh tutup penyertaan adalah 20hb Mei 2008. Nak tahu lebih lanjut tel bangman di 013 6050858 atau bangmir sendiri 012 3694057 atau email kepada bangmir di kembara_dca@yahoo.com . Rugi siapa tak ikut sebab ramai budak - budak gile Dekbet ikut sekali lagipun dengan bayaran RM70 kauorang leh lepak kat Cameron selama 3 hari. Mana nak dapat beb. ( Facy / Team Dekbet pun kena bayar ya ). Lawatilah laman web KELAB PROSTAR JEMPOL ( klik di sini ) di www.kelabprostarjempol.blogspot.com

Pesanan :
HARAP JANGAN BAWAK BEG MACAM PARAMUGARI TU YA ! INGAT TU ....

Monday, May 05, 2008

Majlis Penyampaian ARPRM di SMKLB

Tahniah kepada semua penerima Anugerah Rakan Muda Pingat Gangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat kerana pengetua sekolah berbesar hati untuk mengadakan semula majlis penyampaian pingat di perhimpunan nanti pada hari Rabu 7hb Mei 2008 jam 7.45 pagi. Bangmir di fahamkan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol En Mohamad Rosdi Bin Mahmud akan menghadiri majlis tersebut. Tahniah sekali lagi dari team jurulatih ARPRM Jempol. Bagi sekolah lain pula bangmir dan kak rosma akan cuba mengaturkan tarikh sesuai untuk majlis tersebut. Ini disebabkab peperiksaan hampir tiba tak lama lagi dalam bulan Mei ini. Oleh itu mungkin majlis perhimpunan pagi tidak ada. So terpaksalah kami tunda ok. - CANCEL SEBAB SEKOLAH ADA UJIAN - INFO BY BONDA 6hb/5/08


( Amboi si Fadli ngan si Aslam tu macam Saintis la pulak )


Oh ya...di atas tu adalah gambar program " Mencari Nyamuk Bersama ARPRM " yang diselia oleh Abang Kamarulzaman Penolong Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Jempol pada hari Ahad 2ohb April 2008 di Kompleks Rakan Muda Jempol. Program ini bertujuan bagi memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya membasmi Nyamuk Aedes serta kesannya terhadap manusia. Nampaknya peserta - peserta ARP memang berminat dengan xtvt ini. Setelah penerangan di beri, Abang Man telah memberi setiap kumpulan pincagari dan bikar agar dapat mencari tempat pembiakan Nyamuk serta memusnahkannya. Abang Aidil, Abu dan Piloi pun ada. Bagi bangmir program ini amat baik untuk kesedaran remaja. Akhir sekali bagi kumpulan yang berjaya mengesan tempat pembiakan nyamuk, mereka akan di kira pemenang. Terima kasih Bangman dan Pejabat Kesihatan Jempol kerana sudi mengadakan xtvt tersebut bagi mengisi program ARP Jempol.
( Nak tengok gambar xtvt ini lagi. Sila klik pada "Gambar dan News Terkini ARP ok. )

Saturday, May 03, 2008

Meh - Meh Tui Lui Ditunda

Maaf sekali lagi dari Team ARP Lui kerana terpaksa menangguhkan program tersebut atas permintaan abang Amir. Kalau tidak program itu berlangsung pada Ahad ini 11hb Mei 2008 di LUI SELATAN tetapi disebabkan ramai peserta akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun di sekolah masing - masing , maka atas permintaan bangmir, program itu ditangguhkan la pulak. Dengar cerita mereka dah siapkan persiapan dan memang dah tak sabar nak anjurkan program itu. Apapun kami akan beritahu pada satu tarikh yang sesuai. Maaf dari Team ARP LUI.
( Bersemangat budak ARP Lui nak buat program untuk kau orang tapi akhirnya kena tangguh lak )