Tuesday, February 27, 2007

KEM XPLORASI 1 ARM JEMPOL 07

Assalammualaikum.....
Nampaknya cuti sekolah ini, bangmir akan buat program perkhemahan untuk budak2 ARM. So bagi peserta ARM yang berdaftar bolehlah join sama sekali. Program akan diadakan pada 9hb - 11hb Mac 07 di Ulu Bendul.Nak wat jauh2 kauorang complaint takda duitlah.Wah bolehlah kita kenal - mengenali diantara satu sama lain dengan lebih rapat lagi.Biasalah...kami nie suka buat camp. Macam biasalah yuran RM10 bagi ARP dan RM20 bukan ARP akan dikenakan kerana program ini takda SPONSER. Yuran ini meliputi sewa tapak,tandas,khemah,sijil,insurans dan bahan bakar. Manakala Tambang bas ,bahan makanan dan peralatan masak kauorang kena tanggung sendiri yer. Status program ini ialah 'XPDC'. Tentu kauorang yang dah biasa ikut kami tau apa maksud xpdc tu. Apapun pakaian solat dan tikar/guni/plastik jangan lupa bawa untuk wat tempat duduk dan solat . Kami cadangkan buatlah kumpulan yang terdiri daripada 7 orang. Kita akan stat bergerak dari pekan bahau jam 3 petang ke UB naik BAS STARISE. Nak murah naiklah UNITED BAS.So jangan lupa pakai baju warna merah ya. Bagi team Dekbet dan rakan - rakan yang lepasan SPM anda juga dijemput join untuk bantu kami. Hubungilah Abang Aidil ditalian 0193984417 kalau u all nak join. Bagi peserta ARP pulak u all kena hubungi PBSD 06-4585000/4581 399 bercakap dengan Akak Rosma atau Abang Fahmi untuk pendaftaran dan ambil borang. Perjumpaan akan diadakan pada 3hb Mac ini jam 9 pagi di KRMJ. Infolah kawan2 lain yer.... Jangan tak join......

( Program - program terkini sila klik pada ruangan 'Patut Tengok')

* Wah Akmil ponoh bonet keta kau pungah barang kat bahau tadi. Poe UB sok jangan lupa bawak macam tu jugak barang makanan yer...leh mintak c kit...

Sunday, February 25, 2007

BARISAN PENERIMA GANGSA ARP 06 JEMPOL

Tahniah buat semua,walaupun ada di antara peserta Jempol yang cuma dapat sijil sebagai permulaan tapi Gangsa dah memang dalam tangan u all. Bagi Bangmir walaupun Jempol cuma dapat hantar 10 orang jer Gangsa ( itupun 5 orang jer diiktiraf dapat pingat ) berbanding lain2 daearah sampai 50 orang dapat Gangsa tapi bangmir tetap berbangga dengan 10 orang ini sebab bangmir tau, anda bersusah payah untuk mendapatkan pingat ini dengan usaha sendiri dan kepayahan yang dilakukan selama 8 bulan. Maafkan kami kerana bangmir dan En.Rosdi ( Pegawai Belia dan Sukan Jempol ) memang mementingkan kualiti sebab itulah ramai kami tak senaraikan sebab tak cukup syarat dan jam. Bagi mereka yang naik ke pentas mendapatkan pingat tersebut sure u all puas hatikan sebab ia adalah titik peluh usaha anda sendiri. Bangmir harap biarlah Pingat ARM ini di iktiraf berdasarkan kualiti usaha kesukarelaannya untuk mendapatkannya bukanlah seperti kata peserta2 lain ' Ala senang jer nak dapat pingat nie' Renung - renunglah kata2 mereka ini.Pelik rasanya macam tak percaya kalau orang kata ' SENANG NAK DAPAT' kerana bangmir memang tau Pingat ini ' bukan senang nak dapatkan tetapi mudah untuk mendapatkan'. Bagi mereka dari daerah2 lain yang dapat pingat Gangsa semalam..tahniah bangmir ucapkan. Janganlah anggap pingat itu macam sebuah cenderahati sahaja, ini kerana bagi budak Jempol pingat itu amat tinggi nilainya dan bermakna bagi usaha mereka selama ini. Thanks kepada KBS N9.
( Sedih betul sebab tak dapat tengok u all dapat pingat Gangsa semalam )

Saturday, February 17, 2007

KE TIOMAN ?

Hai dan-dan jer dua orang pemegang Gangsa ARP Jempol dah sampai ke Tioman. Katanya sajer nak jalan2 sebab lama tak gi xpdc. Sapa dia ya!.... Hari tu salah seorang g naik Gunung Angsi sajer - sajer, ni pulak datang ke Tioman. Sian tul diaorang siap naik ketapi ,dahlah sampai lewat kat Kluang tak pulak booking tiket bas express ke Mersing walaupun dah tahu esok Gong Xi Fai Cai. Itupun nasib baik ada 3 orang penumpang jam 9 malam tak muncul2 dalam bas so akak kaunter pun membenarkan dua orang member yang macam muka sedih ni naik bas tu ke Mersing. Sampai kat mersing terpaksalah tido jeti. Awal2 pagi dah pulak kena goreng kat ulat2 tiket feri. So bayarlah R35 seorang ( sehala ) ke pulau yang sepatutnya dapat rm20 untuk orang dah biasa.....sian...( Gambar nie diambil semasa mereka baru jer menjejak kaki ke Tioman )

Friday, February 09, 2007

TAHNIAH BUAT PENERIMA ANUGERAH ARM 2006

Bangmir dan seluruh warga Jempol mengucapkan tahniah sekali lagi kepada penerima Anugerah Rakan Muda Malaysia. U all memang setanding dengan remaja DUNIA.
So jangan lupa 24hb Februari 2007 kiter akan g ke Majlis yang julung2 kali diadakan. Seramai 10 orang penerima Anugerah ARM Gangsa 2006. Mereka adalah Hanip,Fahmi arp,Muzalifa, Fatehah, Asmah,Ct Azrena, Abu hensem, Izat,Naim dan Faizal dekbet. So wat geng2 lain jangan lupa U all pun boleh dapat gangsa tersebut. T.A.H.N.I.A.H......u all memang membanggakan kami di jempol.

( Ada beberapa ruangan baru dan maklumat terkini mengenai aktiviti dan program ARP dan PBSD Jempol. So jangan lupa K.L.I.K...)

* U all kalau nak buka laman web ini, gunalah Internet Explorer. Leh dengar lagu. Bestnya budak2 yang dapat gangsa tu )

Saturday, February 03, 2007

KAMI DI GUNUNG ANGSI LA PULAK...

Siap sedia untuk memulakan pendakian.

Sekarang Abu dah pandai cari trek. Diapun dah cam laluannya..bagus...senang bangmir
Sian Abu lapar betul dia... Nasib baik mak bangmir ada bungkus nasi lemak untuk diaorang.
( Si fami melalui Trek gantung kat Bukit Botak )

Sabtu, 3hb Feb 07 eser ,abu dan fami kecik g Gunung Angsi . Dah lama saya tak daki Angsi. Dulu masa kerja kat Subang , boleh dikatakan tiap - tiap bulan daki Gunung Angsi seorang - seorang . Nak sihat badan katakan. Takut lesen DCA kena tarik.Pegawai Renjer kat Ulu Bendul En Aziz pun sampai dah kenal bangmir nir.Masa sampai kat UB tang jauh lagi dia dah sapa " Cikgu Amir lama tak nampak ".Naik jam 9 tepat. sampai puncak jam 1130pg rehat 10minit then turun.Jam 230 petang dah sampai kat bawah. Kejap jer. Kami jugak bercadang nak bawa budak2 arp datang camping kat sini. Tempat banyak dah berubah.Satu lagi tujuan ke sana nak ajar sikit tentang tips2 kat budak 2 orang nie.