Thursday, June 26, 2008

Tahniah SMKBBS


Kami daripada Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting ( SMKBBS ) kerana pada Hari Isnin 30hb Jun 2008 yang lalu, sekolah anda buat julung kalinya telah mencatatkan sejarah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda selepas SMKLB. Terima Kasih kepada Pengetua sekolah SMKBBS kerana sudi menerima kunjungan kami dan tak lupa juga kepada Cikgu Zuraini kerana bertungkus lumus cuba untuk mengadakan majlis ini. Kepada En. Mohamad Rosdi Bin Mahmud iaitu Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol terima kasih tak terhingga daripada bangmir kerana datang juga pada majlis tersebut walaupun bangmir difahamkan bahawa beliau bercuti pada hari tersebut dan baru sahaja balik dari Perak selepas habis berkursus. Thanks Bos !. ( rasanya inilah majlis terakhir buat En. Rosdi di Jempol sebelum...... )

Pada penerima Pingat Perak dan Gangsa,Tahniah ! Tahniah ! Tahniah daripada bangmir dan rakan - rakan Team Dekbet. Ini telah membuktikan bahawa Sekali lagi sekolah SMKBBS telah dapat melahirkan seramai 22 orang penerima pingat Gangsa dan Seorang Penerima Perak di dalam Daerah Jempol ini. Syabas kami ucapkan kepada Naim dan Izzat kerana andalah orang yang pertama mendapat Pingat Perak Anugerah Rakan MudaMalaysia di dalam Daerah Jempol ini. Alhamdullilah , kebetulan bangmir pula cuti pada hari tersebut maka dapatlah bangmir uruskan penyampaian anugerah itu bersama - sama guru bertugas di belakang pentas. Walaupun berada di belakang tabir, namun apabila cikgu bertugas mengumunkan nama - nama peserta pingat, rasanya bangmirlah yang paling happy kat belakang pentas tu. Best dengar apabila satu persatu anak - anak didik bangmir di panggil naik ke pentas untuk menerima pingat. Semua ini adalah hasil titik peluh anda sendiri. Sebab itulah anda berpuas hati kerana ia adalah hasil usaha sendiri. Bangmir tahu, walaupun ARPRM Jempol memang agak ketat dalam prosedur pemilihan penerima pingat sehinggakan ada yang tak dapat, kerana kami tak nak lebih kurang namun yang Pasti Badan Operasi ARPRM Daerah Jempol hanya menjalankan amanah yang di beri. Itulah kualiti namanya bukan kuantiti yang kita mahu.

Monday, June 23, 2008

Majlis Penyampaian ARP di SMKLB

( Xpdc kami tempoh hari telah di muatkan Di SINAR HARIAN pada 13hb Jun 2008 . Klik pada gambar sekiranya anda ingin membaca artikel tersebut )

Tahniah ! Tahniah ! Tahniah
Tahniah kepada Penerima Pingat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat SMKLB kerana satu Majlis Penyampaian Anugerah akan di adakan pada Hari Rabu ini 25hb Jun 2008 di Dataran sekolah tersebut. Majlis itu akan di hadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol iaitu En. Mohamad Rosdi Bin Mahmud. Tahniah dari bangmir dan Team Dekbet Jempol. So jangan lupa teruskan buat Pingat ARP Perak pula ok. Anda patut bangga kerana Remaja FELDA telah membuktikan bahawa anda setaraf dengan Remaja Dunia. Sori bangmir tak boleh hadir kerana kerja.....

Mungkin Gunung Datok Rembau ?.

( Gambar Shahrizal , Izat dan seorang Pakcik ( pencari petai ) di atas puncak )
.
Hari Jumaat lepas 20hb - 21hb Jun 2008, bangmir bersama Abu, dan 2 orang budak Senior ARP iaitu Izat ( Perak ) dan Shahrizal ( Gangsa ) telah pergi tengok trek Gunung Datok. Al maklumlah dah lama tak pergi mendaki gunung walaupun baru 3 minggu lepas mendaki Gunung Brinchang. So hari tu kebetulan cuti dan takda nak wat apa - apa, maka bangmir pun ajaklah diaorang ini camping kat Gunung Datok Rembau. Hari sabtunya pula kami pergi mendaki. Al hamdullilah sampai juga atas puncak ngan satu team aweks2 cina. Cun giler. Yang bestnya kami jumpa MAWAS kat atas puncak tu. Besar giler beb. Warna hitam. Inilah first time bangmir jumpa Mawas dalam edisi - edisi perkhemahan dan xpdc . Mengikut kata seorang pakcik tu yang dah berpuluh2 kali mendaki Gunung Datok, peluang nak jumpa binatang jenis tu, memang susah sekali. Bukan apa nampak macam gorila. Seram sejuk jugak. Tapi nasib baik ada beberapa orang pendaki vateran kat puncak tu.So macam berani lah. Bulan nie, boleh dikatakan tiap - tiap minggu bangmir tidur dalam hutan. Nasib baiklah budak - budak ini jenis berani. Mana tidaknya kami berempat jer yang camping kat Base Camp Gunung Datok. Tujuan kami pergi ke sana adalah untuk reky kawasan sebagai satu perancangan kami mengadakan " Perkhemahan ARP Jempol " tidak lama lagi. So bagi sesiapa budak ARP atau badan - badan Operasi ARP di malaysia nie yang berminat nak join sama....sangatlah kami alu - alukan. Harap kita dapat berkumpul bersama - sama dengan budak - budak ARP satu Malaysia dan bertukar - tukar ilmu . Sure Happening kan. Lagi pun KBS pun belum buat lagi perkhemahan terbesar ARP untuk tahun ini. Kalau ada pun terhad sahaja. Tarikh belum tahu lagi. Mungkin masa cuti sekolah. So check it out!!!!! . Nak tahu cerita kami mendaki tu, lehlah klik kat Blog Team Dekbet

Perkhemahan Pengurusan Organisasi

Pada 20 hingga 22h Jun 2008 yang lepas berlangsung Program Perkhemahan Pengurusan Organisasi Peringkat Jempol Dan Jelebu, peserta seramai 28 orang dihadiri oleh penggerak dan Ahli jawatankuasa Persatuan Belia dari beberapa kawasan masing-masing. Pada hari pertama, peserta tiba di tapak perkhemahan ( Tapak Perkhemahan Aktiviti Luar Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Jeram Toi Jelebu) pada jam 7.00 ptg. Pada sebelah malamnya Fasilitator yang tak asing lagi dari Negeri FM (Pak Long) telah membuka tirai ais.......... ( nak tahu lebih lanjut lagi sambungan cerita seterusnya sila klik pada http://gstarzarm.multiply.com/

Monday, June 16, 2008

Y2Y Jempol 2008 memang sporting !!!

Alhamdullilah , Inilah first time rasanya , Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol menganjurkan kursus dimana peserta lelaki lebih ramai daripada perempuan. Malahan memang terlalu ramai buat kami peserta lelaki daripada perempuan. Peserta perempuan cuma ada 7 orang sahaja daripada 70 orang itu. Program Y2Y Daerah Jempol ini telah berlangsung pada 13hb - 16hb Jun 2008 di Jeram Toi Jelebu NS. Apapun Belia Felda yang di kumpul itu, memang lain daripada yang lain. Rasanya memang berbeza kalau di bandingkan pada peserta Y2Y sebelum ini. Mana tidaknya , kedatangan bangmir sahaja pada hari Sabtu tempoh hari selepas balik dari Sambutan Hari Belia NS 2008 kat Kombes Paroi sudah di sambut dengan Para peserta bersolat berjemaah beramai - ramai untuk solat Zuhor. Nak kata ustaz yang control program itu, memang takda pun. Tapi yang menarik belia2 felda ini, mereka akan menunggu rakan - rakan lain untuk solat berjemaah bersama2. Bahkan bukan sahaja waktu zuhor malahan setiap waktu, surau pasti akan dipenuhi para peserta untuk solat berjemaah termasuklah solat subuh atas keikhlasan mereka sendiri tanpa paksaan. Sejuk hati bangmir tengok wajah - wajah diaorang nie. Hebatkan Belia Felda Jempol.




Kalau bab belajar pula, mereka selalu memberikan fokus yang baik terhadap facy. Macam mengajar budak U la pulak. Skema jer. Idea - idea dan pendapat yang di ketengahkan pula memang membuat facy2 terpikir 2 kali. Lagipun budak - budak kali ini memang totip dan bersopan santun orangnya (mana diaorang dapat peserta ini ya ) .Apapun bangmir mewakili rakan - rakan rekreasi memohon maaf kerana tak dapat buat program orientering pada petang itu di sebabkan ada anasir di Hutan Jeram Toi yang dengki dengan warna - warni kad manila kad yang banyak di situ. Apa tidaknya mereka telah memusnahkan dan mengalihkan petunjuk - petunjuk arah bearing. Nanti kalau bangmir lepaskan mahu kauorang sampai Janda Baik la pulak... he..he..he. Macam biasalah kalau Pejabat Belia dan Sukan Jempol buat program selalu mengundang En. Nizam atau Paklong ( Dj Suara Felda Radio Negeri FM ingat sampai bilo - bilo yang pakai baju hitam bercermin mata ada misai tu ) untuk menjadi fasilitatornya. Seperti biasa, paklong pada petang Ahad itu telah membawa secara langsung melaporkan program tersebut. Ramai jugak peserta tercengang hairan macam mana ado lak suara paklong kat dalam radio tu. Apapun Belia Felda Jempol u all memang BEST!!!.... Steady Halim!!!!! Nak join lagi program2 berkhemah sahaja jom join Persatuan Rekreasi Daerah Jempol ok. Lagi senang nak tahu program.

( Pada peserta yang ingin menghantar sebarang cerita, kongsi pengalaman dan coretan , bolehlah emailkan kepada bangmir ok. Nanti bangmir paparkan disi. Bagi sesiapa nak tengok gambar - gambar tempoh hari, Bolehlah klik kat sini ya. Program Y2Y Jempol dan nak tau cerita coretan rakan - rakan Dekbet lehlah klik pada Team Dekbet Story.

Thursday, June 12, 2008

Program Y2Y di Jeram Toi


Pada 13-16hb Jun 2008, Pejabat Belia dan Sukan Jempol menganjurkan Program Y2Y Jempol di Jeram Toi Jelebu NS. Program ini terbuka pada belia dan beliawanis berumur 18-25 tahun. Di fahamkan seramai 80 orang remaja dari Belia Felda Serting dan Felda Palong di pilih untuk menyertai program anjuran PBSD Jempol ini. Ramai juga Jurulatih ARP terlibat. Rasanya tempat ini menarik nampaknya. Apapun jangan lupa , kami akan masukkan cerita - cerita program tersebut pada minggu hadapan ok . Oh ya, rasanya banyak lagi program menarik untuk anda belia dan beliawanis di Jempol akan meyusul selepas ini. Semuanya untuk anda. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui program - program Pejabat Belia dan Sukan Jempol dengan lebih lanjut , sila hubungi Pejabat Belia dan Sukan Jempol di talian 06 4581 399. Jumpa di sana ok.

Wednesday, June 11, 2008

Lawatan Sempena Hari Belia NS 2008

Assalammualaikum,

Sori sebab lambat nak info kat budak - budak ARP Jempol pasal, ARP ada dapat sebuah bas untuk pergi ke Sambutan Hari Belia 2008 Peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi Seremban pada Sabtu ini 14hb Jun 2008. Apapun bangmir dengar cerita ramai juga budak ARP baru yang pergi. So sesiapa nak pergi bolehlah hubungi Kak Rosma kalau ada kosong lagi ok. Banyak program menarik bangmir dengar telah di susun sempena sambutan itu. So Selamat Menyambut Hari Belia 2008 Peringkat Negeri Sembilan pada semua belia dan beliawanis Negeri Sembilan Darul Khusus. Dengan itu Kami Warga Rakan Muda Jempol mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan atas pengorbanan anda semua bertungkus lumus mengaturkan pelbagai program berfaedah dan menarik untuk Belia dan Belia wanis di NS Darul Khusus.

Sambutan Hari Belia 2008 Peringkat NS
Jangan Lupa Anda Semua Di Jemput Hadir Beramai - Ramai Untuk Memeriahkan Sambutan Tersebut.

SEREMBAN 9 Jun - Seramai 6,500 belia dijangka menghadiri sambutan Hari Belia Negara 2008 peringkat Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada 14 Jun ini di Kompleks Belia dan Sukan negeri di sini. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali berkata, program itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang turut menyampaikan beberapa anugerah sempena sambutan berkenaan.

''Sempena program ini, pihak jabatan juga menganjurkan beberapa aktiviti yang bermula dari 14 Jun dan berakhir keesokan harinya sebagai menyemarakkan lagi sambutan Hari Belia Negara 2008 peringkat negeri ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan Jawatankuasa dan Ahli Kelab Wartawan Negeri Sembilan (i-KWAN) di Klana Resort di sini hari ini. Hadir sama ialah Presiden i-KWAN, Ainol Amriz Ismail yang juga Ketua Biro Utusan Negeri Sembilan, Ketua-Ketua Biro akhbar tempatan dan pengamal media cetak dan elektronik di negeri ini. Menurut Baharudin, antara yang menarik ialah majlis ramah mesra bersama Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha pada 14 Jun ini.

Katanya, antara program yang akan diadakan termasuk pertandingan futsal Piala Menteri Besar Negeri Sembilan dan Piala Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 14 dan 15 Jun ini. Turut diadakan kejohanan kecergasan peringkat negeri mencakupi acara 'step aerobik,' 'hip hop,' 'fit ball,' lompat tali, klinik go kart dan minibike, pameran agensi, gerai jualan, persembahan artis Amylea dan Afiq, demonstrasi basikal, promosi kad Rakan Muda dan cabutan bertuah.

Beliau berkata, orang ramai, khususnya generasi belia dijemput untuk bersama-sama meraikan sambutan Hari Belia Negara 2008 peringkat negeri ini. ''Apa yang penting, sambutan Hari Belia ini dilihat sebagai satu pengiktirafan kerajaan kepada pemimpin belia, penggerak belia, rakan kongsi serta agensi berperanan dalam pembangunan belia," jelas beliau.

Friday, June 06, 2008

Xpdc Gunung Brinchang Cameron Highland


Alhamdullilah Xpdc Cameron Highland yang disertai seramai 53 orang itu pada 29hb Mei - 2hb Jun 2008 anjuran Kelab Prostar dan Persatuan Rekreasi Daerah Jempol dengan kerjasama Gerakan Belia Batu Kikir telah berjalan dengan lancar. Program kali ini memang jenis lepak habis dan santai. Bak kata orang takdalah Bab - bab ceramah, duduk dalam dewan, dan tulis sana - tulis sini. Program banyak berjalan jer. Maklumlah banyak tempat menarik kat sana. Kalau tak pergi rugi pulak. Apapun pada xpdc ini tak ramai budak ARP yang join. Yang ada cuma, Hanif, Hafiz,Iskandar, Hirohman dan Naim. Diaorang satu team. Naim pula pihak ARPRM Jempol telah menaja tambang beliau bagi melengkapkan Komponen Xplorasi untuk Pingat Emas. Untung Naim. Kami bertolak malam jumaat 29hb . Sampai di Cameron pada pagi Jumaat jam 4.30 pagi. Mak ai sejuk giler. Setelah solat di masjid kami pun melakukan lawatan di beberapa tempat menarik. Akhir sekali jam 2.30 ptg barulah kami pergi ke tapak perkhemahan di Sungai Pauh. Keesokkan harinya jam 7.00 pagi kami dah gerak ke Pekan Brinchang untuk berjumpa dengan Pak Guide kami iaitu Pakcik Jalil dan Pakcik Hamid bagi memulakan xpdc ke Gunung Brinchang. Laluan trek memang mencabar tetapi tak lah secabar Gunung Angsi. Maklumlah Sejuk. Jam 10.30 pagi kami dah sampai puncak. Rehat2 then untuk balik ke camp kami try ikut jalan Tea la pulak walaupun jauh. Jarak lebih kurang 9Km ( macam tak caya jer bangmir leh jalan sejauh tu). Pemandangan memang cantik tapi kami redah jer dalam hujan. Sampai kat pekan pasar Klim Farm ada kecoh sikit sebab Team Abu hilang kemana. Apapun kami terserempak dengan Team Abu seramai 20 orang itu di pertengahan jalan raya semasa kami naik bas tambang menuruni bukit di jalan utama. Berlari diorang kejar kami. Apa lagi Si Abu kena Sekolah lah dekat bangmir kerana ambil keputusan bawa budak ikut jalan raya tanpa pengetahuan team bangmir. Esoknya kami pergi gotong royong di Masjid Abu Bakar. Tak sangka, rupanya ahli jawatankuasa masjid dan penduduk kampung memang dah menunggu kedatangan kami. Siap dengan peralatan dan bunga - buangaan untuk di tanam. Petangnya kami pergi berlegar - legar di Tanah Rata untuk edar risalah Aids dan Hiv. Time ini lah untuk budak - budak ini merayau dan ronda - ronda. Malamnya bangmir bawa diaorang pergi jalan - jalan Pasar Malam Cameron. Ada citer kami kena kejar orang mabuk. Padam muka budak - budak ini. Apapun program xpdc kali ini memang best sebab SANTAI jer. Lagi pun budak - budak rekreasi kali ini memang dengar cakap,best dan profesional. Bab memasak dan makan memang takda masalah walaupun hari - hari ujan. Lagipun mereka dah banyak join program - program perkhemahan so dah biasa dan memang suka hidup dalam hutan ini. Pada budak - budak Rekreasi Jempol jangan lupa ada program lagi menyusul selepas ini.Oh ya bagi budak - budak ARP yang minat dengan aktiviti rekreasi ini jangan lupa sertai kami dan dapatkan borang Ahli Persatuan Rekreasi Jempol pada abang Fami di Pejabat Belia dan Sukan Jempol. So senang kita gi camping selalu ok. ( nak tengok gambar boleh klik pada www.kelabprostarjempol.blogspot.com

SMKSJ Buka Cawangan ARPRM

Wah , sekarang budak - budak Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol ( SMKSJ ) , dah boleh join ARP kat sekolah mereka sahaja. Ini kerana Sekolah itu telah dipilih oleh Pejabat Pendidikan Daerah Jempol sebagai sekolah PILOT PROJEK untuk Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol bersama Pusat Operasi ARPRM Jempol sudah pun melakukan kunjungan ke sekolah berkenaan bagi memberi penerangan mengenai skim ini. Cikgu Sulaiman telah di beri tanggungjawab bagi merealisasikan program ini dan di bantu oleh beberapa guru. Bangmir harap program ini akan berjalan dengan lancar dan berharap dapat melahirkan lebih ramai lagi Pemegang Pingat Gangsa pada tahun ini. Tahniah dari Pusat Anugerah Remaja Perdana Jempol atas perlantikan SMKSJ sebagai PILOT PROJEK ARPRM 2008.



( Yang kat atas tu gambar Kibal sedang membaiki khemah baru - baru ini di kompleks Rakan Muda Jempol. Beliau dah beransur sihat. Alhamdullilah )