Thursday, January 10, 2013

Selamat Datang 2013 - Berhulu Camp

Alhamdullilah syukur pada nikmat allah, bangmir dapat lagi bersama menulis dalam ruangan ini. Sudah 9 hari lepasnya sambutan tahun 2013. Apapun pada 4hb Januari 2013, UiTM Segamat telah membuka tirai persekolahan Berhulu Camp Jempol . Selepas itu, selang seharinya pula, kami menerima tetamu dari Jabatan Penilaian Daerah Jempol yang mengadakan Family Day diaorang. So Berhulu Camp kembali riuh rendah semula setelah bercuti hampir sebulan di penghujung tahun 2012 kerana proses pembersihan dan menaikkan taraf kemudahan yang ada di sini. UiTM segamat rasanya dah banyak kali datang ke sini. Malahan kursus kepimpinan tempoh hari ada juga peserta yang sama datang semula ke sini berkursus bersama kami lagi. Rasanya tak sampai 3 bulan diorang dah dtng ke sini semula. Mungkin sudah terpaksa ataupun terpilih , maka mereka berjumpa semula bangmir, haidil , abang hanip, Sabtu dan Apak. Dulu abang Musa dan Kak Zura tiada time tu. Tapi sekarang kami dah ada 2 staf tambahan yg memegang potfolio tersendiri.
.

Banyak benda hendak bangmir ceritakan bersama suka duka, bangmir bersama my partner abang Hanip dalam proses menguruskan pusat latihan dan rekreasi ini. Namun kami belajar dari banyak pengalaman yang kami kutip dari dulu lagi. Ia menguatkan kami untuk meneruskan impian kami berdua. Alhamdulilah, boleh di katakan semua rakan - rakan dekbet yang banyak membantu kami di kem tersebut seperti paklong, abang edy , abu, piloi, abang man , izat dan rakan - rakan lain. Terima kasih u all. Tanpa u all membantu, kami mungkin tidak akan sampai seperti hari ini. 

So pada mereka di sana yang masih tercari - cari tapak perkhemahan, pakej perkhemahan , atau ingin mengadakan kem motovasi , jom try di berhulu camp jempol ok. Bangmir dan rakan - rakan sentiasa menantikan kehadiran anda. Lain kali kita bercerita lagi ok. More detail . www.berhulucamp.blogspot.com .