Sunday, December 09, 2012

Berhulu Camp - Satu Impian 2012

Alhamdullilah, maka tamatlah program - program di berhulucamp sepanjang 2012. Rasanya YCK - Yayasan Chow Kit Kuala Lumpur adalah last customer kami sebelum pusat latihan dan rekreasi ini, ditutup sementara disember ini bagi memberi laluan kerja - kerja baik pulih dan naik taraf  kemudahan di sini. 

Terima kasih pada abang hanip - My partner yang selalu berkerja kuat untuk menguruskan kem di kala bangmir tak dapat selalu berada  di berhulu camp. Tahun ini, juga kami sudah sedia menerima kekerapan tempahan disebabkan di kem , kami dah ada fasilitator tetap iaitu Paklong Nizam dan terbaru, kami dah ada Pak Musa yang stat kerja pada Oktober lepas. Beliau pun dah berhenti bekerja di Melaka dan sedia memberi sumbangan khidmatnya di sini. Kami juga dah ada Apak ( partime ) bagi membantu kerja2 Izat dan Sabtu. So rasanya tiada masalah untuk kami beroperasi sepenuhnya tahun depan 2013  berbanding tahun lepas. Kalau dulu, bila  nak terima tempahan mesti cek dulu sama ada bangmir atau abang hanip...ada cuti tak time klien dtng ke kem untuk berkursus. Kalau kami berdua x dapat bercuti maka kami akan tutup kem. Ingat dulu time bdk2 ARP Segamat datang. Kami terpaksa tutup kem tapi disebabkan diorang nak jugak dtng, maka kami serahkan kem tersebut untuk mereka berkursus. Kira tahun lepas just main2 jer bisnes.

Tahun ini,  bangmir, Berhulucamp dan juga team dekbet khususnya telah kehilangan sahabat yang sangt di sayangi iaitu Abang Fahmi. Emmmmm.....terlalu sedih untuk di ceritakan. Banyak kenangan kami bersama hampir 13 tahun dalam kerja - kerja sukarelawan dan perkhemahan. Kalau kau orang tak percaya, boleh cari  tulisan bangmir bersama arwah fahmi di blog ini. Banyak juga gambar kenangan beliau di blog ini. Untuk Fahmi. Terima kasih. Kem ini juga bermula dari Aruwah Fahmi dan Abu Ubaidah juga. Mereka berdualah yang banyak membantu membangun kem ini stat daripada O - Zero lagi. Sekarang banyak berubah.
So tahun 2013 ini, kami telah merancang menyediakan pelbagai pakej perkhemahan dan pakej motivasi yang menawarkan harga yang berpatutan pada semua pelanggan. Harap bangmir akan mendapat kawan dengan ramai lagi tahun depan. Ialah setiap kali  peserta datang ke kem, pasti kawan bangmir bertambah.
.

Harapan bangmir dan bang hanip  agar Berhulucamp akan di kenali ramai. Insyallah kami nak buat macam slogan Air Asia tu" Everyone Can Fly " Kalau di berhulucamp mungkin " Everybody Can Camp Here ". Terima kasih Abang Hanip.........Pada Aruwah Fahmi - Jasamu akan kami ingat sentiasa di Berhulucamp. Pada bekas staf yang kami sayangi - Bro Abu. Hai semenjak dapat kerja lain...jarang benar dah dtng ke sini yer...almaklumlah dah pandai bercinta....hehehe...

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan Daripada BerhuluCamp

Alhamdullilah....Sabtu lepas 21hb July 2012 kita dah mula berpuasa. Terlalu lama bangmir tidak menulis time2 ramadhan ni. Zaman dulu, masa aktif dengan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol kalau bulan ramadhan ini, macam - macam cerita keluar dalam blog ini. Namun mungkin sekrang kesibukan tu, menyebabkan peranan nak menulis tu kurang atau erti senang MALAS. 

Oh ya minggu lepas sebelum Ramadhan, kami menerima 2 team iaitu Jumaat 13-15hb July adalah pelajar - pelajar dari UiTM Puncak Alam dan selang sehari tu 14 - 15hb July tu, geng JKM - Jab Kebajikan Masyarakat Jempol pula masuk. Bulan July sepatutnya memang kami tak ambik tempahan sebab abg hanip kerap berkursus jabatan pada hujung minggu manakala bangmir pula susah nak pohon cuti pada hujung minggu tambahan pula kem sedang dalam proses penyelenggaraan. Apapun disebabkan minggu tu, ada tempahan khas daripada JKK Kg Serting Ulu maka kami terimalah team lain masuk sekali iaitu UiTM Puncak Alam. So alhamdulilah semuanya berjalan lancar cuma bangmir belum sempat nak dapatkan gambar2 xtvt geng - geng Uitm.
So kesempatan ini, bangmir mewakili rakan - rakan BerhuluCamp Jempol ingin mengucapkan Salam Ramadhan dan selamat Berposo ya. 

Tuesday, June 19, 2012

Berhulu Camp Jempol !!

Tanggal 19hb Jun 2012 Hari Selasa, maka bermulalah SATU detik, permulaan bangmir bersama BERHULUCAMP. Tarikh ini, akan bangmir dan Abang Hanip ingat sehingga akhir hayat. Sinilah bangmir bermula. Walaupun pahit manis terpaksa di harungi bersama Abang Hanip, Namun bangmir terpaksa teruskan jua. Terima kasih Izat ARP kerana sudi menjadi peneman walaupun ia payah untuk di ertikan. Tambahan pula hari itu , badan memang tak sihat di campur sakit perut tang pagi tu....he..he..he..
Apapun MISI  terpaksa diteruskan demi masa depan yang pasti baik hendaknya. Terima kasih pada semua yang berada semasa sesi soal jawab tu...hanya izat yang tahu betapa pahitnya kata - kata itu datang dari mulut seorang insan yang di cipta oleh allah. Apapun biarlah ia menjadi sejarah dan titik permulaan bangmir dan Abang Hanip di BerhuluCamp. Ia akan menjadi lakaran sejarah buat kami dalam mengharungi kehidupan yang adakalanya payah untuk di tafsirkan.
Kem latihan dan perkhemahan , pakej perkhemahan pelajar , pakej motivasi , tapak perkhemahan , pusat latihan dan kursus , kem motivasi , pakej pelajar sekolah , kem bina semangat , training centre ,kursus motivasi pelajar , pakej budjet pelajar ,

Friday, June 15, 2012

Kem Kolej Komuniti Segamat 2

Semalam maka tamatlah program Kem Kolej Komuniti Segamat 2 yang berlangsung di Tapak Perkhemahan dan motivasi Berhulu Camp( BC ) Jempol bermula 11-13hb Jun 2012. Rasanya dalam 40 orang peserta dan di temani 14 orang cikgu opsss... pensyarah. Walaupun bangmir tak ada di kem semasa program berlangsung, namun perjalanan program dan urusan pentadbiran masih bangmir uruskan dari KL. Sorrylah tak dapat join sebab kerja. Apapun terima kasih pada my partner Abg Hanip yang selalu membantu menguruskan BC. 
Perjalanan Program diuruskan  sepenuhnya oleh pensyarah2 mereka cuma Berhulucamp handle bahagian Night Trekking dan Heavy Trekking. Bestnya semua peserta adalah lelaki dan pensyarah pula kebanyakkan adalah wanita. Nama program lupa pulak. Apa yang menarik di sini ialah mereka adalah team pertama yang telah sampai ke Air Terjun Level 2 Jeram Serting ulu. Ini kerana pakej ke Gua telah kami mansuhkan disebabkan Gua tidak boleh di masuki semenjak tahun lepas lagi. Sebelum ini, ada juga pakej heavy trekking tapi kami cuma alihkan agar ia lebih jauh dan mencabar tetapi tidak menghala ke Air Terjun level 2. Cuma kalau lite trekking, kami akan bawa ke Air Terjun Level 1 sahaja.  So tahniah pada mereka. Dulu pun orang Segamat juga yang pertama berjaya menawan Air Terjun Level 1 iaitu Sek. Palong Timur Segamat sebab cikgu diaorang dan anak2 murid mereka sangat bersemangat walaupun time tu hujan lebat. Hebat budak2 Sekolah Palong Timur Segamat. Pemerhatian yang bangmir nmpk, banyak team2 just sampai di pertengahan jalan sahaja sebelum sampai Level 1 kerana dah lewat petang atau terkejar masa utk majlis penutupan. So tahniahlah pada Kolej Komuniti Segamat 2 kerana anda adalah Team PERTAMA membuka tirai untuk trek tersebut. Terima kasih kepada Guide2 Pejabat Perhutanan Simpang Pertang kerana membantu menjayakan trek tersebut. 
( Pakej perkhemahan , Pakej motivasi pelajar , tapak perkhemahan , kem motivasi pelajar , 

Monday, June 11, 2012

Bangmir Kembali Semula Berblog

Ya allah, ya tuhanku, terima kasih kerana kau izinkan aku hari ini untuk berblog semula setelah hampir  2 tahun, rasanya bangmir menghilangkan diri dalam dunia blog di sebabkan sibuk menguruskan beberapa - berapa laman web berbentuk bisnes. Hari ini 11hb Jun 2012, insyallah bangmir akan kembali menulis. Dah tua rasanya bangmir ini. Ialah dari umur muda semasa aktif dengan perkhemahan , Xpdc dan ARP , sekarang bangmir dah ada 2 orang anak. Rakan - rakan seperjuangan pula, ramai dah bersara. Mungkin di sebabkan kesibukan bersama family, hingga lupa bangmir kepada blog ini. Blog yang banyak mengajar bangmir erti dunia WEBSITE. 

Apapun blog ini, akan bangmir tukarkan bukan fokus kepada Dunia ARP atau Anugerah Remaja Perdana. Ini kerana dah lama sangat bangmir tak terlibat dengan dunia ARP lagi semenjak tahun 2008 lagi kerana sebab - sebab tertentu. Biarlah ia menjadi rahsia kami anak  beranak Dekbet Team yang aktif sedikit masa dahulu di Pejabat Belia dan Sukan Jempol NS. Blog ini akan bangmir fokuskan kepada dunia PERKHEMAHAN. Ialah dari tahun 1994 lagi sehingga hari ini ( sudah 18 tahun ), Xtvt itu tidak pernah bangmir tinggalkan walaupun dah ada anak 2. Ingatkan dah tua dah lupa bab camping ini. Tapi rupanya semakin tua semakin menjadi - jadi pula.He..he..he.. . Cuma cara camping bangmir dah berubah sikit.... So blog ini akan menceritakan segala suka duka peserta bangmir dan pengalaman bangmir di DUNIA BERHULU CAMP Jempol iaitu salah satu kem perkhemahan dan motivasi pelajar yang bangmir ciptakan bersama rakan bangmir iaitu Abg Hanip atau lebih dikenali Abang Dekbet. So bagi anda yang mencari kem perkhemahan pelajar ataupun ingin menganjurkan kem motivasi bolehlah melayari www.berhulucamp.blogspot.com . Semoga kita berjumpa lagi di lain arena ok.