Monday, February 25, 2008

Mana Perginya Program2 Arprm Jempol?

Ya lah mana perginya program - program ARP Jempol. Rasanya lama ARP Jempol tak buat program macam camping, perjumpaan, xtvt arp dan sebagainya. Nak tau ceritanya kliklah di www.prostarjempol.blogspot.com

Friday, February 01, 2008

Lawatan Menteri Belia Dan Sukan ke Kuala Pilah

Bangmir difahamkan pada 4hb Februari 2008 hari Isnin ini, YB Dato' Sri Azalina Dato Othman Said iaitu Menteri Belia dan Sukan Malaysia akan melawat Kuala Pilah untuk program belia Daerah serta Majlis Pertauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat NS. Di Jempol pula kami telah menghantar 2 orang wakil penerima Pingat Gangsa iaitu saudara Amar dan Saudari Fatehah kerana semasa majlis pertauliahan di Seremban tempoh hari, nama mereka tidak tersenarai walaupun sudah menyiapkan semua komponen. Namun ada hikmahnya kerana pertauliahan kali ini di Kuala Pilah amat berbeza sekali kerana mereka berdua beruntung disebabkan Menteri Belia dan Sukan Malaysia sendiri yang akan menyerahkan pingat itu kepada mereka. So bangmir dan warga Team ARP Jempol mengucapkan tahniah kepada Amar dan Fatehah begitu juga kepada peserta ARP dari daerah lain di NS yang akan menerima Pingat ARP pada hari Isnin ini.Oleh itu bagi remaja dan belia yang berhampiran Kuala Pilah, Jom kita ramai - ramai datang ke Kompleks Rakan Muda Daerah Kuala Pilah untuk memeriahkan majlis tersebut. Ajaklah kawan - kawan ya.
Jom kenali TEAM DEKBET . Jom klik
www.prostarjempol.blogspot.com