Tuesday, September 26, 2006

SELAMAT BERPOSO

( Gambar ini mengadap laut gumah ser )

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan...

Apa khabar semua team2 Arprm Jempol. Poso tak... sure u all poso.. Apapun salam ramadhan diucapkan pada u all semua. Rebutlah pahala yang berganda2 khas untuk ramadhan ini dan hayatilah keindahan Ramadhan itu sendiri. Semoga kita mendapat keberkatan dan hidayah dari bulan yang mulia ini. Bagi sesiapa yang nak hantar ucapan peribadi dan kata2 sempena ramadhan ini bolehlah klik pada ' Add comment" kat bawah nie atau klik pada ' Email Me' atau hantar terus ke Email saya Kembara_dca@yahoo.com. Nanti ser masukkan dalam laman nie. Jumpa lagi. Assalammualaikum

Friday, September 22, 2006

SLOT " KENALI RAKAN KAMI "


Assalammualaikum dan salam Arprm.

Lama tul eser tak masuk laman nie. lebih2 lagi meng gap date web kesayangan ser nie. BC tu takdalah tapi kat tower nie ramai pengguna internet. 2 minggu nie memang sibuk sikit dengan aktiviti SAR kat sini. Maklumlah kami kat sini tak boring sebab ada TUDM Kapten Yazid,Kapten Firdaus,Kapten Rizal, TUDM Amir ( sama lak nama ) dan TUDM Fadli yang menghiruk pikuk kan tower nie. Mejar Jack dari Royal Singapore Airforce pun selalu gak naik tower borak2. So takdalah boring kami kat sini. Tapi hari ini... semua dah balik naik chopper masing2. Sunyilah balik. SO APO CITO KITO YOR.... Okeylah sekarang eser dah ada satu slot " Kenali Rakan Kami ". So bharaplah agar dapat u all hantar sikit biodata + cerita + gambar kat slot baru tu. Ada gak tetamu laman web ini tanya melalui email tentang rakan2 kito tu lebih2 lagi 2 orang penghuni Jom SMS tu... So hantarlah ke email ser ya... nanti saya masukkan dalam slot baru kito tu...

Saturday, September 16, 2006

KERJA BAIK2 FAMI & ATAN

Assalammualaikum dan Salam ArpRm

Dan - dan jer dengar Si Fami Besar and Atan dah dapat ofer kat KRMJ ( Kompleks Rakan Muda Jempol ). Itu pun tau kat Ani sebab dia sms pagi2 subuh 2 hari lepas. Amboi diaorang nie dah dapat kerja senyap2 jer. Takda pun war - war kat eser . Apapun tahniah kepada u all sebab dapat kerja kat situ. Semoga kerja dengan bersungguh-sungguh ya. Tima Kasih kat En. Rosdi ( Peg. Belia dan Sukan Jempol ) sebab ambik budak2 rajin nie.

Wednesday, September 13, 2006

RAJINNYER...

Asalammualaikum dan salam ARPrm Jempol....

Wah rajin nyer diaorang nie cuci pinggan mangkuk. Tapikan cuba kauorang tengok si aidil tu manjang jer menyibuk jer bergambar. Bulan ini ser ingat nak memperkenalkan rakan - rakan saya. So kena buka satu ruang baru dalam web ini... apa kata u all.... setuju tak..

Monday, September 04, 2006

ARPRM dan PROSTAR JEMPOL


STOP CAMPING FOR RAMADHAN

Assalammualaikum....

Nampaknya 3 program pada bulan ogos lepas adalah program terakhir eser join untuk tahun 2006 sebelum puasa menjelang. Biasanya bulan ramadhan kiteorang tak camping dalam hutan tetapi buat juga camping tapi kat masjid. Ingat lagi sejak tahun 2001 - 2003 ...kami geng2 telah wat kem ramadhan kat masjid kg serting tengah. Dulu ramai join... maklumlah camping bulan puasa. Tinggal dalam khemah 3 hari 2 malam tapi penat. Banyak pengisian agama untuk remaja. Budak - budak memang syok tapi kami ngan kaum ibu kat kg penat giler bertanak untuk diaorang. Budjet kami dapat dari PBSD Jempol. Tima kasih En. Rosdi sebab selalu sokong kami wat program sedemikian. Rasanya tempat lain jarang wat camping pada bulan puasa. Cuma kem jer. Tapi konsep tetap sama. Tapi kat kg tu memang best sebab ada geng2 sukarelawan. Nasib baik ada Fahmi Besar, Fahmi Kecik, Abu Hensem,Faizal + Fadly ( adik beradik ), Edi, Meong, team2 aboy alhu yassin, Fifi ( bukan tv3) ,Rahim, dan dibantu oleh team2 kg Serting Ulu iaitu hanip,musa, Nizam,Intan dan Team2 Dekbet. Tanpa u all tentu kite takleh wat program kat kg tu atau kat Kompleks Rakan Muda Jempol atau ARPRM Jempol mahupun PROSTAr. Boleh dikatakan budak2 Kg Serting Tengahlah yang selalu mewarnai urusetia program2 PBSD mahupun jurulatih. Apapun Thanks banyak2 sebab selalu bantu bangmir buat program tanpa kenal erti elaun,tips,gaji,upah atau sebarang habuan dan bayaran. Team Dekbet pun apa kurangnya... U all lagilah..... FREE jer tolong..... Hairankan... Tuhan sajalah yang dapat membalasnya. Tapi bila dipusing2 baik Pejasa, Prostar, ARPRM , program2 PBSD kalau dihitung orangnya adalah sama balik.Terima kasih semua. So Bulan puasa nie,nampaknya kite berehatlah dulu program2 camping / xpdc tu ya.
( * 5zal - Kau bilo laie nak buat program untuk budak2 ipt kau tu- pengalaman dah banyak )

Sunday, September 03, 2006

KERANAMU MALAYSIA

Amboi - amboi tengoklah diaorang nie.... Sampai tak ingat dunia langsung..... Agaknya terlampau sodap lauk yang urusetia masak tu.... Apapun di sini eser nak mengucapkan SALAM MERDEKA kepada semua anak - anak murid eser yang pernah join program2 eser sepanjang 10 tahun ser terlibat dengan kem - kem perkhemahan. Syukur alhamdullialah sebab MERDEKA lah kite dapat g Camping.... Hayatilah Maksud Kemerdekaan itu bukan setakat di rai sahaja... Salam Merdeka dari Abang Amir dan Rakan - rakan Team Dekbet Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol.

Saturday, September 02, 2006

KEM REMAJA SERTING ULU -KAT PENABONG

(Taklimat yang betul - betul di ambil perhatian oleh peserta2 )

Assalammualaikum dan salam arp

Lama tul tak update laman nie. Bukan apa ada beberapa program kenan handle. Tambahan pula eser balik kg stat 16hb Ogos .Komputer kat kg OUT lak. Pastu eser ada beberapa program kena join. 17hb Ogos beri taklimat Arprm pada PRM N9 kat KOMBES Seremban. PAstu kena tolong handle Cikgu Azman wat program Team Building kat Kompleks Rakan Muda Jempol untuk Pegawai2 KBS seluruh negeri pada 20hb Ogos.. Habis program tu...eser join lak prgm Kem Jiran Muda Rakan Muda kat Kompleks peringkat N9 . Lama tul program ini berlansung. Stat 22hb - 27hb Ogos. Tapi hari penutup eser dah balik pun ke Tioman sebab isnin stat kojo.So bila dah jdi Ketua Urusetia agak BC kit. Banyak kena handle lak tu.... Modulnya begitu terapi tul. Nasib baik team urusetia kuat2 semuanya. Tks tak terhingga pada Fahmi Besar ( Bravo) , Fahmi Kecik, Z, Abu, Angah, Musa ,Wan PKN, piloi dan Aidil ( Cover ser ) dan beberapa orang sukarelawan Arprm. Lama tul kite tak BC2 kat kompleks tu. Rasanya nielah pertama kali kite dapat berkumpul di KRMJ untuk wat prgrm semenjak saya transfer ke Pulau Tioman. Thanks U all sebab wat kerja dengan betul2 sukarelawan. U all langsung tak tanya pasal tips ke elaun ke habuan ker.Yang eser tengok u all nie suka wat kerja2 sukarelawan dan layan kerenah peserta dengan happy sekali.Susah tul nak jumpa orang2 macam nie.Gambar kat atas tu masa hujung Julai lepas. Wat program kat Penabong Tanjung Penyamun Mersing. Entah macam mana eser leh terlibat program. So pas habis progam ser terus balik Tioman naik Feri kat Rompin. Thanks Cikgu Azman and Anip Dekbet sebab benarkan 15 orang budak kg ser join. Kepada peserta Kem Jiran Muda Rakan Muda kat Kompleks Rakan Muda Jempol tempoh hari . Maaf sebab kami tak beberapa dapat berkenalan dengan anda dengan lebih dekat sebab terlalu BC menguruskan kehendak Modul Program manakala peserta Kem Remaja Serting Ulu Penabong Mersing semoga berjaya dalam pelajaran. Terima kasih kerana memberi peluang kepada kami berkenalan dengan anda semua.