Tuesday, September 22, 2015

Lama saya tidak menulis

Alhamdulilah sekarang sudah Sept 2015. Sudah lama saya tidak menulis di blog kesayangan saya masa saya muda - muda dahulu. Hari ini terlintas di hati untuk melawat sini. Lama bebenar saya tinggalkan blog ARP ini. Dulu boleh dikatakan tiap2 hari pasti saya mengadap blog ini. Hari ini saya dah tukar bajunya. Banyak item2 lama tidak boleh di buka, so kena tukar baju blog ini bagi kasi laju bila nak buka blog ini.

Apapun rasanya saya belum bersedia nak menulis lagi..cuma sayangnya kerana di sini banyak memori saya simpan utuh segala aktiviti saya semasa aktif bersama rakan muda malaysia. Ini adalah gambar barisan staf dan facy di berhulucamp. Mereka dari dahulu sampai sekarang masih erat bersama saya di Pusat Latihan dan Rekreasi BERHULUCAMP.Berganding bahu untuk mendidik remaja..seperti yang pernah dilakukan dahulu oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Program Rakan Muda.Walaupun sekarang 2015 Rakan Muda sudah tidak famous atau bagi saya sudah ' TIADA ' sebab ramai generasi muda yang tidak mengenalinya..namun, auranya masih kami simpan erat di dalam hati ini.

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini.
.