Sunday, April 29, 2007

PROSTAR JEMPOL SEPONSER PROGRAM BEB


Tima kasih di ucapkan kepada Prostar Jempol kerana sudi bergabung dengan program KEM REMAJA EMAS yang berlangsung sekarang ini di Jeram Sering Ulu. Dengar ceriter diaorang seponser baju....lawa jugak...Hai rugilah sapa yang tak g tu.... Baju siap ada tulis ARPRM lak tu.... Tks sebab bagi seponser baju,banner dan Khemah masak... Mekasih MAYO... Mekasih PROSTAR JEMPOL
(Sedihnyer sebab tak dapat join program u all - Kojorrrrrrrrr)

Saturday, April 21, 2007

Kompang Jempol Sedia!!!



Nampaknya Team Kompang Arprm Jempol sudah pun menjalani latihan. Latihan akan dibuat setiap hari Jumaat - Ahad jam 4.30 - 6.30 petang di Kompleks Rakan Muda Jempol. Ramai jugak yang hadir untuk menyertai komponen ini. Cikgu Syafie adalah pak guru kompang kami. So bagi sesiapa yang berminat di daerah Jempol ini yang memerlukan kami untuk bermain kompang di rumah kenduri kahwin, majlis2 keramaian atau apa2 majlis pun, anda bolehlah menempah dengan menghubungi urusetia ARPRM Jempol di 06 - 4581 399 bercakap dengan Rosma atau Fahmi ). Kami boleh main di sekitar N9 in insyallahi.....

Saturday, April 14, 2007

ANUGERAH BELIA NEGARA 2007

( Pintu masuk ke Jeram Serting Ulu )

( Tapak Perkhemahan Agro Jeram Serting Ulu )

( Nyamannya kalau camping kat sini )

Assalammualaikum, Tahun ini Gabungan Belia 4B Kg Serting Ulu telah dipilih mewakili Negeri Sembilan bagi Anugerah Belia Negara 2007 peringkat NS. Ini kerana persatuan mereka telah memenangi kategori tersebut setelah di hakimi pada 22 Mac 07. Tahniah diucapkan. Oleh yang demikian Persatuan Belia 4B Serting Ulu berbesar hati menjemput semua warga Malaysia untuk datang pada Ahad 29hb April 2007 di Kampung Serting Ulu Simpang Pertang NS bermula jam 9 pagi kerana mereka akan mengadakan pameran dan aktiviti belia sepanjang hari tersebut. Kebetulan pula ARPRM Jempol juga mengadakan perkhemahan di Kem Agro Jeram Serting Ulu ( milik persatuan mereka ) . Bagi yang penat pula bolehlah merehatkan diri sambil mandi manda bersama anak - anak di Jeram Serting Ulu tidak jauh dari kawasan pameran tersebut. So Jom Pakat Datang Ramai - Ramai Yor..........

MESYUARAT KEM REMAJA EMAS ARP 2007

Semalam seramai 21 orang Dekbet telah menghadiri Mesyuarat Kem Remaja Emas ARP 2007 di Bilik Mesyuarat Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Belia Dan Sukan Jempol , En. Mohamad Rosdi Bin Mahmod dan di bentangkan oleh En. Hanip selaku Ketua projek bagi perkhemahan ini. Program yang mendapat kerjasama dengan Gerakan Belia 4B(M) Caw Kg Serting Ulu ini akan disertai seramai 85 orang perserta yang terdiri daripada peserta ARP Jempol dan remaja kampung tersebut. Semua perbelanjaan akan ditanggung oleh pihak penganjur kecuali Ration makanan sahaja tidak termasuk dalam pakej ini. Oleh itu demikian pelajar dinasihatkan membawa bahan - bahan makanan mengikut kumpulan masing - masing.
Pendaftaran pada hari jumaat jam 2.30 petang dan dijangkakan bertolak jam 3 petang dengan menaiki bas. Pelajar di wajibkan memakai baju merah seperti biasa. Sila bawa keperluan perkhemahan untuk kegunaan disana nanti.
Difahamkan juga , jawatankuasa bahagian khemah akan melawat tapak pada hari ini. Pelbagai program di susun sepanjang program ini berlangsung. Pihak ARPRM Jempol mengucapkan Tahniah dan Syabas di atas kejayaan yang di perolehi oleh GB4B Kg Serting Ulu kerana telah memenangi juara Kategori Perpesatuan Anugerah Belia Negara ( ABN ) 2007 Peringkat Negeri Sembilan. Pada hari berlangsungnya perkhemahan itu juga mereka juga akan di datangi oleh panel - panel KBS untuk pertandingan ABN Peringkat Kebangsaan. Marilah kita berdoa agar Persatuan Belia 4B Seting Ulu ini akan memenangi ABN 2007 Peringkat Kebangsaan pula.

Monday, April 09, 2007

KEM MOTIVASI ARP JEMPOL GB4BSU.


TEN Q GABUNGAN BELIA 4B SERING ULU = ABANG HANIP DEKBET !!!

Terima kasih Abang Anip Dekbet kerana sudi mendapatkan seponser bagi Kem Motivasi ARP Jempol yang akan diadakan pada 27hb - 29hb April 2007 di Jeram Serting Ulu. So semua budjet program akan di tanggung sepenuhnya oleh Gerakan Belia 4B Serting Ulu. Bertuah lah U all kerana tak payah keluar satu sen pun untuk sertai program sebegini. Kalau bangmir wat program sure u all kena keluar sedikit duit. Program ini akan disertai juga oleh remaja dan pelajar kampung itu juga. Dijangkakan seramai 80 orang akan menyertai program tersebut. Keutamaan akan kami beri kepada peserta arp yang aktif dan buku diarinya dah berisi. So apalagi daftarlah cepat. Insyaalah Team Dekbet pun akan dipanggil untuk menjayakan program ini nanti....
Perhatian Bagi Lepasan SPM dan Belia Jempol.
(BORANG IKBN SUDAH BOLEH DIPEROLEHI DI PEJABAT BELIA DAN SUKAN JEMPOL. BAGI SESIAPA YANG BERMINAT SILA AMBIK CEPATTTTTTTT......
DAN ANDA JUGA BOLEH MENDAFTAR SECARA ONLINE . KLIK DISINI