Thursday, March 26, 2009

Penubuhan Rakan Muda Sekolah Di Jempol

  • ( Ini adalah gambar Orang2 Kuat KBS yang memperjuangkan ARP di Malaysia antaranya Cik Mariam Tobias, Cik Ann, Cikgu Zul dan En. Lee )
Hari ini Rabu 25/3/09 maka berlangsunglah Mesyuarat Penubuhan Sekretariat Rakan Muda Sekolah di Daerah Jempol yang diadakan di Bilik Mesyuarat Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol NS. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Jempol & Jelebu dan 10 orang pengetua sekolah - sekolah terpilih bagi penubuhan ini. Ia telah di pengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol iaitu En. Hamid. Dalam mesyuarat ini juga En. Hamid telah memberi taklimat mengenai Skim Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ( ARPRM ) dan ia telah mendapat maklum balas yang baik dari para pegetua. Berikut adalah senarai sekolah di Daerah Jempol yang terpilih bagi projek ini. Kami di Unit Sukarelawan Rakan Muda Jempol mengucapkan syabas dan tahniah. Kalau inginkan pertolongan kami, sangatlah di alu - alukan. Kami ikhlas membantu :

  • SMK Seri Jempol
  • SMK BBSerting
  • SMK Lui Barat
  • SMK Serting Hilir Kompleks
  • SMK Batu Kikir
  • SMA Dato' hj Mustafa
  • SMK Palong 11
  • SMK Seri Perpatih
  • SMK Dato Mansor
  • SMK Pasoh 2Laman Permainan

Saturday, March 21, 2009

Jom Sertai Program Terkini Rakan Muda

Di sini disenaraikan Program - Program terkini Rakan Muda yang boleh anda sertai. Maklumat ini telah di hantar / di perolehi daripada Blog - Blog Rakan Muda . So sekiranya ada pihak Rakan Muda yang ingin mengumumkan program - program anda juga. Kami sangat alu - alukan.Sila maklumkan pada kami.Biar kita sama - sama hebahkan program anda. Pada Remaja dan Belia di luar sana. Cepat join!. Semua FREEEEE. Call Cepat!!!!!!!


Cool Text Maker



Asean Youth Program~ leadership camp
2-5 April 2009
kt Gopeng Perak,
sume ditaja,free of charge (trnsport,meals,fees)
dapat sijil,selection utk wakil M'sia
had umo: 19-23 taun
Program kepimpinan, secara perkhemahan.
tarikh: 2-5 April 2009 (khamis hingga ahad)
tempat: nomad dari Gopeng ke Cameron Highlands
semuanya ditanggung (makan/minum,pengangkutan,yuran)

Hubungi Hazman - 017 9158994 atau layari Blog Hazman ( Klik sini )


1. FUTSAL CHALLENGE RAKAN MUDA PERINGKAT PARLIMEN SILAM
PADA 28hb - 29hb MAC DI DEWAN MASYARAKAT, LAHAD DATU, SABAH.
Layari : www.krmsilam.blogspot.com atau klik di sini KRM SILAM

2. PROGRAM PJKN PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU DI ADAKAN PADA 03hb - 12hb APRIL DI KOMPLEKS SUKAN TAWAU, SABAH. - Free

3. PROGRAM RAKAN MUDA JIRAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU SABAH DI ADAKAN PADA 02hb - 07hb APRIL 2009 DI RANGGU VILLAGE HOLIDAY, TAWAU, SABAH - Free

RAKAN MUDA KUALA PILAH NS

1. Kursus Asas Belia Bepersatuan

Tarikh : 27-29 Mac 2009
Tempat : Janda Baik, Pahang

2. Kursus Asas Belia Belum Bepersatuan
Tarikh : 3-5 april 2009
Tempat : Ulu Bendul

Untuk menyertai dan mendapat maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Belia & Sukan K.Pilah 06-4811328 atau hubungi Muhamat Bin Idris 013-6466369. Terima Kasih.

PROGRAM RAKAN MUDA JEMPOL.

1. Bengkel Belia tidak berpersatuan
27-29 Mac 2009 : Budak2 Arp digalakkan join sama.
Bengkel ini juga terbuka kepada belia dan beliawanis yang tinggal di Daerah Jempol. Makan,minum,cenderahati,sijil ,tempat tinggal semua beressss. Call kami kalau nak join. FREEeeee........

2. " Program Jom Shuffle " yang akan di adakan pada 11hb April. Program ini Special sikit sebab event ini dianjurkan sendiri oleh budak2 ARP Jempol . Cayalah u all. Kepada para shuffle yang ingin tunjukkan bakat anda di Kompleks Rakan Muda Jempol. Sila bawa CD. Pendaftaran di buka sekarang. JOM SHUFFLE....

3. " Perkhemahan Jatidiri Bangsa "



24-27 April 2009.
Tempat Kem Lambaian Danau Jasin Melaka.
Water comfiden,Kayak,Orientering,main compass, trekking.... maklum kata banyak xtvt lasak jer.Penyertaan di buka kepada sesiapa berminat berumur16 tahun keatas.
Free juga.... MESTI BEST.... Semua support!!!!!!!!! nak tau lanjut klik kat sini
www.rakanmudajempol.blogspot.com

RAKAN MUDA KUALA SELANGOR
( Klik pada Banner )

Tuesday, March 17, 2009

Jom Shuffle Jempol


( Meting pertama dengan Team ARP Firdaus - Mini Xplorace )

WOW ! hebat giler.... La nie budak2 ARP Jempol sudah pandai buat program la pulak. Hari itu Team Firdaus telah mengadakan meeting dengan Badan Operasi untuk mengadakan Program Mini Xplorace. Siap beri taklimat lagi pada kami. Malahan meeting tersebut di pengerusikan sendiri oleh budak - budak ARP Perak. Hebat ! Hebat ! .... dia orang ini. Macam tak percaya la pulak diaorang berani. Semangat macam inilah yang kami nak. Selang seminggu tu pula Team Aslam pulak mencadangkan mengadakan EVENT Jom Shuffle... lagi havock...... Amboi - amboi kauorang nie dah mengalahkan sukarelawan - sukarelawan kami nie. So atas persetujuan, maka Bangmir, Kakngah dan Aidil ( Panel ARP JEMPOL ) serta Team Aslam telah bersetuju mengadakan meeting tersebut di Kompleks Rakan Muda Jempol. Macam tak percaya lagi. Meeting di pengerusikan sendiri oleh Budak - budak ARP Pingat Perak. Ngeri la pulak bangmir tengok budak - budak nie. Bersemangat giler dan berani menyuarakan pendapat. So Xplorace di tangguhkan dulu sebab Program Pejabat Belia dan Sukan Jempol terlalu banyak tetapi yang bertuahnya " JOM SHUFFLE ' di teruskan juga sebab time tu program boleh di selitkan. Setelah perbincangan hampir 2 jam maka Event tersebut di tetapkan pada Hari Sabtu 11 April 2009 di Kompleks Rakan Muda Jempol. Untuk maklumat anda, Event ini bukanlah satu pertandingan tetapi ia sekadar mencari , menghimpunkan dan mempersembahan kehebatan team shuffle di Jempol ini. Kata Aslam lagi , ia juga dibuka kepada remaja yang berada di luar Jempol. Lagi pun program ini, bagi menguji kemampuan dan kebolehan kami dalam menganjurkan sebarang event, temasya , pertandingan dan sebagainya selaras dengan Komponen Kemahiran ARP yang di lakukan sekarang. Terima kasih kepada Badan Operasi ARP Kompleks Rakan Muda kerana memberi kepercayaan kepada kami. Penyertaan terbuka kepada remaja / pelajar berumur bawah 25 tahun. Sila dapatkan borang penyertaan melalui blog ( KLIK SINI ) www.rakanmudajempol.blogspot.com . ANDA BERANI ?... Jom Shuffle. Hubungi mereka seperti iklan di atas ok. FREE jer.... Sila bawa lagu masing - masing.......

" MENCARI SPONSER JOM SHUFFLE JEMPOL! "

( * Kami sekarang tengah cari sesiapa yang nak SPONSER HADIAH. So kalau ada sapa - sapa yang sudi nak SPONSER HADIAH masa Event tersebut. Sangat kami alu - alukan. Tak kisah berapa nilainya. Asalkan Ia hadiah dan tanda anda menyokong usaha kami ini.

( Meting bersama Team Shuffle la pulak )

Kepada BLOGGER - BLOGGER yang selalu lawati blog ini, Harap dapat war - warkan Program Shuffle mereka ini ok. Kami memerlukan promosi iklan dari blog - blog anda. Video di bawah nie kami ambil dari Team CINTABBOY. Hebat diaorang nie. Cayalah bang. Nak tengok blog diaorang klik kat sini CINTABBOY




Permohonan Online Ikbn , Perguruan , UPU dan IPTA

Permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran Belia Negara ( IKBN ) sesi Julai 2009

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan akan membuat pengambilan pelajar baru untuk Sesi 2/2009 Kemasukan Julai 2009.

Permohonan secara online ini terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM) TAHAP 1 hingga 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM 5), JKKP dan Suruhanjaya Tenaga di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan MALAYSIA dalam bidang-bidang berikut:

  • Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
  • Teknologi Kejuruteraan Automotif
  • Teknologi Kejuruteraan Awam
  • Teknologi Kejuruteraan Elektrik
  • Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  • Teknologi Perkhidmatan Personal
  • Teknologi Tekstil dan Apparel
  • Teknologi Kejuruteraan Marin
  • Teknologi Makanan
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat

Syarat Utama Permohonan
  1. Umur 18 - 30 tahun
  2. Tamat Tingkatan 5
  3. Sihat & belum berkahwin

Kemudahan Yang Disediakan
  • Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
  • Elaun bulanan RM100 - RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
  • Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.

Tarikh Tutup Permohonan : 19 April 2009 (Ahad)

Kepada yang berminat, sila layari laman web Kementerian Belia dan Sukan di alamat http://www.kbs.gov.my


Untuk mengetahui permohonan untuk kemasukan Online ke UPU dan IPTA serta Permohonan perguruan sila klik pada www.rakanmudajempol.blogspot.com

Friday, March 13, 2009

Perjumpaan & Xtvt ARP Terkini

Perjumpaan akan di adakan pada Hari Sabtu 14hb Mac 2009 jam 9.30 pagi di Kompleks Rakan Muda Jempol. Peserta digalakkan memakai Baju merah dan berpakaian sukan. Perjumpaan kali ini bertujuan membincangkan :

1. Trip ke Karnival Keusahawanan di Senawang pada hari Sabtu 21hb Mac 2009.
Kami perlukan seramai 3 bas. So budak2 ARP di wajibkan pergi dan ia juga terbuka kepada sesiapa sahaja remaja / pelajar yang minat untuk join sama. Sila hubungi kami secepat mungkin. FREE jer.... Kami nak bawak u all jalan2. Bas bertolak dari Kompleks jam 11pagi. Pakai baju merah ok. Bia ramai perasaan kita.

2. Bengkel Belia tidak berpesatuan - 27-29 Mac 2009 : Budak2 Arp digalakkan join sama - Free jer. Bengkel ini juga terbuka kepada belia dan beliawanis Jempol. Call kami kalau nak join.

3. " Program Jom Shuffle " yang akan di adakan pada 11hb April. Program ini Special sikit sebab event ini dianjurkan sendiri oleh budak2 ARP Jempol . Cayalah u all. Kepada para shuffle yang ingin tunjukkan bakat anda di Kompleks Rakan Muda Jempol. Sila bawa CD. Pendaftaran di buka sekarang. JOM SHUFFLE....

4. " Perkhemahan Jatidiri Bangsa yang mungkin diadakan pada hujung April di Gunung Datok atau di Kem Lambaian Danau Jasin Melaka. Penyertaan di buka kepada sesiapa berminat juga. Free juga.... MESTI BEST....

5. Xplorace anjuran Geng - Geng ARP Jempol. Hebat betul bdk2 ARP Jempol. Suka buat EVENT. Mungkin pertengahan April. Ia adalah satu pertandingan. Terbuka kepada sesiapa yang berminat
IKLAN BERBAYAR : KLIK PADA GAMBAR

Wednesday, March 04, 2009

" I Can Feel It "

Justify Full( Cikgu Kamaruzaman - Pakar ARP )

Semalam 3b Mac 2009 maka bermulalah Bengkel " Train The Trainers " Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Kebangsaan 2009 di Hotel Naza Melaka. Seramai 30 orang peserta dari semua negeri telah berjaya hadir ke bengkel tersebut. Bengkel anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negara ini akan berakhir pada 6hb Mac dan Majlis Penutupannya akan dirasmikan oleh Y. Bhg Puan Wasitah Bt. Hj Mohd Yusof , Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jab. Belia dan Sukan Negara.

Wah.... Peserta - peserta yang hadir kali ini semuanya memang hebat - hebat belaka. Mana tidaknya, sebut sahaja pasal ARP, just petik jari sahaja... kacang buat mereka. Rata - rata yang datang memang mempunyai jiwa Kesukarelaan yang tebal dalam diri masing - masing. Senang citer.... ARP memang dalam jiwa mereka.'''' I can Feel It " .... itulah cogankata yang menjadi tema pada bengkel kali ini. Terima kaih kepada barisan fasilitator yang memang pakar - pakar dalam bidang ARP iaitu Cik Siti Mariam Bt. Ahmad Tobias ( selaku pengawai Penyelaras juga ), En. Lee Kwan Meng ( Otai ARP ) dan orang lama dalam ARP iaitu Cikgu Kamaruzaman B. Mohd Yusoff .
Apapun hari ini , kami banyak berkongsi ilmu dan pengalaman di mana slot - slot yang di persembahankan amat berguna kepada peserta. Terima kasih juga tak terhingga kepada Cik Marian, Puan Anfatny Ann Rutel dan barisan urusetia yang melayan kami dengan begitu baik sekali. Keakraban antara peserta antara negeri amat di puji. Masing - masing boleh berkongsi maklumat dan pengalaman dalam memperjuangkan ARP ke peringkat yang lebih tinggi lagi.... Oklah.... nampaknya masa tidak mengizinkan kami kerana esok setiap peserta akan mempersembahankan tugasan " Practice Session " . So banyak tugasan perlu di siapkan. Kita jumpa esok. Bye...