Sunday, December 09, 2012

Berhulu Camp - Satu Impian 2012

Alhamdullilah, maka tamatlah program - program di berhulucamp sepanjang 2012. Rasanya YCK - Yayasan Chow Kit Kuala Lumpur adalah last customer kami sebelum pusat latihan dan rekreasi ini, ditutup sementara disember ini bagi memberi laluan kerja - kerja baik pulih dan naik taraf  kemudahan di sini. 

Terima kasih pada abang hanip - My partner yang selalu berkerja kuat untuk menguruskan kem di kala bangmir tak dapat selalu berada  di berhulu camp. Tahun ini, juga kami sudah sedia menerima kekerapan tempahan disebabkan di kem , kami dah ada fasilitator tetap iaitu Paklong Nizam dan terbaru, kami dah ada Pak Musa yang stat kerja pada Oktober lepas. Beliau pun dah berhenti bekerja di Melaka dan sedia memberi sumbangan khidmatnya di sini. Kami juga dah ada Apak ( partime ) bagi membantu kerja2 Izat dan Sabtu. So rasanya tiada masalah untuk kami beroperasi sepenuhnya tahun depan 2013  berbanding tahun lepas. Kalau dulu, bila  nak terima tempahan mesti cek dulu sama ada bangmir atau abang hanip...ada cuti tak time klien dtng ke kem untuk berkursus. Kalau kami berdua x dapat bercuti maka kami akan tutup kem. Ingat dulu time bdk2 ARP Segamat datang. Kami terpaksa tutup kem tapi disebabkan diorang nak jugak dtng, maka kami serahkan kem tersebut untuk mereka berkursus. Kira tahun lepas just main2 jer bisnes.

Tahun ini,  bangmir, Berhulucamp dan juga team dekbet khususnya telah kehilangan sahabat yang sangt di sayangi iaitu Abang Fahmi. Emmmmm.....terlalu sedih untuk di ceritakan. Banyak kenangan kami bersama hampir 13 tahun dalam kerja - kerja sukarelawan dan perkhemahan. Kalau kau orang tak percaya, boleh cari  tulisan bangmir bersama arwah fahmi di blog ini. Banyak juga gambar kenangan beliau di blog ini. Untuk Fahmi. Terima kasih. Kem ini juga bermula dari Aruwah Fahmi dan Abu Ubaidah juga. Mereka berdualah yang banyak membantu membangun kem ini stat daripada O - Zero lagi. Sekarang banyak berubah.
So tahun 2013 ini, kami telah merancang menyediakan pelbagai pakej perkhemahan dan pakej motivasi yang menawarkan harga yang berpatutan pada semua pelanggan. Harap bangmir akan mendapat kawan dengan ramai lagi tahun depan. Ialah setiap kali  peserta datang ke kem, pasti kawan bangmir bertambah.
.

Harapan bangmir dan bang hanip  agar Berhulucamp akan di kenali ramai. Insyallah kami nak buat macam slogan Air Asia tu" Everyone Can Fly " Kalau di berhulucamp mungkin " Everybody Can Camp Here ". Terima kasih Abang Hanip.........Pada Aruwah Fahmi - Jasamu akan kami ingat sentiasa di Berhulucamp. Pada bekas staf yang kami sayangi - Bro Abu. Hai semenjak dapat kerja lain...jarang benar dah dtng ke sini yer...almaklumlah dah pandai bercinta....hehehe...