Wednesday, December 31, 2008

Blog ARP SMKSJ


Semalam just cari - cari web baru ARP kat Search Blogger, manalah tahu kalau ada yang terbaru.Tetiba terlihat satu blog ARP jiran kami iaitu Blog ARP Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol. WOW! Hebat....sapa penulis BLog ini. Berita di blog itu pula sangat padat dengan aktiviti - aktiviti ARP sekolah mereka. Tahniah pada guru - guru yang terlibat. Kami akan LINK kan blog ini. Semoga penulis sentiasa menyalurkan maklumat2 terkini ok. Nak tengok blog tersebut sila klik pada LOGO di atas atau klik di sini www.arpsmksj.blogspot.com

Saturday, December 13, 2008

Majlis Pentauliahan Anugerah ARP Peringkat NS

Tarikh : 15hb Disember 2008 ( Isnin)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : A' Famosa Resort , Alor Gajah , Melaka

Tahniah kepada penerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bangmir bangga dengan pencapaian anda. Kite Jumpa di sana ok. Jangan lupa jeling2 sikit pada budak - budak ARP JEMPOL ya. Insyallah bangmir akan cuba hadir kali ini. Maklumlah dah 2 kali majlis , asyik takdapat jer datang....tapi kali ini...bangmir akan cuba datang....nak tengok majlis tersebut. Pada warga kerja persiapan majlis tersebut di Melaka terutama sekali staf Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan. Selamat bertugas ok. .

.
Di bawah ini, adalah gambar Kak Ros melangsungkan perkahwinannya pada malam Sabtu 11hb Disember 2008. Pada Kak Ros dan suaminya Khairi , Bangmir mengucapkan Selamat Pengantin Baru. Sori tak dapat hadir pada Majlis 12hb Disember 2008 sebab bangmir kerja.. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Friday, November 14, 2008

Terima Kasih PBSD Kuala Pilah

Apapun, kami di ARPRM Jempol ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Kuala Pilah NS kerana telah menguruskan peserta - peserta PJKN Jempol yang tertinggal bas pada hari ini. PBSD Pilah memang CLASS sebab walaupun 4 orang peserta ini bukan kelolaan mereka namun, mereka sedia membantu menguruskan budak - budak ini untuk sampai juga ke Air Tenang Resort Janda Baik bagi menghadiri Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional Peringkat NS. Siap di sewanya bas lagi. Memang kami respek kat pegawai yang menguruskan ini. Thanks dari Jempol. Budak - budak ini tertinggal oleh bas Jempol pun disebabkan terlalu banyak sangat maklumat dan perubahan di buat di saat - saat akhir. Oleh itu, ramai budak Jempol tak pergi di sebabkan maklumat yang sentiasa berubah - ubah. Malas nak komen. So apapun Thanks juga kepada JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN kerana kalau tiada lampu ijau dari Jabatan manakan Kuala Pilah sanggup sewakan bas bagi mengisi seramai 30 orang peserta Kuala Pilah dan Jempol ( 4 orang ) itu. Ingatkan tadi diorang tak leh pergi sebab takda kenderaan. Siap merayu - rayu kat kami semenjak jam 11 pagi lagi selepas mereka tertinggal bas. Namun sangkaan saya meleset. Jam 6 petang tadi semasa bangmir pergi ke Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah ,PBSD PILAH telah menyewakan bas agar peserta dapat pergi dengan selesa dan sekaligus mengisi selebihnya peserta Jempol yang tertinggal itu. Terima kasih Pejabat Belia dan Sukan Kuala Pilah diatas keperihatinan anda itu.

Monday, November 10, 2008

Program Terkini Rakan Muda

Dapatkan Majalah Remaja Keluaran 15 Nov 2008 pula. Ada lagi cerita Panaz mengenai xtvt ARP Jempol.

Wow!... Program Rakan Muda Sudah pun bermula. Maklumlah Cuti sudahpun hampir. So bagi anda yang berada di Negeri Sembilan khususnya. Selalu2lah lawati blog ARP Jempol bagi mengetahui program - program terkini. Anda di luar Negeri Sembilan pun boleh menyertai kami. Ada program nak di hebahkan ?...... hantar pada kami. Nanti kami umumkan di sini. So antara program - program untuk remaja buat masa ni, dan kami memerlukan penyertaan anda ialah

1. PJKN - 14hb - 23hb Nov 2008 di Air Tenang Resort - Janda Baik - FReeeee jer.
Umur 18 - 20 tahun keatas.
- Last 3 hari ada program keluarga angkat - Bestnya.

2. Program Rakan Muda ' Bahagia @ Sengsara "

24hb - 27hb Nov - di KRM Kuala Pilah - Free Jer....
Umur 15 - 25 tahun.

3. Program Y2Y Jempol - Banyak Kosong lagi - Info 25/11/08
5hb - 7hb Disembar 2008 di kompleks Rakan Muda Jempol. 15 -20 tahun. Percuma

4. Pusat Siber Rakan Muda Jempol
Dibuka setiap hari mulai 4hb Nov 2008
Masu percuma jer. 2ptg - 8 malam.

Berminat hubungi kompleks Rakan Muda Jempol - 06 4581 399/ bangmir 012 369 4057

Senarai program akan kami kemaskini dari masa ke semasa . ok . Bagi mereka di luar Jempol , sekiranya anda berminat menyertai program - program Rakan Muda yang berhampiran tempat anda, silalah hubungi Pejabat Belia Dan Sukan Daerah masing - masing ok.

Friday, November 07, 2008

Blog Skandal Remaja - Panas Beb


Hari itu, Pihak kami ada terima email salah seorang pembaca. Katanya...baik u tengok blog remaja ini. Blog ini tidak sesuai bagi budak yang berumur 18 tahun kebawah. Katanya banyak cerita panas budak - budak sekolah menengah.... Perghhhhhhh...... Lokasi , pihak kami tak tahu. Tapi u all leh lawat blog ini di http://www.customz-teenagerz.blogspot.com/ ( Klik Di ini ) .

Hati - hati semasa melawat blog ini. Anda pasti teperanjat.

Monday, November 03, 2008

Xpdc Kejurulatihan ARPRM 2008

Nama Acara: Ekspedisi Kejurulatihan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
Tarikh Acara: 21 – 26 Disember 2008
Tempat Acara: Gunung Kinabalu, Sabah
Anjuran: Kementerian Belia dan SukanYuran

Kos : Perjalanan ulang-alik Kuala Lumpur - Kota Kinabalu, penginapan, makanan dan aktiviti sepanjang tempoh acara adalah ditanggung oleh penganjur.

Penyertaan:
Satu (1) orang Pemimpin Anugerah untuk Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dari Persatuan Pandu Puteri Malaysia .Prosedur Permohonan ialah dengan mengisi borang acara dan hantar ke Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Tarikh Tutup:29 Oktober 2008, 12.00 tengah hari
Penerangan Acara: Program ini bertujuan memberi pendedahan kaedah penilaian yang betul, penyeliaan secara "hands on" yang melibatkan latihan secara praktikal mengenai aktiviti di samping meningkatkan kefahaman para pemimpin mengenai cara memimpin dan menguruskan salah satu komponen wajib ARPRM iaitu Penjelajahan Lasak dengan lebih efektif.Syarat Penyertaan:Peserta yang menghadiri acara ini perlu - Mengadakan SATU (1) kursus berdasarkan ilmu dan pengalaman daripada seminar yang dihadiri untuk ahli Remaja dan SATU (1) kursus untuk ahli Dewasa.
Hubungi Penganjur:Cik Siti Mariam Ahmad TobiasTel: 03-88713720 E-emel: mariamtobias@yahoo.com Pn. Anfatny Ann Rutel Tel: 03-88713711
.
One Drop Perfumes:
Dapatkan harga diskaun minyak wangi one drop perfumes di www.iklanremaja.com . Minyak wangi Egyptian Potion menjadi kegemaran remaja masa kini. Dapatkan sekarang.

Saturday, November 01, 2008

Video sajak kematian

Hari tu, ada isu pasal video hangat tentang video sajak kematian yang dipertontonkan kepada pelajar darjah satu ..... emmmmm . tak tahulah nak cakap. Apapun kami di unit motivasi ARPRM Jempol memang menyokong penuh kalau budak - budak sekolah di tayangkan video sebegini. Siapa yang biasa bergelumang dengan masalah remaja... meemang tahulah video yang patut mereka tengok. Biar ia jadi satu peringatan. Adakah ibubapa lebih sanggup melihat anak mereka durhaka daripada menjadi insan yang kamil dan mulia di sisi tuhan. Tetapi bagi mereka yang tak tahu betapa susahnya mendidik remaja bermasalah ( bukan anak ya) memang senang komen sahaja. Ceburilah bidang ini. Anda pasti tahu betapa payahnya kaunselor/fasilitator dan ustaz - ustaz berusaha untuk menyedarkan mereka. Semua ini adalah kebaikan ibubapa juga. Dulu memanglah tapi sekarang budak lebih advance bang..... Bersama ini , bangmir sertakan video sajak kematian tersebut. Klik lah di sini UNTUK DOWNLOAD VIDEO SAJAK KEMATIAN

* Pastikan anda Tutup dulu BUNYI RADIO yang terdapat di blog ini, ( scroll di bawah , ia berada di bahagian kanan) bagi menggelakkan ganguan suara apabila anda menonton video ini .


* Hai kalau budak - budak tengok video klip lucah...mak ayah takda lak nak bising - bising dalam TV. Pelik2... malulah konon nak laporkan.....tapi bila........
Komen ini ikhlas daripada bangmir

One Drop Perfumes:
Dapatkan harga diskaun dan menarik minyak wangi one drop perfumes di www.iklanremaja.blogspot.com . Minyak wangi Egyptian Potion menjadi kegemaran remaja masa kini. Dapatkan sekarang dengan harga hebat daripada kami.

Terima Kasih Majalah Remaja Karangkraf

Wah.... sekarang blog ini telah mendapat pengunjung yang baru. Al maklumlah ia telah di di promokan di Majalah Remaja Karangkraf. Rasanya bagi remaja di Bandar Seri Jempol sure sudah dapatkan majalah remaja keluaran 15 Oktober lepas. AL maklumlah ramai kawan - kawan diaorang muncul di majalah popular tersebut. Di Bandar Baru Serting sahaja Majalah itu laku macam goreng pisang panas dalam 2 - 3 hari. Tauke kedai pun tak tau kenapa majalah tersebut cepat laris. So bagi sesiapa yang ketinggalan mendapatkan berita tersebut sila KLIK DISINI untuk mengetahui apakah cerita yang telah di paparkan di Majalah Remaja keluaran 15 oktober 2008. Pada wartawan Azman. Thanks sebab sudi siarkan nukilan tersebut.

Tuesday, October 21, 2008

Berita Panaz Daripada Kami

Wow ! sekarang blog ini ada ruangan forum untuk remaja. So wartawan - wartawan kami sedang sibuk mencari cerita untuk tatapan buat remaja semua. Jangan lupa jenguk - jenguk di ruangan " Cerita2 Panaz Untuk Remaja " di bawah sana ya. Just klik sahaja. Opss!!! Anda ada cerita / gosip panaz mengenai remaja dan pelajar di tempat anda. Kalau ada laporkan kepada kami ok. Akan kami siarkan di dalam blog ini. Tapi tidak keterlaluan dan kasar ok. Kalau tak , kami BAN sahaja cerita tu. So bagi rakan - rakan di luar sana yang nak jadi wartawan kami juga, di alu - alukan. Manalah tahu remaja Perak, Johor, Kelantan , Sabah, ataupun Sarawak nak laporkan berita - berita panaz yang berlaku di tempat atupun sekolah anda ke dalam blog ini. So silakanlah join kami ok. Jom klik http://www.freewebs.com/arprmjempol/apps/forums/ untuk keterangan lanjut.

BARISAN WARTAWAN KAMI :


Barang Baikkkk Punyer ! ( Iklan Berbayar ) :
Dapatkan Harga Diskaun Minyak Wangi One Drop Perfumes by Egyptian Potion di laman web http://iklanremaja.blogspot.com/

Friday, October 17, 2008

Semua Remaja & Pelajar Please " STANDBY "

Assalamualaikum,

Semalam Akak Rosma - Penolong Pegawai Rakan Muda Daerah Jempol ada memberitahu bahawa pada bulan November dan Disember maka bermulalah pelbagai Aktiviti Rakan Muda. So Check - It Out pada rakan - rakan semua ya, sapa yang takda kerja,boring,bosan dan asyik melepak jer apa kata u all pergi ke Pejabat Belia Dan Sukan Daerah ( PBSD ) Masing - masing untuk mendapatkan maklumat tentang Program - program Rakan Muda yang bakal tiba nanti. Penyertaan biasanya percuma. Namun percayalah kalau dah join mesti nak ikut semula. Kebiasaanya program hujung - hujung tahun memang banyak, sehinggakan tahun lepas budak - budak ARP Jempol sampai tak larat nak ikut. Antara program - program yang bakal tiba ialah Perkhemahan ARP , Program Keluarga Angkat IPT, Y2Y , kursus kesukarelaan dan banyak lagi lah. So sapa nak tahu program2 terkini Rakan Muda cepat hubungi PBSD di tempat anda ya atau selalu2lah lawati blog kami ini. Macam biasa , start bulan Nov ini, kami akan paparkan program - program Rakan Muda untuk anda Sertai. Bagi anda yang ada program pula untuk hebahan sila hubungi kami ok.


( Sinilah tempat / port lepak sukarelawan2 bangmir. Kami selalu bantu program - program perkhemahan , motivasi secara sukarela kat sini. Tempat memang strategik dan ramai yang tak tahu kat mana ( Nmpak macam kat Taman Negara Pahang jer ) . Tengoklah si Abu Hensem siap bawak heller masa panjat. Bukan apa senang nak sound halau monyet kot.he..he..he...... Best tau walaupun buat kerja free dan penat tapi ada keseronokkan dan kepuasannya tersendiri.

Iklan Remaja ( Berbayar ) :
Dapatkan Harga Diskaun Minyak Wangi One Drop Perfumes by Egyptian Potion di laman web www.iklanremaja.blogspot.com

Wednesday, October 15, 2008

Dapatkan Majalah Remaja 15 Oktober 2008

Jangan lupa kawan - kawan. Dapatkan Majalah Remaja Keluaran 15 Oktober 2008 mulai hari ini. Ada sesuatu PaNaS dari kami di Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol. Nantikan kemunculan kami di Majalah Remaja pula. Dapatkan sekarang di kedai - kedai majalah yang berhampiran dengan anda. Beli jangan tak beli ok.

Friday, September 19, 2008

Jom Ikut Ke Jamuan Hari Raya

Assalammualaikum dan salam ARP semua,

Kepada semua Warga ARP Jempol dan kawasan - kawasan bawah jajahannya begitu juga Rakan Muda Daerah Jempol dan rakan taulan. Anda di jemput hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol pada 17hb Oktober 2008 ( Jumaat ) di Cafe Kompleks Rakan Muda Jempol Jam 4 petang. Pada semua hadirin di minta memakai Baju Melayu / Baju Kurung ( Kalau ada warna merah lagi baguz ) semasa menghadiri jamuan tersebut. Sila maklumkan pada kami sekiranya anda akan join serta ok kerana senang nak siapkan duit rayo banyak - banyak.

Tuesday, September 16, 2008

Ucapan Hari Raya Dari Jempol

JOM HANTAR UCAPAN HARI RAYA
.
Bagi sesiapa yang nak menghantar Ucapan Selamat Hari Raya secara EXSKLUSIF ke dalam web ini. Sila hantarkan ucapan tersebut kepada alamat email saya iaitu kembara_dca@yahoo.com . Setiap ucapan akan di siarkan di laman web ini. Kalau nak hantarkan kad siap ngan gambar anda sekali pun lagi baik.Nanti saya downloadkan ke sini. Kalau pandai reka kad2 raya lagi cantik. Ucapan tu janganlah terlampau panjang ok. Informlah kat kawan2 lain yer. Satu lagi nak mudah , anda cuma pilih jer kad - kad yang terdapat dalam web kawan2 kita ini dan hantarkan ke email saya kembara_dca@yahoo.com . Antara web2 yang menyediakan Kad Raya Elektronik ada saya sediakan dibawah. Anda cuma klik dan pilih jer.

Antara Kad - Kad Elektronik Hari Raya :


1. Jom Hantar Kad @ 2. Hantarlah Kad Dik 3. Meh Raya

* Ada jugak yg komen bahawa diaorang takda Email la pulak masa nak isikan maklumat penghantar kad raya . So bagi yg x da Email jangan risau kauorang pun boleh join dengan belasah jer apa2 email ( penghantar ) asalkan ada last tu letak @yahoo.com atau apa2 pun, Contoh amir@yahoo.com. Kalau tak dapat jugak , Ini paling senang.Kauorang, cari gambar abang amir kat sudut sebelah kanan kat bawah tu Sudut" Tanya Pasal ARP bersama Abang amir " then klik. Lepas taip ucapan terus send. okey. ( kalau susah sgt, hantar jer SMS kat bangmir 012 3694057 , jgn lupa nama pengirim ) Selamat Hari Rayer.....


Di kesempatan ini, bangmir ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Malaysia, terutama sekali budak - budak Jempol serta sesiapa sahaja yang pernah mengenali bangmir. Tak lupa juga kepada Warga Kementerian Belia dan Sukan Malaysia mahupun NS dan juga tak lupa Bos lama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol, En. Mohammad Rosdi Mahmud., Bos baru PBSD Jempol, En. Hamid, warga kerja PBSD Jempol iaitu En. Azli, Kak Rosma, Kak Ct, Fahmi, Ibu, Acik Normah dan Abang Kamal. Pada team - team sukarelawan bangmir dan ahli - ahli Persatuan Rekreasi Daerah Jempol, Selamat Hari Raya juga di ucapkan. Mohon Maaf Zahir Dan Batin. Kalau ada salah silap tu harap maafkan ya. Mungkin secara langsung atau tidak langsung. Adakalanya sangkaan gurauan itu rupa - rupanya , secara diam ada yang terasa. So Mohon maaf ya. Raya nanti datanglah ke rumah. Raya pertama insyallah Ado kat rumah tu, tapi raya kedua dan ketiga bangmir dah kerja. So Raya ke 4 & 5 baru ada kat rumah balik. Datanglah ramai - ramai ok. Insyallah tahun ini, mungkin bangmir akan buat gempak lagi raya kerumah Budak - budak ARP macam Dlu. So standby jer la. Sapa nak ikut. Info bangmir okey
.

Salam Aidilfitri dari saya Abu Ubaidah Zulkepli. Harap kaourang poso ponuh. Den nak ucapkan Selamat Hari Gayor. Maaf Zahir Batin. Jangan lupa ajak Den bilo makan Satay nanti. Salam Kemaafan kok ado salah dan silap yor. Bye




.
Askm...sahabat.. kite dr Cameron Highlands... Seronok search u aLL nyer blog... U all nyer ARP..kat sn pun hebat... cam kt kat cnie... ARP cam x de jew... a.way Salam Mubarak...n also Salam AidilFitri...
from Cik Kuntum
d-adamy@yahoo.com.


smekom... aii sume.. em dah lame dah tak tengok laman web ni.. wah nampak makin maju rupenye ARP jempol kte yek.. n makin ramai member2 yg nak join.. untk pengetahuan sume sy cube nk amek pingat perak pulak tapi tak berkesempatan :( sy tlalu sibuk dgan kelas.. d kolej sy di masterskill..ape2 pun korang jagn ingat sy x amek tau pasal ARP jempol pulak he3 silap 2..Insyallah kalu sy dah abes posting nt sy akan cube siapkan diari perak sy pulak..ok ucapan sy selamat hari raya aidilfitri semoga ARP jempol terus maju dan kekal maju..sesiape yg masih ade lg kat jempol 2, cube2 la rajin g kompleks rakan muda jempol coz banyak aktiviti yg berfaedah yg korang leh dapat.. ape2 pun ARP memang best HIDUP ARP!! daripada nur fathehah ramli (nurfathehahramli@yahoo.co.uk)



Di hari baik dan bulan baik ni....sy nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri untuk abg amir, abg aidil, abg man, abu, piloi, kak ros, abg atan, abg fahmi, abg Musa, Kak ani, bdk2 ARP dan semua staf KBS.... walaupun dah lama giler la. ......... x join korg tp kenangan masih terasa ......... chaw chin chi... Assalamualaikum.....sue_cute1109@yahoo.com.my

Salam Aidilfitri KPD sume warga Kmpleks Belia Dan Sukan JEMPOL..
Mohon maaf dr hujung rmbut smpai hujung kaki.
Maaf Zahir Batin... daripada hannv8@gmail.com ( Hanif ARP )





Selamat bebuka pd ptg ni........sedar x sedar dah 15 hari kita seluruh umat islam d malaysia berpuasa,mudah2an kita dapat mjalankan ibadat puasa penuh pd tahun ini...insyaallah. Di kesempatan ini, Abang Edy Hensem nak ucapkan selamat Hari Raya. Maaf zahir batin ddi pohon. Raya nie datanglah ke rumah abang Edy sebab Nak Bagi duit raya kat u all. Setiap seorang abang nak bagi RM5 ok. So mehlah datang raya nie... .Jangan lupa tu ajak kawan2 satu Bandar Baru Serting dtng ramai2 datang ya. Kalau lambek Duit rayo 2 abg xdapek nak boie sobab eh sy nak boli kuih rayo............. 2pun untuk korang dtg makan gak, duit rayo 2 sy boie lain tahun nanti sy cakap ...klu xtahun ni mungkin tahun tahnu,tahun,tah From
eddy ( aadk)

ASSALAMUALIKUM.................

hahahaha....abang edi kat sini nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Jempol dan Kepada Semua Staff Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Kepada Semua team-team AEROBIC seluruh Malaysia...Raya nie jemputlah datang ke rumah.Hai rindunyer la nak join team abang amir untuk camping...rindu sungguh.........so kalau ada aktiviti terkini jangan lupa maklum keh... SELAMAT BERPUASA-SELAMAT BERBUKA PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA.................SALAM..............
.
Asmekom........................ u all pe kaba chat x??...d bulan yg mulia ini kami ingin memohon sribu kemaafan kepada ahli-ahli ARP.. sesiapa yg mengenali kami jemput-jemput r dtg umah exspecially bangmir , kakct, kakrosmah,kakintan,bangaidil and abu n the geng..hehehehe,,,,,,,kalau ade umah terbuka ARP ajak-ajak r kteowg...di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua ahli-ahli ARP dan KRMJ...tata.... Ain Smbk..
PANTUN RAYA ISTIMEWA UNTUK PEMINAT: ARP JEMPOL
Bila beraya jangan main mercun roket,
bila meletup kena lari laju-laju,
pastikan baju raya mesti ada poket,
untuk menyimpan duit raya kelak,
jahatnya,nakalnya terdengar dimana-mana,
almaklumlah ain,fatin dan lain-lain ini pun tidak la sebaik mana,
salah dan silap maaf ye!!!!!! SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Bunga mawar cantik rupanya

Menjadi makanan si sang lebah
Biar gempita seluruh dunia
Setia kita takkan berubah,


Pohon mangga lebat bunganya
Masak dicuri sibudak cina
Salam kuhulur maafku pinta
Semoga silaturrahim berkekalan selamanya

Selamat menyambut Hari Raya Aidil fitri. Ampun dan maaf juga jika ada terkasar bahasa kakngah hulurkan kepada semua ahli sukarelawan KRMJ, alli-ahli ARPRM daerah jempol, ahli-ahli kelab rekreasi dan semua yang mengenali kakngah. raya nanti jemputlah datang kerumah ibubapa kakngah di 373 felda gugusan raja alias 4.

Pelita dipasang penaik seri

Ramadan diganti si Aidil Fitri
Mesej pendek pengganti diri
Tanda kawan sentiasa diingati.

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Ampun dan maaf juga jika ada terkasar bahasa hafiz dan hanif hulurkan kepada Abg Amir, mentor-mentor ARPRM daerah Jempol , ahli-ahli kelab rekreasi dan sesiapa yang mengenali diri kami. Raya ni jemputlah datang kerumah di 373 felda gugusan raja alias 4.

as'kum....apa khabar semua bdk2 arp?mcm mana puasa pnuh ke?disini sy nk ucpkn slmt hr raya maaf zahir dan batim...klau selama ni sy wat salah maaf kan la sy...raye ni jmpt la dtg rmh...sape dtg dpt duitkpd bang mir,abg aidil,bang man,bang fahmi dan yg swktu dgnnya sy ucpkan slmt hr raya maaf zahir dan batin. Naem.....

induk: jemput lah dtg kerumah.. bwk kuih raya sekali.. tahun nie induk x smpt nak wat kuih raya.. wa..wa.. slmt hari raya maaf zahir batin.. jika ada salah dan terkasar bahasa pd my frenz semua.. exspecally en amir.. serta warga belia seluruh dunia yg melawati lawan web ARP ni.. horayyyyyyyyy raya.. jemput.

Ucapan daripada Kak Ct Pbsd Jempol pula :
Buat semua pegawai & kakitangan Jabatan Belia dan Sukan N.Sembilan especially Pjbt Belia & Sukan Daerah Jempol (En.Hamid&family, En.Azly&isteri, Cik Ros&tunang tersyg, Ibu Mala&family, Acik Norma&family, Fahmi&family n Abg Kama&family). Tak lupa juga kpd belia2 dan rakan2 di KRM Jempol & BBS. Klau nk sebut nama ramai sgt plak.. Tp kene gak sebut name otai2 ni..abg amir,abg aidil, abg man, abg id, cupin, induk, intan, atan, musa n semua yg mengenali diri ini.. Dgn ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, saya mohon ampun dan maaf dr hjg rambut hingga hjg kaki jika spnjg saya berkhidmat di Jempol ada terkasar bahasa dan terlanjur perbuatan. Jemputlah dtg ke rumah hari raya nnt. Al-fatihah buat arwah ayahanda saya yang tercinta. Amin..

A'kum. Se sekeluargo nk ucapkan Selamat Hari Ghayo pado smuo team Debet, bebudok ARP Jempol, dan smuo yg kona se.. Maaf Zahir & Batin..From Abang Man

Saturday, September 13, 2008

Permohonan IKBN 2008

Permohonan kemasukkan IKBN 2008 atau institut Kemahiran Belia Negara di buka sekarang secara online . Oleh itu sesiapa yang berminat untuk mendapatkan borang permohonan ikbn sila klik pada laman web Kementerian Belia Dan Sukan malaysia di http://www.kbs.gov.my/


Tarikh tutup permohonan ikbn 2008 pada 12/10/2008 Harap Maklum

Thursday, September 11, 2008

Nak Kad Rakan Muda?.


Cepat datang ke Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol. ( KRMJ ) Percuma Jer. Isi Borang Then Dapat. Ajaklah rakan - rakan anda mohon kad ini juga ya. Kad ini anda boleh dapat diskaun apabila membeli belah dan boleh juga menebus point apabila menyertai program - program Rakan Muda. Tapi sebelum nak pergi KRMJ tu , sila hubungi Akak Rosma dahulu ya di talian 06 - 4581 399.Kad ini boleh di mohon oleh remaja berumur 15 - 25 tahun yang tinggal di Daerah Jempol NS . Nak tahu kelebihannya sila klik di www.2-u.com.my

Tuesday, September 02, 2008

Salam Ramadhan 2008

Assalammualaikum dan salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua warga Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda terutama sekali budak2 Jempol. Di sini bangmir dan rakan - rakan ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan. Semoga kita mendapat rahmat di bulan yang mulia ini. Untuk maklumat anda, ARP Jempol akan berehat seketika dengan xtvt2 ARP buat sementara waktu sempena Ramadhan ini. Walaubagai manapun kebiasaannya Program Ramadhan Rakan Muda akan menyusul pula. Oleh itu anda dinasihatkan selalu melawati laman web ini untuk mengetahui program2 Ramadhan yang boleh anda sertai. Pihak Pejabat Belia Dan Sukan Jempol akan memaklumkan sekiranya ada program yang boleh ARP Jempol sertai.


Assalammualaikum . Saya Rosmawati , Penggerak Rakan Muda Daerah Jempol dan selaku Pengurus Besar Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Daerah Jempol ingin merakamkan ucapan slmt menyambut bulan ramadhan al mubarak kepada semua umat islam dengan ucapan selamat menjalani ibadah puasa . Pada budak - budak ARP , Ahli Rakan Muda serta para belia dan beliawanis di Daerah Jempol ni,jangan lupo poso ponuh ok. Hayatilah keindahan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Anda semua di jemput untuk menyertai Program Tadarus Al Quran anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol di beberapa masjid yg terlibat iaitu Masjid Lui Barat, Palong 4, Serting Hilir Kompleks, Surau Taman Bahau, dan Surau Palong 1 manakala Majlis Qatam Al - Quran Peringkat NS pula akan di diadakan pada 23hb Sept 2008 di Masjid Diraja Seri Menanti Kuala Pilah. Semua para belia dan beliawanis serta rakan muda di jemput hadir ya.

HANTAR UCAPAN SELAMAT HARI RAYA :

Kami akan memuatkan ruangan Ucapan Salam Aidilfitri di laman blog ini. Bagi sesiapa yang ingin menyampaikan ucapan hari raya dalam blog ARP Jempol ini. Sila emailkan gambar dan kata2 ucapan kepada kami di kembara_dca@yahoo.com . Sekiranya anda tiada email anda juga boleh menulis di ruangan CHIT CHAT laman blog ini. Insyaallah, nanti kami akan copy pastekan. ok.

Thursday, August 21, 2008

Akan Terbit Di Majalah ARP Jempol !

Coretan Memori Indah Bersama Keluarga Angkat semasa Program Rakan Muda Wawasan Desa di Pengkalan Durian Linggi akan di siarkan minggu depan. Tunggu Ok . Kalau nak tengok gambar - gambar program kami tu. Silalah klik pada cover majalah ini ya. Ops pada peserta Keluarga Angkat tempoh hari, sori sebab berita aktiviti u all tak dapat di muatkan ke dalam Sinar Harian sebab , kami tiada email wartawan Skuad Cakna Sinar Harian edisi Port Dickson. Takpalah kita muatkan di sini pun, dah kira baguz kan! kan! kan!....

.


Fake Magazine CoversVote for this MagazineEmail this to peopleNovelty Gift

Wednesday, August 20, 2008

Program Rakan Muda Wawasan Desa Jempol

Inilah gambar kenangan peserta ARP Jempol bersama keluarga angkat mereka di Kampung Pengkalan Durian Linggi Negeri Sembilan. Kami sudah pun muatkan gambar - gambar menarik sepanjang program itu berlangsung bermula 15hb - 18hb Ogos 2008. Kalau nak tengok gambar program hari itu kliklah di sini "Gambar Program Rkn Muda Wawasan Desa Jempol ". U all juga boleh copy dan cuci gambar - gambar tersebut untuk di jadikan kenangan. Kalau tak tau macam mana nak dapatkan gambar tersebut melalui web ini, sila hubungi abang Amir ok.

( Kepada abang Aidil dan Izat mano kau punya laporan Program Kejurulatihan ARP peringkat Kebangsaan kat Taman Negara tu. Hari itu sibuk cerita pasal keseronokkan program kat situ )

Thursday, August 14, 2008

Mak Ayah Tunggu Kami Yer !

Wah... tak sangka, Program Keluarga Angkat Wawasan Desa Parlimen Jempol yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol pada 15hb - 18hb Ogos 2008 ini telah mendapat sambutan yang paling hangat. Pujuk rayu merajuk dan ugutan macam - macam di terima kerana nak join program ini. Apapun bangmir hanya mengekalkan cogankata seperti biasa SIAPA CEPAT DIA DAPAT. Bayangkan senarai menunggu jer ada 34 orang walaupun kami dah ada 40 orang peserta ARP yang berumur 16 tahun keatas. Naim Pemegang Pingat Perak ARP Jempol pula akan buat Projek Residen Keluarga Angkat bagi melengkapkan syarat - syarat ARP kategori EMAS . Apapun kami minta maaf kerana kami hanya di benarkan membawa seramai 40 orang sahaja peserta. Bagi yang tak dapat pergi, lain kali jer la ya. So Mak! Abah ! dan keluarga di Pengkalan Durian Linggi NS, tunggu kami yer di sana. Insyallah anak mu ini akan sampai jam 5 petang di sana....
( Sedihnya...tak dapat join program tersebut...keja la.... )