Friday, July 31, 2009

Bengkel Pemantapan ARP Peringkat NS 2009

Bengkel ini akan di adakan pada 31hb Julai hingga 1hb Ogos 2009 di Hotel Seri Malaysia Port Dickson NS. Seramai 50 orang para peserta yang terdiri para pegawai JBS NS, Penggerak Rakan Muda dan guru - guru sekolah perintis yang baru dijangkakan hadir pada bengkel tersebut. Mengikut kata Cik Azlina ( Pegawai Projek ) , bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan NS ini adalah bagi memberi penerangan yang jelas dan khusus serta cara pelaksanaan yang betul bagi merialisasikan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di negeri ini. 3 orang penceramah NGO di jemput hadir bagi bengkel ini. Salah seorangnya adalah saudara Ravichandran. Beliau adalah penerima Anugerah Pingat Emas 2009 baru - baru ini dan kebetulan pula mempunyai sijil kelayakan sebagai " National Trainers ARPRM ". Semoga dengan adanya bengkel ini, maka diharap ARPRM akan berkembang dan mendapat sambutan menggalakkan dari Remaja khususnya berumur 14 - 25 tahun.

* Jumpa bangmir di sana ok!!!!

Saturday, July 25, 2009

Bangganya Anugerah ARP Kebangsaan 2009

Bangganya bangmir apabila ada anak - anak buah bangmir dari Jempol yang naik ke pentas untuk menerima Pingat Perak di Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Kebangsaan di Grand Season Hotal KL pada 23 Julai 2009. Bukan itu sahaja, malahan seorang kenalan sukarelawan bangmir semenjak dulu lagi iaitu Saudara Ravi telah mendapat Pingat Emas. Wow.... hebatnya NS kali ini kerana seorang belia dari negeri ini telah mendapat pengiktirafan sedemikian. Beliau telah mengalahkan seramai 122 orang peserta rebutan Emas. Seorang lagi penerima Emas iaitu Saudara Shuhail dari KL pun menerima pingat tersebut. Bangmir pun kenal juga si suhail ini, kerana sama - sama berkursus Train of Trainer di Melaka lalu. Apapun tahniah pada semua penerima Pingat Perak dan Emas tempoh hari. Itulah usaha anda. Anda perlu berbangga dengan pencapaian tersebut. Pada budak - budak Jempol dan Kuala Pilah, Jadikan Abang Ravi sebagai Idola anda ok. Untuk mendapatkan Emas, usaha kena lebih ya. tengok Abang Ravi, bidang sukarelawan sudah menjadi hobinya. Beliau juga pernah mendapat Anugerah Belia Sukarelawan peringkat NS. Pada budak Jempol hari itu, Hanif, Hafiz, Shahrizal, Firdaus dan Farah syabas kerana anda telah mengharumkan nama Jempol di Peringkat Kebangsaan. Bangmir bangga dengan anda. Tentu sekolah u all pelik kan macam mana u all leh terima anugerah tersebut sebab lepas u all balik dari KL , ada sekolah mula bertanya mengenai bagaimana u all leh dapat pingat tersebut, he.he.he..

Oh ya...Sian kauorang yer, terpaksa datang KL dengan transport sendiri sampai sesat2 kat KL. Semangat punya pasal, akhirnya sampai juga u all kat Grand Season Hotel tu. Itulah budak ARP Jempol. Pandai berdikari kan. Lagipun u all dah biasa dengan perjalanan bagpackers niekan....sebab kita selalu wat xpdc guna transport awam ni. Pada orang kuat ARP Malaysia Puan Wasitah , Kak Mariam, Kak Ann,Cikgu Man, Cikgu Zul dan unit2 urusetia ARP Putrajaya thanks sebab jaga budak-budak ARP dengan baik sekali sepanjang mereka berada di sana. Bangmir juga terharu tengok layanan mesra TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA iaitu YB. DATO' RAZALI BIN IBRAHIM kerana setia menunggu di pentas dan melayan semua para penerima pingat dari seluruh negeri untuk mengambil gambar dengannya. Bukan selalu kami dapat layanan sepecial begini dari menteri. So alhamdullilah, hajat budak - budak nie nak bergambar dengan menteri tercapai juga. YB sudi beramah mesra dan bergambar dengan penerima Pingat dari Jempol dan Kuala Pilah. Saudara Ravi ( penerima Emas ) juga sudi bergambar bersama kami di ikuti Penolong Pengarah Rakan Muda NS En. Izwandi dan Cik Azlina mentor kepada Ravi. Kami bangga dengan anda. Terima kasih Kementerian Belia dan Sukan Malaysia diatas Anugerah ini.
.


Terima kasih kepada SMKBBS, SMKBK dan SMKTJ kerana sudi melepaskan budak - budak ini menerima pingat tersebut di Kuala Lumpur. Thanks atas kerjasama yang di berikan itu.

Sekiranya anda ada sebarang berita, pertanyaan dan sebagainya mengenai ARP, silalah emailkan kepada bangmir atau SMS ke 012 369 4057 ok
.
 .

Tuesday, July 21, 2009

Penyampaian Anugerah ARP Kebangsaan

Satu Majlis Anugerah ARPRM Peringkat Kebangsaan akan di adakan pada hari Khamis 23hb Julai 2009, di Grand Season Hotel Kuala Lumpur jam 10 pagi. Oleh itu pada semua penerima Pingat Perak dan Emas dikehendaki hadir pada Rabu 22hb Julai 2009 jam 5 petang untuk majlis Raptai Anugerah tersebut. Bangmir dengar Menteri Belia dan Sukan sendiri akan menyampaikan Anugerah tersebut. Hebat ! Hebat ! Hebat. Jempol hanya menghantar 7 orang sahaja pemegang Pingat Perak kali ini disebabkan masih ramai yang belum melengkapkan beberapa komponen. Budak - budak Jempol datang cuma naik bas sangkut - sangkut dan Komuter jer dari NS kali ini sebab tak ramai katakan. Lagipun semangat diaorang patut di puji kerana pandai berdikari. Apapun wakil kami akan mengiringi mereka sepanjang perjalanan nanti. Dah sampai jangan lupa Call bangmir ok. Bangmir tunggu di KL.

Pada semua penerima Anugerah ARPRM di Malaysia pula , Bangmir mewakili Rakyat Malaysia ucapkan Tahniah dan Syabas diatas usaha gigih anda itu. Kami bangga dengan ANDA. Emmmmmm..... Pemegang EMAs tahun 2009 pula rasanya bangmir Kenal kot..... Apapun Tahniah.... Nanti kita Jumpa disana ok. Tahniah ARP JEMPOL...... Farah,Hanif,Hafiz,Firdaus,Asnawi dan Shahrizal..... Bangmir bangga dengan u aLL.... Nanti bangmir sematkan berita dan gambar majlis tersebut di Blog ini buat tatapan semua warga ARP Malaysiaaaaaaaaa...
.

Diatas adalah Gambar Kursus Pemimpin Muda ARP Jempol di Penyabong Mersing Baru2 ini. Budjet RM3000 jer untuk 4 hari 3 malam tapi lepas jugak kami ke Sana. Alhamdullilah......... semuanya berjalan dengan selamat. Nantikan berita seterusnya........

Wednesday, July 15, 2009

Kem Kepimpinan Arp Jempol

Kem Kepimpinan Mentor ARP Jempol

Anjuran : Badan Operasi Arprm Jempol
Tarikh : 17-20hb Julai 2009
( 20hb - Cuti N9 )
Bayaran : PERCUMA
( Cuma bawak makanan dan alatan masak jer )
Tempat : Pasir Lanun Tanjung Penyamun Mersing


Penyertaan : Yang Dah Dapat Gangsa dan Perak

Bayaran ini termasuk Tambang Bas, Khemah, Tapak, Insurans , Air, Api Resort dan sebagainya.

BAS BERTOLAK JAM 2.30 Petang Jumaat.

.