Tuesday, December 22, 2009

Kem Belia 1 Malaysia Jempol

Justify FullAlhamdullilah, dapat juga Gerakan Belia Wawasan Batu Kikir mengadakan Kem tersebut. Kem anjuran bersama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan ini, telah di hadiri seramai 40 orang. Ia di kuatkan lagi dengan 4 orang jurulatih dari Team Dekbet. Apa lagi, kem tu jadi syoklah. Apapun suasana manjang hujan jer, telah membataskan pergerakkan program. Banyak masa, kami habiskan di dalam kelas sahaja. Kepada para belia dan beliawanis jempol yang telah menghadiri Kem tersebut, syabas kami ucapkan. Sure you all teringat2 suasana kedamaian kem kan.... So jangan lupa matlamat dan tugas kita ok. Oh ya.... nak tengok gambar- gambar program, jangan lupa selalulah jenguk blog ARP ini. Mungkin Before Sabtu, bangmir dah upload gambar2 dan cerita2 kauorang di sana. Sapa - sapa nak kongsi pengalaman untuk di ceritakan di sini, sangat bangmir alu - alukan. Emailkan kepada bangmir ok. Salam 1 malaysia dari bangmir dan Team Dekbet

Wednesday, December 02, 2009

Kem Belia 1 Malaysia - Jempol

Program ini akan diadakan pada 18hb - 20hb Disember 2009 di Dusun Eco Resort Janda Baik Pahang. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan NS dengan kerjasama Kelab Belia Batu Kikir membuka penyertaan kepada para belia dan beliawanis berumur 17 tahun keatas yang tinggal di Daerah Jempol. Borang penyertaan boleh diperolehi di Kompleks Rakan Muda Jempol atau lebih senang SMS = Nama,alamat,No Ic, NoTel anda ke telefon bangmir - 012 369 4057. Penyertaan adalah percuma. Makanan dan penginapan akan di tanggung oleh pihak penganjur .Oleh itu bagi anda yang boring2 cuti ini, dan tak tau nak buat apa - apa cepat hubungi bangmir ok. SIAPA CEPAT DIA DAPAT. Bertolak pada 18hb Jumaat jam 9.30 pagi. Semua peserta di kehendaki hadir awal di Kompleks Rakan Muda Jempol untuk pendaftaran. Kita jumpa di Dusun Eco Resort Yerrrr.....