Wednesday, June 10, 2009

Realiti Maya di Kem Lambaian Danau

( Kenangan bersama Paklet )
.
Sebelum tu, izinkan Bangmir memohon laluan kepada Blog ARP Jempol untuk membenarkan bangmir menulis sedikit ruang legar maya bangmir mengenai KLD (Kem Lambaian Danau ) kerana Blog Kem Lambaian Danau adalah inspirasi lahirnya Blog Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol ini yang anda baca ini.

Realiti Maya menjadi Kenyataan.
Itulah Kem Lambaian Danau. Kenal pun hanya di alam maya sebelum ini. Namun pada 29hb - 31hb Mei 2009, Alam maya itu telah di tukar ke alam realiti. Bangmir telah ditemukan jodoh dengan KLD setelah hampir 6 tahun bangmir mengurat ( mengikuti perkembangan ) KLD melalui blog mereka. Walaupun Jasin dan Jempol taklah jauh sangat, tapi amat sukar untuk kita di pertemukan. Akhirnya pada hari Jumaat 29 Mei 2009, bangmir dan Team Dekbet di temukan juga di pintu pagar KLD macam dalam blog tu. Bertuahnya kami sebab kami dapat bertemu terus dengan Pemegang Tetap Saham alam maya itu ( mcm bursa saham lak ) iaitu Paklet - En. Rosli ( ingat lagi bangmir, masa sampai tu , Paklet berdiri kat area parking KLD menunggu kami ) . Beliau adalah idola kami di sini. Bayangkan biasanya apabila team Dekbet berkumpul, bercamping atau bermeeting, Tak lekang di mulut kami mengumpat ( berborak ) mengenai KLD ( Angan2...bilalah dapat kite pergi KLD kan ...) dan memang cita2 kami nak wat program kat sana.

Alhamdullilah, bangmir bersyukur ,akhirnya kami di pertemukan juga dengan Paklet, Mama G, Cicha dan Toyak ( orang lama ) serta paktua begitu juga dengan Along dan seberadik, Cikgu Wan dan TJ di dunia yang sebenar. Pada Mama G, Thanks sebab jaga kami dengan baik. Pada Paklet.... Wow ! memang hebat. Thanks segala2nya ilmu yang di berikan itu. Biasa bangmir cuma baca dan tahu melalui blog KLD sahaja tapi kali ini, kita dapat bersemuka. Pada Mama G, awas!!!!!!... banyak suka duka KLD yang bangmir tahu . Semua rahsia ini, Mama G yang catatkan yer dalam blog... Mana tidaknya dari tahun 2003, bangmir dah mengikuti perkembangan blog KLD. So banyak cerita yang saya tahu tentang KLD. Lahirnya Blog ARPRM Jempol ini pun atas realiti Blog KLD . Semua ini bermula pada tahun ujung 2005 , semasa bangmir mula bertukar bertugas ke sebuah Pulau terpencil. Maklumlah boring so bangmir pun mula stat berblog kerana syok membaca nukilan2 Mama G. Bagi Bangmir Mama G, memang hebat menulis. Banyak cerita yang bangmir dapat cedok dari KLD. Kisah Kem ( paling syok baca ) , Anak anaknya ( dah besar pun along ) , suka dukanya, dan penghuni2 KLD - Alex , Maya dan baby dan saudara maranya yang lain, pasal campfire site...he..he..he....dan macam2 lagi lah.

( Jahanan budak aku dikejarkan oleh Along and Cikgu Wan )

Untuk maklumat pembaca, Kem ini , memang lain daripada yang lain. Bangmir dah banyak pergi kem dan pusat - pusat latihan buat kursus semenjak 1994 lagi ( baru stat aktif kerja2 giler nie ) . Tapi inilah first time dalam pengalaman bangmir, bangmir dan rakan - rakan akan makan bersama setiap time dengan pemilik kem, Isterinya, anak - anaknya dan jurulatih2nya malahan dengan semua pekerjanya sekali dalam satu meja. Wow!!!!! hebat - hebat cara Paklet. Satu motivasi yang baik.So dengan ini, kami senang dan mudah berkenalan, menyuarakan sebarang masalah dan berbincang. Tak macam sebelum ini, Pemilik Kem pun tak penah kenal.Staf - staf KLD pula bukan calang - calang orang. Tukang masak nya sahaja ada ijazah dan boleh jadi Facy anytime malahan Paklet sendiri akan jadi ketua setiap program - program yang mereka seliakan. Facy2 pula baik2 dan peramah sangat. Macam dah kenal lama jer. Jaminan Keselamatan peserta yang KLD berikan memang class A. Tgk sahaja semasa xtvt Rakit dan Kembara. Facy2 KLD semua tahu tugas masing2. Tak payah bagi arahan , masing - masing dah tahu peranan sendiri. Bak kata orang Profesional lah. Semua kerja diaorang leh buat macam memasak, jadi facy, pemandu kayak, ajar buat rakit, berborak , basuh pinggan , mengemas malahan bertukang. Itulah Kem Lambaian Danau. Kem Family. Kemudahannya pun mencukupi. Nak main rakit atau kayak...boleh main puas-puas. Tempatnya bersih dan cantik. Makanannya mencukupi. Tak yah rebut2 macam kem2 lain tu. Sebab kalau tak cukup bagi tau jer Mama G atau krew. Mama G dan Konco2nya siap sedia di dapur mengangkat Senjata.


So kepada Mama G. Terima Kasih dengan cenderahati hari tu ya tapi terkilan sebab tak dapat ambik gambar bersama di hari akhir, kerana Mama G takda. So biasa kalau tak jumpa pada hari akhir menandakan kami akan datang lagi ke situ. Insyaallah. Apapun kami mintak maaf ( macam raya lak ) sekiranya ada perangai Team Dekbet ( Bangmir , Aidil , Man dan Fahmi ) juga rakan - rakan bertugas hari tu yang tidak di senangi oleh Paklet, Mama G dan Staf sepanjang kami di sana. Sebenarnya ramai Team Dekbet yang tak dapat pergi KLD hari itu kerana masing2 masing ada hal. Rasanya kalau kami Team Dekbet cukup hari tu mau riuh rendah Kem Lambaian Danau di buatnya dengan suara - suara kami . Tak pun sure staf2 KLD pelik dengan perangai2 giler team kami kerana masing - masing dah tua dan berumur tapi perangai ya allah.... ( tapi kalau dah bagi ubat - eloklah tu ) . Semoga kite berjumpa lagi. Nak tgk gambar program hari tu " Klik Kat Sini "

Tapi ada satu pelik dan memang menakjubkan di KLD. Bak kata orang Security Class A. Thanks Paklet atas Jaminan yang di berikan itu. Alhamdullilah. Ada masa bangmir ceritakan ok.
.
Salam dari Dekbet Team hari tu - Bangmir , Aidil, Ik Man dan Fahmi.
Thanks You Very Good

.Klik blog KLD
www.kemlambaiandanau.blogspot.com

Tuesday, June 02, 2009

Kenangan Kem Lambaian Danau



Kem Lambaian Danau memang meninggalkan kesan memori kepada para peserta. Mana tidaknya 90% program adalah aktiviti outdoor dan ia memang memenatkan tetapi peserta enjoy. Sampai hari ini, ada peserta yang SMS dengan bangmir mengatakan " bang eser takleh lolaplah sebab ingatkan KLD tu hari ". Hai comehlah bangmir membacanya. Sapa yang tidak biasa memanglah rasa penat tetapi bagi mereka yg memang dahagakan program yang merosakkan badan...memang sesuailah mereka menyertai Y2y. Tambahan pula keunikan Kem Lambaian Danau ( KLD ) yang lain daripada lain telah menambahkan resepi istimewanya program tersebut. Paklet , Kak G , Cikgu Wan, Along ( anak Paklet ), Cicha, Toyak dan Chef TJ ( Makanan sedap dan banyaklak tu) adalah penghuni2 unik di Kem tersebut. ( terima kasih Paklet n Team kerana memberikan layanan istimewa kepada kami ). Kisah seterusnya akan kami rungkaikan pada artikel akan datang. Gambar - gambar program boleh di dapati di laman blog http://rakanmudajempol.blogspot.com/ atau klik pada gambar Persatuan Rekreasi Jempol di bawah ni.

Bagi mereka yang tercari - cari KEM atau Pusat Latihan untuk nak buat program. Tak payah pikir panjang2 , Lawatilah http://kemlambaiandanau.blogspot.com/ . Kem ini memang best dan unik sebab ia ' Lain daripada yan lain ".