Friday, April 01, 2011

Pakej Perkhemahan dan Motivasi

Adakah anda mencari Tapak Perkhemahan dan Kem Motivasi untuk menjalankan kursus , kem perkhemahan , kursus motivasi, perkhemahan pelajar dan kem badan beruniform. Jom apa kata kita ke BerhuluCamp Hutan Lipur Serting Ulu Jempol Negeri Sembilan. Rasailah keseronokan berkursus di sini. Kem ini berkonsepkan Outdoor dan rekreasi. Pelbagai kemudahan di sertakan. Pakej perkhemahan yang murah dan berpatutan di tawarkan untuk tahun 2011 ini malahan harga boleh di runding. Nak tahu lebih lanjut. mengenai berhulucamp Lawatilah laman web kami www.berhulucamp.blogspot.com . Tempah sekarang.


( Petikan Akhbar Sinar Harian 30 Mac 2011 mengenai BerhuluCamp )

Add Image

Monday, January 24, 2011

Kem Lasak Arp = Pemimpin

Pada 28hb - 30hb Januari 2011 ini, ARP Jempol sudah kembali aktif. Sekian lama kami menyepi diri, sekarang kami dah start nak menyibuk semula di Jempol. So Thanks Pada Kapten Roslan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol yang baru kerana setuju buat program ini . Perancangan awal memang tiada tp di sebabkan ia seperti aktiviti - aktiviti biasa yang tiada dana




atau peruntukkan khas, so para jurulatih otai - otai ARP sanggup bagi sikit dana untuk menjayakan program ARP ini. Bezanya ia 3 hari 2 malam so tiadalah majlis pembukaan dan majlis penutup di sebabkan kami takda RM$$$ nak buat grand2....lagipun ia mcm xtvt biasa biasa jer yg kami buat tiap2 minggu tu sebelum ini tapi kali ini lama sikitlah.

He,,he,,he,, tapi kami dah biasa dan lali...selama ini pun kami buat prgram bole jer.. u all leh tengok kat blog ni ... takda pun bergantung sangat dengan duit peruntukkan. Yang penting program jalan dan budak2 sanggup keluar duit sendiri utk kos2 lain. Janji dia orang ada xtvt. Kami buat kerja pun just sukarela jer. Bila dah penat2 happy pula kalau tgk program berjaya.

So jumaat ini kita jumpa di Berhulu Camp. Salah satu tapak perkhemahan dan kem motivasi yang biasa menerima tamu2 ARP. Biasa kem ini akan support sikit belanja budak2 ARP Jempol ini - Sikit jer.. tapi alhamdullilah...lah.... Budak2 sekolah bandar baru serting SMKBBS dan SMKSJ standby ya. Kami open just utk form 2 jer. ...jumpa bangmir and team dekbet di sana nanti ok.

Tuesday, January 11, 2011

Tapak Perkhemahan , Pusat Rekreasi dan Kem Motivasi

Adakah anda mencari - cari Tapak perkhemahan, kem motivasi dan rekreasi untuk mengadakan program perkhemahan, kursus motivasi dan kem jatidiri pelajar. Jom ke Berhulu Camp Hutan Lipur Serting Ulu.

SELAMAT DATANG !

Kami mengalu - alukan kedatangan anda ke Pusat Latihan dan Rekreasi BERHULU CAMP di Jeram Serting Ulu Jempol Negeri Sembilan. Di sini kami menyediakan tapak perkhemahan , menganjurkan kem motivasi dan kecemerlangan pelajar serta di jadikan Pusat Latihan Rekreasi . BERHULU CAMP menakjubkan kerana di kelilingi suasana alam hutan semulajadi di tambah pula dengan adanya deruman jeram yang cantik lagi menyamankan. Tapak Perkhemahan BERHULU CAMP terletak 23KM daripada Pekan Batu Kikir dan 6KM daripada Pekan Simpang Pertang Jelebu Negeri Sembilan.Kem ini juga berhampiran dengan Pusat Penyelidikan Hutan Khatulistiwa ( FRIM ) yang tertua di dunia.Pelbagai kemudahan di sediakan bagi memudahkan anda menjalankan sebarang kursus malahan ia juga di buka untuk ada yang ingin bercuti atau pun ingin menganjurkan Hari Keluarga . BERHULU CAMP di uruskan oleh para jurulatih yang berpengalaman luas hampir 15 tahun dalam pelbagai program dan kursus untuk pelajar , belia mahupun golongan berkerjaya. Semoga anda berpuas hati dengan khidmat yang di berikan oleh kami. Jom jumpa di BERHULU CAMP.


More detail. Klik laman web kami di bawah

www.berhulucamp.blogspot.com